Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Isu BI : Dana UMNO/Be End untuk hadapi Pilihanraya Umum sebenarnyer !!!!

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan ,

Cucu amat sedih biler melihat akhirnyer Mahafiraun bertegas jugak nak melaksanakan Pengajaran Bahasa Inggeris untuk Subjek Matematik dan Sains. Beginilah nasib kita bangsa Melayu..sudahlar negara kita masih dijajah..Biler maser pulak merdeka..Merdeka jasad jer..Tapi jiwa raga dan pemikiran kita masih terus dijajah oleh British.. Kemerdekaan yang dicapai hanyalah Sandiwara antara kepimpinan UMNO/Perikatan dengan Puak British nii untuk mengaburi mata kepala orang Melayu.. Laungan Merdeka yang berkumandang hanyalah dibibir semata-mata..Tapi hakikatnyer di hati tak siapa yang tahu ..

Kemerdekaan sebenarnyer bukannyer diperjuangkan oleh UMNO/BN..British menghadiahkan kemerdekaan lantaran melihat orang Melayu mula menentang British ketika itu.. Inilah dia erti kemerdekaan UMNO sebenarnyer.. Sebab tu syarat-syarat kemerdekaan ialah Tanah Melayu perlu menggunakan undang-undang British.. dan masuk termasuk dalam negara-negara Komenwel (jajahan British).

Sebab itu lar jiwa dan pemikiran puak UMNO ni masih lagi cenderung kepada British..Lantaran itu mereka menolak undang-undang Allah sebaliknyer menggunakan undang-undang ciptaan manusia..dahlar tu undang-undang yang digubal oleh orang kafir pulak tuu.. Inilah dia puak UMNO yang knonnyer mengatakan negara ini negara ISLAM..

Bila Cucu lihat Isu Bahasa Inggeris nii..maka makin terserlah lar..ke"mangkuk-Hayunan" puak UMNO Haprak niii..Memang Cucu dah agak dah..Usahlar ditentang hasrat puak-puak nii..memang puak ni satu spesis yang buta mata dan buta hati !! BEBAL betul..Kepala Otak letak kat Kepala Lutut !!!! Elok dicampak ke laut buat tukun tiruan !!

Yang Cucu hairan tuu.. Parti komponen BN sendiri yang terdiri dari bangsa Cina menolak cadangan tersebut... Tapi si Mangkuk Hayun Mahafiraun nii..boleh guna kuasa VETO dia untuk melaksanakan jugak Bahasa Inggeris.. Pandangan Cucu adalah lebih baik Bahasa Inggeris digunakan dalam subjek Sejarah atau Geografi atau subjek yang tak bercambah-cambah macam Matematik dan Sains nii..

Maksud Cucu. Matematik ni ader pulak Matematik Moden, Matematik Tambahan dan banyak lagi dan sains pulak ader sains panduan, Biology, KImia dan lain-lain.. Bukankah menyusahkan anak-anak melayu nak menghafal formula dalam bahasa Inggeris tu nanti. Bangang betul puak ni !!!

Yang Cucu pelik tu..kenapa orang-orang Cina nak pertahankan bahasa Ibunda mereka untuk subjek Math dan Sains tuu ? Sedangkan kita tahu anak-anak orang Cina ni memang kecik-kecik lagi dah pandai "Speaking" macam orang putih..Kalau nak diikutkan..mereka lah yang sepatutnyer menyokong perkara ini.. Ini tidak mereka menentang demi mempertahankan maruah kedaulatan bahasa ibunda mereka....Inilah yang perlu dicontohi.. Bukan macam Mamak Firaun tuu..namer jer orang Melayu tapi ..nak hapuskan Bahasa Melayu pulak dah !!!

Biler Cucu fikir balik aper rasionalnyer puak-puak ni nak laksanakan Bahasa Inggeris nii.. Jadi firasat Cucu ader banyak ..antaranyer ialah faktor Pilihanraya Umum tahun depan ..UMNO Perlukan wang yang banyak so...nak keluarkan wang tanpa akauntabiliti pasti akan menjadi tanda tanyer.. Maka dikeluarkan melalui pengajaran Inggeris nii..Cuba bayangkan nak buat buku ajer dah hampir RM200 juta digunakan ( 20% masuk tabung UMNO ) kemudian nak bekalkan Notebook ke sekolah-sekolah ..mungkin mencecah RM1 billon ..then bekalkan pulak software untuk pengajaran.. belum termasuk alat bantuan mengajar lagii..Ini bermakna yang akan kaya raya ialah puak-puak ni jugak..siapalah agaknyer yang akan dapat tender tuu.. Rasernyer tak lain tak bukan Bapak Konspirator menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dulu,... Si Aziz Shamsuddin tuuu.. Sebab tu lar dia beriya-iya benar nak mempertahankan perkara nii.. atas arahan BOSS dia si Mahafiraun tu lar ..sapa lagi kann ...

Parti-parti komponen Cina menolak perlaksanaan perkara ini kerana mereka tidak melihat WANG JUTAAN macam UMNO HAPRAK tuu.. Mereka lebih sayangkan bahasa Ibunda mereka dari duit..Tapi puak UMNO ni tengok DUIT sebab tu aper juga pandangan tidak akan diterima oleh mereka..kerana yang penting duit masuk untuk kempen Pilihanraya Umum akan datang !!!

Apa yang Cucu kecewa..mana perginyer Pemuda dan Puteri UMNO !!!! Yang lantang sangat bersuara kononnyer.. Maner peginyer Hishamuddin Pondan dan Azahlina Tomboy tuu !!! Senyap jer kerr..Memang dasar tak berpendirian..

Sebagai anak Melayu ..Cucu malu dengan fenomena yang berlaku di bumi sendiri.. Bayangkan bangsa Cina lebih sayangkan bahasa ibunda mereka dari orang Melayu sendiri... Justeri itu Puak UMNO Haprak ni harus menerima hakikat yang mereka sememangnyer adalah PEROSAK AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR kita ini.. Dah lar tanah-tanah orang Melayu tergadai , Bahasa Melayu pulak jadi mangsa.. Sebab tular maser Cucu masuk dalam mahkamah melihat keputusan perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim dulu..Cucu hairan tengok mahkamah Tinggi tuu..Kat depan dia tertulis "GUNAKAN BAHASA MALAYSIA"..Tapi biler Hakim Ariffin Jaka bercakap langsung tak cakap Melayu..cakap Inggeris dari awal sampai akhir.. Rupernyer Ariffin Jaka ni satu Spesis dengan Puak UMNO niii.. patutlar nak cakap Melayu pun pelat !!!

Marilah kita sama-sama menentang hasrat mereka ini..apa yang harus kita lakukan ialah JANGAN HANTAR ANAK-ANAK KITA BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN tajaan Kementerian Pendidikan.. Hantar ajer kat sekolah agama Rakyat atau Sekolah Pondok..biar mereka belajar agama lagi bagus..dari belajar Inggeris..Kurang-kurang nanti anak-anak kita akan lahir sebagai pejuang Islam dan Melayu.. BOIKOT SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN....!!!! Demi masa depan anak-anak kita ..

Cucu : Nak hantar anak-anak buah Cucu ke Sekolah Agama Pondok di Kelantan ..belajar dan berguru dengan Tok-Tok Guru kat sana.. Insya Allah akan mencapai kebahagian dunia dan akhirat !!!

"Kalau Takutkan Risiko Jangan Bicara Soal Perjuangan....Lawan Tetap Lawan !!! Tegakkan Keadilan Hapuskan Kezaliman..Takbirrrrrrr Allahhuakhbar !!!!

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
cucu_matkilau007@hotmail.com






______________________
Terbitan : 27 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com