SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun DR SHAFIE ABU BAKAR CABAR KHIR TOYOOleh BUDAK BANGI Sejak lama saya rasakan isu rasuah Khir Toyo akhirnya akan menjerat leher Umno Selangor, terutama dekat dengan pilihan raya nanti. Bahangnya sudah terbau sekarang. Lutfi telahpun isytiharkan bahawa dia ada cara tersendiri untuk memperingati ulangtahun pertama beliau membuat report kepada BPR, yang sampai sekarang belum ada apa-apa kenyataan rasmi dari BPR. Dan yang jelas, petang Khamis lalu, 10 Oktober, ADUN PAS Kajang, Dr Shafie Abu Bakar telah membuat sidang akhbar di tempat tapak projek kontroversi di Bandar Bandar Bangi di mana kawasan yang didedahkan oleh Lutfi dalam Memo 22 sebagai kawasan rekreasi telah diceroboh oleh Khir Toyo apabila meluluskan kepada sebuah syarikat kroni untuk membangunkannya. Untung syarikat kroni itu, Bestarama Sdn Bhd, yang dipunyai oleh dua wanita muda, yang juga memiliki syarikat yang mendapat kontrak lumayan daripada kerajaan negeri, dianggarkan melebihi RM18 juta. Isu ini juga akan dilaporkan kepda pihak polis kerana banyak kecurigaan yang berlaku, yang disyaki ada unsur rasuah yang begitu ketara membabitkan MB Selangor, Dr Khir Toyo. Saya akan membuat ulasan secara terperinci mengenai isu kemudian ...
Diterbitkan oleh : |