SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Balu Ahmad Boestamam MeninggalAL-FATIHAH KAK BETAH (BALU A. BOESTAMAM) MENINGGAL Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa Datin Hajjah Rabitah bte Mohd Wajib (lebih dikenali sebagai Kak Betah), balu Allahyarham Ahmad Boestamam dan ibu Rustam A. Sani, telah meninggal dunia. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.00 malam, hari Isnin, 14hb Oktober 2002, bersamaan 7hb Syaaban 1423, di Institut Jantung Negara (IJN). Usianya 78 tahun. Jenazah telah dibawa ke rumahnya di No. 90, Jalan 2, Taman Greenwood, Kuala Lumpur. Pengebumian ialah di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, sebelum zuhur, hari Selasa, 15hb Oktober. Selaku isteri, Kak Betah telah memberikan sokongan serta pengorbanan yang sangat banyak dalam perjuangan Boestamam untuk menegakkan kemerdekaan negara dan keadilan sosial. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh beliau. Syed Husin Ali
Diterbitkan oleh : |