SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Memo27 hanya untungkan LutfiOleh BINI MATSOM Sekali lagi Mat Toyo MB kita melatah bila dia terus sponsor cetak suratkhabar Memo27 tu. Saya tak tahu apa tujuan seorang pimpinan BN boleh buat kerja macam tu, buat suratkhabar tak ada permit yang salah dari segi undang-undang. Jangan kita tiru cara pembangkang. Kita pegang kerajaan melalui sokongan rakyat. Mengapa jadi bodoh nak pertahankan diri sehingga terpaksa buat kerja bodoh. Lagi marah orang ramai bila tengok kita sebar suratkhabar tu merata tempat termasuk masjid dan sekolah-sekolah. Ini cara da kaedah orang yang kalah, macam pembangkang. Kita di pihak yang menang, ada saluran lebih berkesan untuk menangkis dakyah pembangkang, apatah lagi dakyah orang seperti Ahmad Lutfi. Memanglah Mat Toyo tak akan mengaku dia sponsor dan bagi duit berjuta ringgit untuk buat kerja macam tu. Orang yang kentut busuk mana nak mengaku dia dah nak terberak. Tapi cubalah fikir sikit, siapalah sangat yang bermurah hati nak derma berjuta ringgit untuk buat suratkhabar free nak bela Mat Toyo. Sekarang pun orang bukan ada duit banyak sangat. Tak dapat tidak, yang busuk nama, Mat Toyo juga, kalau bukan Mat Toyo yang buat, tentulah orang fikir setiausaha politik ataupun setiausaha sulitnya. Memanglah, takkan Mat Toyo sendiri nak tolong padang cari printer, buat layout, tulis artikel. Bagi pada Jalil Backer dan Tepak Bersulam pun dah memadai. Budak-budak tu akan kerja siang malam kerana habuannya juga besar menunggu. Dan Khazai Abu Bakar tu memang kenal rapat dengan Karim Mansor, senanglah nak atur cerita lanjut. Saya nasihatkan Mat Toyo supaya jaga kedudukannya sebagai MB Selangor dan bakal pemimpin masa depan Umno. Jangan buat kerja tak senonoh, sampai terpaksa upah samseng masa perhimpunan Umno lepas nak pantau kerja-kerja Ahmad Lutfi edarkan risalah rasuahnya. Dan sekarang orang sudah heboh pasal Mat Toyo juga yang mainkan Lutfi sampai budak tu sakit kuat dek mainan ilmu hitam Mat Toyo. banyak orang bercakap Mat toyo ni suka main ilmu hitam dan sihir. Bukan orang lain yang cerita, tapi orang yang kenal rapat dengannya yang buka tembelang. Lagipun Datuk Seri, perangai buruk dan hasd dengki tu mudah terbongkar. Lawanlah sebagai anak jantan. Pembangkang di Selangor ni bukannya hebat sangat, nak pertahankan kerusi yang ada pun termengah-mengah. Jadi, rasionallah sikit bila kita lawan pembangkang. Memang betul, kita mesti agresif menentang dakyah pembangkang, tapi ingatlah apa yang kita lakukan itu orang perhatikan Datuk Seri. Orang boleh nilai kewibawaan kita berdepan dengan masalah. Ahli-ahli Umno pun boleh nilai, begitu juga rakyat yang jadi pengundi. Oleh itu, sikap tergopoh-gapah sehingga terpaksa keluarkan benda-benda yang tidak mengikut peraturan seperti Memo27 itu tak banyak bawa faedah. Untuk puaskan semangat bolehlah, untuk turutkan rasa marah, bolehlah, tapi akhirnya siapa yang untung. Ramai kawan-kawan saya di sekolah yang dapat Memo Mat Toyo terkejut bila mendapat tahu MB kita dituduh rasuah dengan macam-macam kes. Mereka tahu melalui Memo Mat Toyo bukannya Memo Lutfi. Mereka tak pernah tahu pun siapa Lutfi tetapi bila Memo Mat Toyo popularkan Lutfi maka mereka pun nak tahu cerita selanjutnya. Ini bermakna kita seperti sengaja mahu besarkan Lutfi dan tuduhan rasuahnya kepada Mat Toyo. kita bimbang bila buku Lutfi dilancarkan di pasaran, maka ramai kawan-kawan kita sendiri yang membelinya kerana banyak publisiti diberikan kepada Lutfi oleh orang yang khabarnya sangat sayangkan Umno itu sendiri. Walhal kita rasa mereka ini lebih sayangkan duit-duit kroni MB kita.
Diterbitkan oleh : |