Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mahathir : The fundamentalist ?

“I am a Muslim Fundamentalist” – Mahathir (dan PRnya)

Oleh Al-Emarati

Begitulah tajuk besar muka 30 dalam akhbar berbahasa Inggeris Gulf News, salah sebuah akhbar Inggeris terbesar di Teluk Arab hari ini (Oktober 19, 2002).

Gulf News telah mengadakan wawancara dengan wira dunia ketiga, Dr. Mahathir di Putrajaya

Hari ini Gulf News seolah-oleh ditaja oleh UMNO/ kerajaan Barisan Nasional yang sedang dilanda krisis imej (terpalit imej pengganas buatan sendiri).

Muka depan Gulf News terpapar penafian Dr. Mahathir – “I am not Dictatorial”, di dalam muka tengah, gambar Dr. Mahathir dan PM Pakistan, Musharaf dan isteri masing-masing menghiasi ruang Asia Gulf News (begitu juga dengan cerita Malaysia mungkin menjadi taget bagi Al Qaeda, tajuk Mahathir menjadi akitek lahirnya bangsa Malaysia dan protes Malaysia ke PBB).

Pendek kata Malaysia dan Mahathir menghiasi ruangan akhbar perdana berbahasa Inggeris Teluk dalam sehari dua ini (beberapa hari yang lalu liputan Mahathir di India).

Temuduga yang dibuat sebelum Mahathir ke India, Pakistan dan Arab Saudi dipenuhi seperti biasa dengan “kejayaan” beliau; Malaysia negara Islam yang maju, melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing, yang bisa menghadapi apa jua cabaran (krisis ekonomi mahupun politik –serangan karakter ke atas Anwar Ibrahim sempat dimuatkan dalam temuduga ini).

Semua di atas adalah dalam pelan Mahathir untuk menunjukkan kepada dunia (dunia Islaam setidaknya) bahwa Mahathir adalah Islaamik dan Malaysia ialah negara Islaam, suatu model dinamik – sesuai buat alaf baru.

Walaupun apa yang dikatakan oleh Mahathir boleh kita sangkal, tetapi pada mereka yang tidak mengetahui pokok pangkal apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia akan termakan dengan cerita yang bukan sahaja menjadi sajian akhbar, malahan akan menjadi sajian seluruh dunia – melalui akhbar versi siber.

Semua ini adalah PR Mahathir di pentas politik antarabangsa. Berjaya atau tidak PR Mahathir, bukan soalnya.

Soalnya, mana PR PAS di arena antarabangsa?

Sudah tiba masanya PAS maju kehadapan dengan memberi “world view” nya tentang apa itu PAS, pelan induk/ strategi, pencapaian PAS yang sudahpun memerintah 2 negeri, mahupun impak isu kontemporari (seperti globalisasi).

Hubungan antarabangsa peringkat negara dan dagang perlu dipertingkatkan, setidak-tidaknya lawatan kerajaan Terengganu dan Kelantan berbentuk “brotherly” (mungkin juga lawatan Tn Guru Pemangku Presiden atas kapasiti Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia). Mungkin PAS Pusat sudahpun mempunyai perancangan sebegini, tetapi .......... untuk artikel selanjutnya sila lawati laman web http://pas2000.tripod.com/info






______________________
Terbitan : 25 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com