SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
Benarkah
Insuran Haram Menurut
Islam? Disediakan Oleh : Ust. Zaharuddin B.
Abd Rahman Jabatan Fiqh &
Usul Fiqh, Universiti
al-Yarmouk, Jordan zaharuddin@yahoo.com بسم
الله الرحمن
الرحيم 1.
MUQADDIMAH
Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian
alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli
keluarganya dan para sahabatnya. Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :-
Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah
dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ tertutamanya di kalangan ulama’
Timur Tengah. Oleh kerana system Insuran ini suatu ciptaan yg dikira baru
menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya
menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M[1].
Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah
Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan
fuqaha’ ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama
yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran. [2] Bagi memudahkan perbinacngan ringkas ini, elok kiranya
dijelaskan dua bentuk asas Insuran, ia adalah :-
Insuran Bersifat
Perniagaan (Takmin Tijari) : Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) drpd jenis
Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat
Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku
beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dlm kontrak (aqad)
bersesuaian dgn kadar2 tertentu. Ia juga bergantung kpd jumlah caruman
pencarum.[3] Kontrak Insuran ini mengandungi item berikut :
Bentuk Insuran ini spt :- Insuran Terhdp Musibah Menimpa
Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan
lain2) , Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain2. Saya menganggap, pembaca tentu telah memahami perkara ini
secara praktikal di Malaysia, ia adalah sesuatu yg telah diketahui umum dalam
dunia kehidupan di Malaysia. Insuran Bersifat
Kerjasama @ Kemasyarakatan (Ta’awuni): Ia adalah suatu kontrak berbentuk derma @ sumbangan drpd
sesuatu Badan Pengurusan Insuran Kerjasama kpd para pencarumnya atas dasar
saling bantu membantu mengurangkan bebanan musibah yg ditanggung pencarum (ahli
masyarakat). Ia tidak bertujuan mengumpul dan mencari keuntungan daripada
simpanan wang pencarum. Ia juga bukan suatu jenis perniagaan.[4] Demikian dua bentuk insuran yang asas. Bentuk yang pertama
tidak disepakati sepenuhnya tentang hukumnya bgmnpun Majoriti ulama’
mengharamkannya, manakala jenis yg kedua disepakati sebulat suara tentang
keharusannya di dalam Islam. 2.
ULAMA’ DAN HUKUM INSURAN JENIS PERTAMA
Sebagai pembuka tirai perbincangan, terlebih dahulu
penulis ingin menyebut bahawa Kesatuan Ulama’ Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh ‘Alami)
telah pun bersidang memperbincangkan hukum Insuran Bersifat Perniagaan ini.
Keputusannya, jumhur @ majority dari mereka sepakat terhadap PENGHARAMAN
insuran ini. Secara perincian, masih terdpt sebilangan ulama’ besar yg
berpandangan sebaliknya. Ringkasan pecahan kumpulan ulama’ ini adlh seperti
berikut :-
Mereka terdiri daripada ulama’
berikut :-
Mereka adalah :
Mereka adalah :-
Demikianlah pecahan kumpulan ulama’ terkemuka di dunia
Islam yg terzahir pandangan mereka melalui kitab2 mereka dan nadwah2 Islam di
seluruh dunia. Mengikut jumlah, kumpulan ulama yg mengharamkan insuran jenis
perniagaan adalah majority. Kajian dan perbincangan mereka adalah panjang dan boleh
mencecah ratusan halaman. Justeru penulis tidaklah berhasrat untuk
memperbicarakan dalil2 kedua-dua kumpulan tersebut. Cukup sekadar mengemukakan
asas hujjah mengapa ia di anggap haram oleh majority ulama’ & apakah dalil
asas ulama’ yg mengharuskannya. 3.
SEBAB INSURAN BERSIFAT PERNIAGAAN
MENJADI HARAM ?
Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah & sebenarnya
memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu
yg agak luas untuk memahaminya dgn sempurna, bgmnpun penulis akan cuba
memudahkan dalil2 ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan
org awam. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kpd Ulama
Takhassus Fiqh di Universiti2 bg penjelasan dgn lebih terperinci. Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dlm bab ini, pembaca
mestilah mempunyai ilmu asas berikut :- - Pembahagian kpd Aqad Mu’awadat (Pertukaran) &
Tabarru’ah (Derma @ Sumbangan) - Riba & pembahagiannya - Syarat jual beli dalam Islam. - Jual beli Gharar dan pecahannya. - Serba sedikit tentang Qias (Perbandingan Hukum). Begitulah serba sedikti ilmu asas yg diperlukan bagi
melahirkan kefahaman jitu dlm masalah ini. Menurut kumpulan
pertama, Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :-
a.
Sama timbangan (mathalan bi mathalin - jika
melibatkan timbangan spt beras, gandum, garam dan lain2) b.
Sama Nilai (mathalan bi mathalin) c.
Diserahkan di ketika mu’amalah di
lakukan. (yadan
diyadin) Syarat ini bersumber dari hadith : لا تبيعوا
الذهب بالذهب
إلا مثلا
بمثل, ولا تشفوا
بعضها على
بعض...( رواه
البخاري و
مسلم) Mafhum : Jgn kamu
jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu
melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim) لا
تبيعوا الذهب
بالذهب ولا
الورق بالورق
إلا وزنا بوزن
مثلا بمثل
سواء بسواء (
مسلم) Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas,
perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian
yg sama.. Maka setiap perbezaan timbangan
atau nilai (dlm item ribawi) di anggap Riba
al-Fadl yg diharamkan (Tahrim
wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dgn jumlah berbeza maka
berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DLM URUSNIAGA DUA
ITEM RIBAWI. Manakala pembayaran bertangguh dlm
2 brgn ribawi adalah Riba An-Nasi’ah yang
diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran. Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan,
iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu.
Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof.
Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bhw kontrak insuran ini sama sekali tidak
boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bhw mana2
hujah utk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut
pandangan syarak [6] Justeru
Insuran mempunyai kedua2 jenis Riba lalu ia digelar Riba An-Nasa’
Nabi SAW bersabda
dalam hadith yg shohih bhw Baginda “Melarang drpd urusniaga yg mengandugi
gharar” (Riwayat Muslim)[8] Ia berlaku apabila, kedua2 pihak
(pencarum & syarikat) saling tidak mengetahui apa yg akan berlaku, bilakah
musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan ? dsbg.. Ia adalah satu
kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal)
semata2. Sekiranya A mencarum RM 1000 hari
ini, tiba2 berlaku kehilangan keretanya esok, maka mungkin jumlah insuran yg
akan diperolehinya berlipat kali ganda berdasarkan pakej insuran syarikat
tertentu. Bukankah ini membebankan syarikat, dgn itu ketidak adilan berlaku
terhdp syrkt. Begitu juga, kiranya pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM
100,000 sedangkan kereta tidak pernah ditimpa musibah selama 30 tahun. Sudah
tentu pencarum akan tertanya2 bgmn wangnya? Adakah akan hangus begitu shj ?
malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi ¼ dari
carumannya. Bukankah pencarum pula yg tertindas?. Ini lah yg disebut ketidak tentuan
(gharar) yang dilarang di dlm Islam, Kehebatan system Islam dlm urusniaga amat
mengambil berat hal ini, agar kedua2 pihak tidak dizalimi atau terzalim. Kerana
itu Islam mensyaratkan beberapa syarat sah urusniaga Jual Beli, tanpanya jual
beli dan kontrak menjadi rosak, antara
syaratnya [9]
:-
Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad[10].
Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dlm aspek ini. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yg begitu hebat dlm
menjamin keadilan. Cth Jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak
lembu yg masih dlm keadaan janin dlm perut ibunya, Menjual burung yg terbang di
udara. [11]
Ia menjadi gharar krn tidak dpt dipastikan sempurnakah janin yg akan
dilahirkan, dpt kah ditangkap burung itu. Maka kiranya dibayar harga, tiba2
brgan tidak sempurna, lalu pembeli
tidak puas hati, hingga terjadi permusuhan & pergaduhan. Islam melarang
gharar demi mengelak kejadian spt ini. Bgmnpun,
Islam memaafkan gharar yg sedikit yg tidak dpt dielakkan serta yg diyakini
tidak menjejaskan urusniaga.[12]
Byk lagi dlm aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yg sukar utk
diperkatakan di dalam penulisan yg ringkas terfokus ini. Jika kedua2 pihak saling meredhai
dan menjamin tiada pertelingakahan akan berlaku, kontrak tadi secara zatnya
tetap termasuk dlm rangkuman bay’
al-gharar yg diharamkan. Walaupun nisbah peratusan atau kadar bayaran telah
ditentukan agar pencarum maklum, ia tetap juga tidak tahu, bilakah musibah akan
berlaku. Justeru tetap ada gharar di situ. [13]
Judi jelas diharamkan
oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi. Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada
berlaku musibah atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum
mendapat pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah
unsur judi yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut’ie dlm risalahnya hlm 14, juga ulama’ lain.
Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn carumannya yg sedikit, ia boleh
mendapat sejumlah wang yg lumayan kiranya berlaku musibah. Ini juga suatu
perjudian. [14] Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa’ menolak insur ini terdpt di dalam Insuran dgn
katanya : “Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yg bergantung kpd nasib dan
ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran
bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yg tegak di atas dasar bantu mengurangkan
bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah..” [15] Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdpt pada insuran unsur
‘mukhatarah’ (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bhw
inilah sebab utama ia dianggap judi yg diharamkan, aspek samada ia boleh
membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama[16].
Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yg dibuat terhdp satu perkara yg
tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yg diperolehi dan
apa pula yg akan dibayar) Apa yg disebut oleh Syeikh Zarqa’
hanyalah suatu pandangan yg tidak dpt lari dr hakikat bhw unsur judi wujud dlm
insuran & Dasar Bantu yg disebutkan adalah tidak tepat krn syrkt inusran
ditubuhkan atas dasar perniagaan yg ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia
berbeza dgn insuran ta’awuni yg dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini). Demikianlah hujjah utama kumpulan ulama’ yg mengharamkan
Insuran Jenis Perniagaan. 4.
RINGKASAN DALIL KUMPULAN YG
MENGHARUSKAN
Kumpulan yg mengharuskan Insuran ini berhujjah dgn dalil2
Qias (Perbandingan Hukum) Secara umum, mrk menggunakan dalil qias dalam hujah
mereka, iaitu dgn mengqiaskan kpd beberapa system yg zahirnya kelihatan spt
system insuran, yang mana sistem2 ini diterima di dalam Islam. Mrk meng’qias’kan
insuran dgn system berikut :
Dan beberapa yg lain. Penulis tidaklah ingin mengulas lanjut dalil2 ini krn ia
memerlukan ilmu asas utk memahaminya dan agak rumit utk diulas dlm ruangan yang
terhad. Cuma penulis hanya ingin mengulas hujah dharurat shj. Kumpulan yg mengharuskan mengatakan bhw penggunaan insuran
adalah suatu dharurat kini, tidak dpt lagi darinya dalam konteks ekonomi dunia
Moden hari ini. Kaedah Dharurat telah diterima di dalam Islam sehingga terdpt
kaedah2 di dalam Fiqh seperti : الضرورات
تبيح
المحظورات Mafhum : Dharurat
mampu mengharuskan perkara yg diharamkan. المشقة
تجلب التيسير Mafhum : Kesukaran
yg bersangatan membawa kpd kemudahan (rukhsoh) إذا
ضاق الأمر
اتسع Mafhum : Apabila
disempitkan sesuatu perkara maka yg menyalahi bertambah luas. Kumpulan ini berhujah bhw, Insuran jenis perniagaan ini
telah begitu tersebar meluas di dalam masyarakat hari ini, sehingga hampir2
menjadi sebahagian drpd kehidupan masyarakat. Melarikan diri dari system in
adalah sesuatu yg amat menyukarkan, dgn demikian jadilah Insuran sbg satu
keperluan yg mencecah tahap dharurat [17]
atau paling kurang jatuh ke tahap ‘hajiat’
[18].
Dgn itu Dr. Ibrahim At-Tohawi menyatakan
ia sbg keperluan yang mesti dalam kehidupan hari ini.[19]
Kumpulan pertama menolak hujjah Dharurat & Hajiat ini.
Ini adalah kerana sesuatu hanya boleh dianggap Dharurat apabila :-
Kesimpulannya di sini, hujjah kumpulan kedua yg terakhir
ini juga tertolak, malah Qias tidak mampu bertentang dgn nas yang jelas. Nas
jelas menyatakan unsur Riba, judi yang menjadi asas pengharaman terdapat di dlm
system Insuran yg bersifat perniagaan. Malah hukm pada asal yg ingin dijadikan
qias pun tidak sebegitu kuat. Justeru, kumpulan kedua menganggap semua qias yg
cuba digunakan oleh kumpulan Kedua ini adalah Qias ma’al Fariq (Perbandingan hukum yg tidak sah krn terdpt
perbezaan antara Hukum Asal & Furu’). 5. PENDAPAT YG
TERPILIH MENURUT PENGAMATAN PENULIS. Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat
yang menggabungkan para ulama’ terulung di seluruh dunia di beberapa kali
diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara
muktamar yg telah dilaksana :
Insuran adalah salah satu topik
perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM.
Sebab utamanya adalah Riba &
Gharar.
Majma’ Fiqh juga secara ijma’
mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta’awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru
seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing2.[20] Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada
pandangan kumpulan kecil fuqaha’. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi
individu biasa bg menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu terperinci
oleh Para Ulama’ terkemuka di dunia, Para ahli ekonomi biasa dan Prof2 Syariah
di Universiti terkemuka Islam. Penulis tidaklah mampu untuk menentukan mana2 syarikat
Insuran yg terdpt di Malaysia yg dikelaskan Insuran Bersifat Perniagaan yg
difatwakan haram dan mana pula insuran jenis ta’awuni @ ijtima’ie yg difatwakan
secara ijma’ tentang keharusannya. Ini adalah krn penulis tidak mempunyai
gambaran lengkap mengenai proses perlaksanaan syarikat2 insuran di Malaysia
serta keberadaan di Jordan menghalang pengkajian praktikal di Malaysia. Apapun
menurut hemat penulis, Insuran Ta’awuni telah pun banyak wujud di Malaysia dan boleh menjadi tumpuan para pembaca
sekalian. Bagi mereka yg masih
ingin mengambil pendapat yg mengharuskan, perlulah mengetahui beberapa syarat yg diletakkan, krn
ia tidaklah diharuskan secara mutlaq. Antara syarat :-
Demikianlah beberapa perkara
penting yg perlu diambil perhatian, bgmnpun penulis lebih suka mengingatkan
pembaca sekalian, AGAR MENJAUHI INSURAN
INI KERANA IA TERSGT JELAS SAMADA HARAM ATAU PALING KURANG DI TAHAP SYUBHAT.
Sbgmn sabda Baginda SAW : فمن
اتقى الشبهات
استبرأ لدينه
وعر ضه.. Mafhum
: Brgsp yg menghindar diri dari perkara syubhat, maka telah terselamat agamanya
dan maruahnya ( Riwayat Al-Bukhari bab Kitab al-Iman ; Muslim, bab Buyu’ ; At-Tirmizi dan
an-Nasaie) دع
ما يريبك إلى
ما لا يريبك
(الترمذي
والنسائي) Mafhum
: Tinggalkan apa yg kamu ragu kepada yg tidak kamu ragui ( Hadith Hasan Shohih
menurut At-Tirmizi ; An-Nasaie ; Abu Daud dan Ahmad) Imam An-Nawawi as-Syafie (Imam Mujtahid : w 676 H) menghurai satu hadith,
menyatakan berkenaan kaedah mengenal dosa menurut rasa hati dlm melakukan
amalan syubhat. تحرك
فيه وتردد,
ولم ينشرح له
الصدر, وحصل
في القلب منه
الشك وخوف
كونه ذنبا Mafhum : (Cukup membuat seseorg
terjebak ke dosa) apabila gundah hatinya dan ragu, hatinya tidak lapang dlm
membuatnya, timbul dlm hati perasaan syak serta bimbang terjebak ke dosa
(Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim 5/419) Saidina Umar al-Khattab ra berkata
[21]: يأيها
الناس دعوا
الربا
والريبة Mafhum
: Wahai Manusia, tinggalkan dan jauhi amalan Riba dan perkara yg diragui
(halalnya) 6. INSURAN YG DIHARUSKAN DI DALAM ISLAM
Iaitu suatu jenis insuran termasuk
dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas (‘uqud tabbaru’at) yang diikat untuk
mencapai matlamat bantu membantu di antara individu masyarakat yg menghadapi
musibah dan demi mengurangkan bebanan yg ditanggung. Dalil Keharusannya : Bersumber dari beberapa buah
Hadith Nabi SAW. Antaranya : Mafhum Hadith : “ Sesungguhnya
al-‘Asy’ariyyun apabila bertolak ke medan peperangan, berkuranglah bekalan
makanan keluarga mrk di Madinah, maka dikumpulkan apa yg terdpt dr kalangan mrk
dalam satu tempat, kemudian di bahagikan antara mereka, mrk drpd kami, dan kami
drpd mereka” (Riwayat al-Bukhari &
Muslim, Rujuk Fath al-Bari 6/55) Inilah bentuk kerjasama, tolong
menolong mengurangkan bebanan musibah yg menjadi asas Insuran ta’awuni. Mengapa ia Harus dan apakah bezanya dgn Insuran Jenis
Perniagaan?
Bentuknya : Individu mendermakan sejumlah wang
kpd sesuatu Yayasan atau Badan Kebajikan atau mana-mana Kesatuan dikhaskan
untuk membantu anggota Badan tersebut yang ditimpa musibah. Beberapa perkara yg perlu dijaga
dalam pengasasan Badan Pengurus Insuran ta’awuni: [22]
Demikianlah beberapa aspek yg
perlu dilihat demi menjayakan insuran ta’awuni ini. Banyak lagi aspek teori yg
praktikal dan realistic yg perlu dilihat, sesiapa yg berminat utk membacanya
bolehlah merujuk kitab Al-Mu’amalah
al-Maliah al-Mu’asirah karangan Prof. Dr Othman Syabir. Hlm 130 dan
selanjutnya.
Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli
mencatatkan ia sbg harus [23],
Ia ibarat suatu insuran yang diwajibkan oleh pihak kerajaan kpd para rakyat, yang mana kerajaan bertindak sbg sebuah Badan
yang mengurus (bukannya syrkt Insuran Perniagaan tertentu), Ini kerana ia hanyalah ibarat
membayar cukai kpd kerajaan, dan krn kerajaan adlh bertanggungjawab dlm
memastikan rakyatnya dibantu di dlm keadaan kesusahan. Bgmnpun, perlulah
dipastikan sejauh mana perlaksanaan nya selari dgn kehendak syarak. Kiranya
bertentang dgn syarak tetapi semua kakitangan kerajaan dipaksa dan diwajibkan
menyertainya, dosa adalah ditanggung oleh pemimpin yg bertanggung jawab. KESIMPULAN
Artikel ini terbuka kpd sebarang pertanyaan dan komentar
membina. Segala yg benar dari Allah SWT, dan yg tersilap dr kelemahan diri dan
gangguan Syaitan yang mengganggu. Wallahu ‘a’lam. Sekian, Irbid, Jordan 29 Jamadil Akhir 1423 H (7 Ogos 2002) [1]. Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mu’asirah, Prof. Dr Othman Syabir, cet
Dar an-Nafais, hlm 106 [2]. Hasyiah Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170 [3]. ‘Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim,
Jld 1, hlm 33 [4]. Qarar Kesatuan Fiqh Sedunia
(Majma’ Fiqh Sedunia) bertarikh 1978 M, dinaqal drpd Dr. Uthman Syabir, hlm
131. [5] . Al-Mu’amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4,
hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu,
Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423 [6] . ‘Uqud at-Takmin, hlm 111 [7] . Rujuk Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mu’asirah, Dr Ali Ahmad Salus, Maktabah
al-Falah, cet kedua, hlm 380 ; lihat juga ‘Uqud
at-Takmin, Dr Muhd Baltaji, Dar al-Urubah, Kuwait, [8]. Muslim, Kitab al-Buyu’ ;
Malik dlm al-Muwatta’ ; Ahmad dari
Ibn Umar dlm al-Musnad ; Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-‘Asqolani,
Jld 5, hlm 260 [9]. Al-Majmu’ Syarh
al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi, cet Dar Ihya’ at-Turath al-Arabi, Jld 9,
hlm 210 ; Qabasun Fi Fiqh al-Mu’amalat,
Prof. Dr Abd Fatah Idris, hlm 29 ; Al-Fiqh
al-Islami, Dr Wahbay az-Zuhayli, 5/3325 [10]. Baltaji, hlm 68 [11]. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Lihat Bab Buyu’ dlm semua cetakan. [12]. Ibid, Jilid 4/ hlm 5-6 ;
Rujuk juga Fath al-Bari, 5/260 dan As-Syarh al-Shoghir 3/95 [13]. Rujuk perbincangan yg
lanjut & menarik dlm ‘Uqud at-takmin,
Dr. Muhd Baltaji, hlm 76-93 [14]. Ahkam Mu’amalat Mu’asirah, Dr. Ali Salus, hlm 380 [15]. Usbu’ al-Fiqh al-Islami, hlm 398 ; juga artikel Syeikh Ali Khafif,
hlm 17 [16] ‘Uqud at-Takmin, hlm 98 [17]. Imam as-Syatibi
mentakrifnya sbg : Suatu perkara yg mesti dilakukan, tanpanya kehidupan tidak
akan dpt berjalan, malah kehancuran pasti berlaku samada di dunia dan di
akhirat. Lihat al-Muwafaqat, jld 2,
hlm 20 [18]. Takrifan Imam As-Syatibi :
Perkara yg menjadi keperluan manusia, tanpanya kehidupan dpt berjalan tetapi
dalam keadaan sukar dan kesempitan. Lihat al-Muwafaqat. [19]. Al-‘Iqtisod al-Islami, Dr. Ibrahim At-Tahowi, jilid 1, hlm 441 ;
Juga ‘Usbu’ al-Fiqh al-Islami, hlm
476 [20]. Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mua’asirah, Dr. Othman Syabir, hlm 129 ;
juga Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah
Az-Zuhayli, 5/3423 [21]. Manhaj ‘Umar Ibn Al-Khattab Fi Tasyri’,
Dr. Muhd Baltaji, Dar al-Fikr al-‘Arabi, hlm 319 [22]. Al-Mu’amalat Al-Maliah, Dr Uthman
Syabir, hlm 129 [23]. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu, Dr Wahbah, 5/3422
Diterbitkan oleh : |