SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Dr M Angkat Bakul SendiriPEDAS-PEDAS CILI API DR M ANGKAT BAKUL SENDIRI Baru-baru ini Cili Api mengikuti temu ramah CNN dengan PM Dr M @ Cek Det. Setengah jam penuh. Dan bagus pula dari segi iklan untuk diri Dr M. Mengikut ingatan Cili Api, kalau tak salah ini kali ketiga CNN beri peluang wawancara penuh kepada Dr M. Itu pun masih Cek Det hentam media asing tidak adil. Sekurang-kurangnya, mereka lebih adil daripada TV pengampu di negeri ini yang Cek Det kuasai. Mana pernah mereka beri ruang walau 5 minit pun kepada mana-mana pemimpin parti alternatif untuk menerangkan tentang diri mereka atau dasar perjuangan mereka? Ruang untuk buat fitnah yang didalangi oleh “bekas editor murahan” yang sekarang kontrol propaganda melalui TV pengampu memang banyaklah. Tapi Cili Api nak tumpu pada perkara lain. Dalam temu ramah yang sama Dr M angkat bakul sendiri tentang banyak hal. Ada satu perkara yang paling menarik. Katanya, semasa menentang Malayan Union, beliau sebagai seorang muda telah menyertai perhimpunan dan juga tunjuk perasaan membantah rancangan penjajah itu. Ya ke? Tetapi, mengapa Dr M marah-marah apabila anak-anak muda sekarang menyertai perhimpunan untuk menegakkan keadilan? Mengapa dia suruh para pelajar jangan terlibat dengan tunjuk perasaan dan dengan politik, tetapi sebaliknya hendaklah menumpu kepada pelajaran mereka? Dia mendakwa kegiatan “tidak sihat” ini di kalangan pelajar Melayu menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan. Okay. Kita terima cerita Dr M menyertai perhimpunan masa muda itu sebagai benar. Bagaimana pula dia semasa belajar perubatan di Singapura. Cili Api dengar, masa itu ada beberapa orang pelajar yang mengajak beliau melibatkan diri dalam kegiatan menuntut kemerdekaan. Khabarnya beliau tidak mahu. Mungkin hendak menumpu kepada pelajaran, tak? Supaya mendapat kelulusan cemerlang, agaknya? Kalau begitu, mengapa pula Cek Det gagal satu tahun? Ada orang beri tahu Cili Api Siti Hasmah pula gagal dua kali. Hai, kalau tidak terlibat dengan politik menuntut kemerdekaan sedikit pun dan menumpu pada pelajaran saja, mengapa gagal juga? Sibuk berdua-duaan naik motosikal ke sana ke mari, ke? Lebih baik lagi sesetengah siswa dulu dan sekarang, yang terlibat dengan perjuangan untuk kemerdekaan dan keadilan, tapi terus cemerlang dalam pelajaran mereka. Ahem, ahem! Aku tahulah. Hang cakap memang tak serupa bikin.
Diterbitkan oleh : |