SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pembedahan Pasangan Kembar Siam Bukti Kerajaan Berbohong.Setelah beberapa minggu kita dapati pasangan kembar Ahmad dan Muhammad semakin pulih. Syabas diucapkan kepada George yang berbangsa asing itu yang telah bersusah payah membantu rakyat kita. Pembedahan pasangan kembar ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia hinggakan ada web site yang telah menyiarkan video pembedahan itu secara live. Melihat kepada perkara yang sangat besar ini, kita sebagai rakyat Malaysia patut merasa malu dan sedar diri terhadap kebangsatan kerajaan kita yang tidak langsung ada hati nak membantu pesakit-pesakit seperti Ahmad dan Muhammad. Tidak malukah kita bila seluruh dunia mengetahui yang pembedahan itu adalah ehsan Putera Mahkota Arab Saudi. Mana Malaysia sebagai negara islam termaju seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan? Mana Malaysia terkaya dikalangan negara Asean seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan? Rupa-rupanya semuanya kelentong belaka! Petronas yang memperolehi keuntungan 20 bilion pada tahun lepas juga gagal memainkan peranan untuk membantu hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia seperti Ahmad dan Mhammad. Sia-sia sahaja jika anda berbangga dengan Petronas, tetapi badan keparat itu langsung tidak prihatin terhadap kebajikan masyarakat Malaysia. Yang dipedulikannya adalah perkara-perkara remeh yang langsung tiada kena mengena dengan rakyat terbanyak, seperti menaja perlumbaan F1 dan lain-lain. Kerajaan juga turut gelabah bila mengeluarkan kenyataan mempunyai dana untuk membantu Ahmad dan Muhammad. Itupun setelah Putera Mahkota Arab Saudi setuju menanggung segala kos pembedahan. Memang dasar kerajaan yang tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat. Sepatutnya masalah kewangan awal-awal lagi sudah diselesaikan dan pembedahan itu boleh dilakukan di dalam negara sahaja, bukankah Malaysia maju seperti kelentong kerajaan? BUkankah kita banyak wang seperti kelentong kerajaan? Bukankah ekonomi kita sudah pulih seperti kelentong kerajaan? Atau RM 1 juta itu terlalu banyakkah? Mungkin hospital dalam negara mengenakan caj yang lebih mahal sehinggakan pasangan kembar tersebut terpaksa dibedah diluar negara? Jika perkara sedemikian berlaku bagaimana jika anda mempunyai anak kembar siam juga? Patutkah anda mengemis kepada George untuk melakukan pembedahan anak anda? Atau anda perlu memohon dana kerajaan yang entah ada entah tidak itu? Atau anda terpaksa memohon pinjaman bank dengan bayaran bunga untuk menampung kos pembedahan anak anda? Hanya anda yang dapat menjawab. Fikirkanlah.
Diterbitkan oleh : |