SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Sekolah Agama Rakyat DiTekanSudah terang lagi bersuluhlah kita mengenai pendirian Dr Mahathir tentang sekolah agama. Itulah padah yang diterima bilamana pemerintah yang dipilih bukan berlatarbelakangkan agama. Sedih sangat kita... Katanya peruntukan yang diberi dihentikan kerana kedapatan sekolah2 agama yang mengajar membenci pemimpin... Adakah dengan hanya satu sebab itu sahaja peruntukan yang ada dihentikan...? Jika dikira lojik akal, maka tidaklah nampak kelojikkannya.Lepas ni nanti... adalah alasan rakyat ...mengapa tak menghantar anak ke sekolah agama itu...? Mana la mampu... Mana perginya suara UMno yang membela agama...bangsa...dan negara itu...?Senyappppp...yang ada... Yessss sahaja.... UMno/BN sememangnya takut dengan bayang-bayang sendiri… Bila cakap pasal agama mereka terbayangkan PAS. Bila nampak warna hijau mereka bayangkan PAS. Bila tengok bulan malam-malam mereka nampak bendera PAS dikibarkan atas langit. Bukankah agama melarang yang mungkar.....jadi UMno ni dah banyak sangat melakukan perkara yang mungkar, jadi bila diajar kepada anak-anak jangan buat perkara yang mungkar UMno terasalah.... Sebab itulah UMno kata sekolah agama ajar menentang pemimpin...Sedih sekolah agama diperlekehkan.. Dr Mahathir: oh kita stop sementara waktu bantuan itu sampai kita identify mana satu sekolah yang ajar agama, mana satu pulak yang ajar politik benci pemimpin. Sungguh tak logik! kalau tak bagi duit macam mana nak identify which one is which sebab tak sampai 3 bulan, 90% daripada semua sekolah2 yang terlibat itu surely tutup kedai! ingat ah, itu sekolah rakyat, bukan sekolah swasta...so no profit orientation ah! Kenapa nak hukum semua sekolah padahal tak tentu lagi mana satu yang 'sepatutnya dihukum'. Lagipun, buat apa nak mengada-adakan cerita yang sekolah agama mengajar membenci pemimpin? Nama Dr Mahathir atau UMno/BN tidak disebut di sekolah2 itu. sebaliknya hanya nama2 allah, nama para anbiya dan ulama sahaja yang diajar...(hmmm, Dr Mahathir perasan dan takutkan bayang2, kot). Isu yang mungkin ada ialah penyalahgunaan wang bantuan itu oleh individu tertentu yang ada dalam lembaga pengurusan sekolah2 yang tertentu. Sepatutnya (jika Dr Mahathir benar-benar mahukan pendidikan di sekolah agama rakyat berterusan) isu yang real seperti itulah yang perlu diberi perhatian. Tahukah, bukan semua sekolah agama rakyat itu dikelolakan oleh penyokong PAS...ada jugak sekolah yang dikelolakan oleh penyokong UMno. Jadi, secara logik takkan sekolah agama orang UMnopun diajar membenci Dr Mahathir dan UMno! justeru, kenapa pantas nak menghukum semua sekolah itu (kalau tidak bertujuan menghapuskannya)? Agak-agaknya… bila dah dia jadi jurubicara dunia Islam nanti dia haramkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama sedunia pula! Umumnya, bila peruntukan kewangan dihentikan, tiada belanja bagi sekolah agama, tiada gaji guru-guru agama yang selama ini pun rendah jumlahnya, dan pengurusan sekolah agama pun terbiar serta bolehlah dikatakan ditutup sebab tiada wang untuk beroperasi. dalam kata lain lagi 15 tahun dan 20 tahun akan datang rakyat Malaysia tiada yang betul-betul faham agama Islam kerana tak belajar agama Islam dan mungkin lebih haru lagi, tidak beragama Islam sebab tak tahu apa itu agama Islam sebab tak dapat sekolah dan belajar agama Islam mereka sendiri. Mungkin...mungkinlah...agaknya ada kaitan dengan isu bahasa Inggeris. Mungkin sebagai sekolah alternatif, ibubapa kebanyakkan sekarang lebih condong kepada sekolah agama rakyat. Jadi mungkin, bagi memastikan kelancaran program BI di sekolah-sekolah kebangsaan, ditakuti pada tahun-tahun akan datang sekolah kebangsaan tidak mendapat sambutan ekoran dari ketegasan kerajaan terhadap isu BI, maka adalah bijak menghentikan bantuan agar ianya lumpuh dan tidak menjadi saingan terhadap sekolah kerajaan pada masa akan datang. Bantuan kewangan kepada sekolah2 tersebut telah dimulakan sejak zaman Tunku lagi. Kerajaan pada masa itu menghargai usaha rakyat yang membantu meringankan beban kerajaan dari segi penubuhan dan pengurusan institusi pendidikan. Pendidikan rakyat sebenarnya tanggungjawab pemerintah. Bila ada inisiatif di pihak rakyat untuk membantu kerajaan, maka itulah yang amat dihargai oleh kerajaan dan pihak pengurusan sekolah2 itu juga terus komited melaksanakan aktiviti pendidikan sesuai dengan amanah kerajaan yang telah memberi bantuan kewangan itu. Bantuan kewangan daripada kerajaan amat diperlukan kerana yuran yang dikenakan oleh sekolah2 tersebut amat rendah dan tidak akan dapat menampung perbelanjaan pengurusannya.Tambahan pula bantuan kewangan itu bukan sepenuhnya kerana beberapa kos juga ditanggung sendiri oleh lembaga pengurusan sekolah masing2. Alhamdulillah, Semoga Rahmat Allah sentiasa meliputi kita termasuklah diri saya yang sentiasa mengingini nasihat dan tunjuk ajar. Institusi pendidikan sangat penting untuk mengamalkan perintah menuntut ilmu. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah sampai bilakah kita akan bergantung dengan bantuan kerajaan untuk merealisasikan matlamat menjadikan ummat berpengetahuan agama yang sempurna? Hari ini golongan manusia yang tidak memiliki ilmu agama beranggapan agama adalah pilihan kedua atau ketiga atau keberapa mengikut kefahaman mereka. Amat menyedihkan....tidak terdetik dihati mereka sedikitpun untuk meletakkan agama utk menjadi pilihan pertama. Jika kita yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. sedikit ilmu dan kecintaan kepada Allah dan rasulnya s.a.w. cepat melatah diatas tindakan golongan manusia sebegitu maka diri kitalah yang harus disalahkan. Kita seharusnya menunjukkan ciri tauladan yang meyakinkan mereka bahawa urusan agama adalah urusan setiapa individu muslim. Non-muslim tiada hak langsung nak interrupt hal ehwal agama kita. Ini pula pandangan yang bercampur-baur daripada Dr. Mahathir mengenai agama dan pilitik. 1) Di petik dari Berita Harian 24-Okt-2002 bertajuk "Tindakan tegas jika salah guna tazkirah: PM": Dr Mahathir berkata, pegawai Jabatan Agama Islam negeri akan memantau perjalanan solat Tarawih bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menganjurkan tazkirah yang tiada kaitan dengan agama. "JANGAN BAWA BENDA YANG TAK ADA KENA-MENGENA DENGAN AGAMA. PERKARA POLITIK, benci orang... TAK PAYAHLAH. Orang hendak sembahyang, beribadat, jangan kacau," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Gerak Mesra Tazkirah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan kerajaan negeri di sini hari ini. 2) Di petik dari Utusan 25-Okt-2002 bertajuk "Umat Islam perlu perbetul salah faham agama": Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Dr. Mahathir berkata kerajaan akan memantau masjid dan surau pada bulan Ramadan ini agar tidak ada pihak menggunakan waktu sembahyang sunat tarawih untuk berceramah POLITIK. Mereka tidak sepatutnya mengganggu kekusyukan umat Islam yang hendak menunaikan sembahyang tarawih itu dengan membawa PERKARA-PERKARA YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN AGAMA, kata Dr. Mahathir. 3) Dipetik dari Utusan bertarikh 17-Feb-1999 dalam ruangan bertajuk "Nik Aziz tidak faham -- Terikut makna sekular menurut pemikiran Barat - PM": Perdana Menteri berkata, Nik Aziz juga tidak faham antara sekularisme dengan keagamaan kerana dalam Islam tidak ada perpisahan antara apa yang dikatakan sebagai sekular. . . Dalam Islam, kata beliau, sebarang kerja yang dibuat adalah tergolong dalam urusan agama, termasuklah dalam soal memerintah negara. KOMEN: Dalam point #1 dan #2, Dr Mahathir kata politik tiada kena mengena dengan agama tetapi dalam point #3 Dr Mahathir kata tiada perpisahan antara agama dan politik/pemerintahan negara (sekular). Walaupun ternyata PERCANGGAHAN dalam kenyataan Dr Mahathir sendiri mengenai konsep sekular ini di mana disatu ketika dia menafikan sekular manakala dilain ketika dia menyuarakan kefahaman sekular beliau. Mungkin beliau sudah lupa, sebab itu seringkali ungkapan beliau itu sendiri yang membuka topeng yang menutupi kefahaman sekular beliau. Oleh : Akupunya
Diterbitkan oleh : |