SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Laporan aktiviti di Teluk Kumbar Pulau PinangSalam, gambar program bersama Isteri Ezam Mohd Nor, Pn Bahirah Tajul Aris dan ibundanya (Bonda Aisyah). Tarikh Program: 12 hb Okt 2002 9.00 malam
Tempat: Pejabat KeADILan Bahagian Balik Pulau,
Program dimulakan pada jam 9.30 malam dengar Sdr Din Binjai (Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau) menjadi pengerusi majlis. Seterusnya Dr Mansor(Pengerusi Perhubungan Negeri) memberi penerangan mengenai persempadanan semula kawasan pilihanraya.Beliau juga menyentuh tentang beberapa isu tempatan yang menyelubungi negeri Pulau Pinang. Beliau meminta agar usaha penerangan kepada rakyat terbanyak diteruskan. Media yang dikuasai oleh BN akan terus menyerang pembankang dalam apa cara sekalipun. Seterusnya Bonda Ezam , Bonda Aisyah menceritakan tentang situasi pada hari pengkebumian Nenda Ezam.Namun beliau terus memberi semangat kepada penyokong yang datang mendengar penerangan pada hari tersebut agar meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Anakdanya. Beliau juga memberitahu yang Ezam terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan biarpun beliau terus dipenjara. Pn Bahirah seterusnya menceritakan tentang peristiwa yang berlaku sewaktu perasmian (ISA Mala Fide) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.Pihak Polis telah dipergunakan sebagai perisai untuk menghalang GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan NGO dari mengadakan perhimpunan dan perasmian ISA Mala Fide. Beliau juga mencabar Abdullah Badawi agar membebaskan segera tahanan ISA sebagai mengakui keputusan mahkamah yang telah diputuskan. Beliau juga meminta agar rakyat meneruskan tekanan terhadap UMNO dan Barisan Nasional agar bersikap lebih telus dalam melaksanakan undang-undang. Majlis tamat jam 12.00 tghmlm. Sekian.
RIZAL
Diterbitkan oleh : |