Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Poster Jihad Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum w.r.h.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Berhubung dengan perkara di atas, sayugianya saya mengajak sahabat-sahabat semua agar dapat bersama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi dengan akviti memasang Banner Ramadhan Al-Mubarrak. Tujuannya adalah seperti beriku;

1. Motif utama ialah memperingati umat islam kedatangan Ramadhan dan agar sentiasa Takut kpd. Allah.

2. Memperingati umat islam agar mentaati suruhan Allah iaitu dengan mentaati segala tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Dewasi ini umat islam meninggalkan yang wajib (solat, puasa dll) dan melakukan yang mungkar (dedah aurat, arak, judi, bersalaman dengan bukan muhrim dll)

3. Sempena Ramadhan Yang Diberkati, berharap Allah mencucuri taufiq dan hidayah-Nya kepada umat islam.

4. Hanya mentaati suruhan Allah adalah kejayaan hidup sebenar di dunia dan akhirat.

5. Memperingatkan umat islam dengan potongan ayat Al-Quran, sebagaimana Allah memberi hidayah kepada Umar Al-Khattab setelah membaca potongan ayat Al-Quran (Surah Thaha 1~8) dan akhirnya Umar Al-Khattab memeluk agama islam.

6. Agar umat islam sentiasa merujuk kepada Al-Quran & As-Sunnah sebagai panduan kehidupan.

7. Sebagai satu cara untuk memberi perigatan kepada umat manuasia (semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang berjihad menegakkan syariat Allah di muka bumi, insyaallah).

Bantuan yang diperlukan.

1. Saudara juga boleh mengendalikan aktiviti ini sendiriran dan diharap dapat menyebarkan aktiviti ini agar boleh dikendalikan oleh individu atau mana-mana persatuan gerakan islam agar banner ini boleh ditampal di tempat mereka sendiri dengan melakukan kutipan derma dan sebagainya.

Semoga Allah membantu kita di dalam menyinarkan syiar islam yang semakin malap(gerhana) dan tergolong dikalangan hamba-hamba-Nya yang berjihad, insyaallah.

Yang cintakan Syiar Islam,






______________________
Terbitan : 27 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com