SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Khir tak kisah walaupun amalan rasuahnya didedahkan!
Oleh : Wartawan Detikdaily
SHAH ALAM: Respons kepada pendedahan Detikdaily terhadap penyelewengan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, pelbagai pihak mengalu-alukannya. Mereka mahu Detikdaily tidak menangguhkan usaha mendedahkan tanah-tanah yang dikatakan diagihkan secara rasuah oleh Khir kepada kroninya. Mereka juga mendesak agar kes rasuah taukeh Talam Holding yang dikatakan memberi wang tunai sebanyak RM8 juta kepada Khir ekoran kes pembinaan Universiti Selangor dan imbuhan 1,200 ekar tanah kepada jutawan itu diperincikan lagi. Dalam pada itu satu sumber memberitahu, Khir tanpa segan silu lagi menunjukkan murah hatinya menderma kepada satu pertubuhan yang mohon bantuan darinya. "Bila diminta bantuan itu, Khir tanpa lengah panggil pembantunya untuk mengambil beg yang berisi wang tunai. Pembantu Khir bertanya kepada MB Selangor itu, 'beg yang mana satu Datuk'. "Ia membayangkan memang banyak beg yang berisi wang tunai di pejabatnya. Khir kemudiannya mengambil RM30,000 tunai untuk diserahkan kepada pertubuhan itu," tambah sumber itu lagi. Hai, baik hati sungguh Khir. Mana tidaknya, dikebasnya wang rakyat, ratusan juta ringgit, terutama melalui setiausaha politiknya, tapi yang mahu didermakannya hanya sedikit saja. Kawan-kawan Khir yang membaca Detikdaily langsung tidak mempercayai karenahnya yang cukup mudah meluluskan tanah asalkan ada habuan di sebaliknya. Mereka mahu bukti lebih nyata, bukan sekadar tuduhan membuta-tuli. Tentunya tidak mudah mahu membongkar kes penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan menurut peruntukan sedia ada. Sistem yang ada memang membolehkan seseorang Menteri Besar mengaut kekayaan sebanyak mungkin. Apatah lagi bila Khir menyedari tempohnya menjadi MB Selangor pun tidak lama. Dikhabarkan PM Mahathir pun tidak menyenangi tindakannya yang gelojoh itu. Justeru, tidak mustahil Khir hanya akan menjadi MB menjelang pilihan raya akan datang saja. "Khir tak kisah semua itu. Dulu dia pun orang biasa saja. Yang penting selepas ini, kekayaan menjadi miliknya dan kroninya. Cukup. Apa nak jadi dengan negeri Selangor dan Umno, persetankan!" dakwa seorang yang mengaku kenal peribadi Khir.
................
Diterbitkan oleh : |