Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

"Penyelesaiannya ialah al-bunduqiyyah"

Hari pertama (15/10/2002) bagi mata pelajaran Perbandingan Agama (Muqaranah al-Adyan) kami, pelajar Malaysia tahun 4, Kuliah Dakwah Islamiah dan juga para pelajar lain dari pelbagai negara lagi menghabiskannya dengan sesi suaikenal bersama pensyarah baru.

Apabila para pelajar memperkenalkan diri dan negara masing-masing, ternyata negara-negara mereka adalah negara majoriti umat Islam yang telah diporak-perandakan oleh musuh Islam.

Chechnya (dalam bahasa arab disebut 'Syisyan') contohnya mengalami kesengsaraan teruk akibat peperangannya dengan tentera Rusia beberapa tahun yang lalu sehinggakan kebanyakkan mimbar-mimbar Jumaat berdoa untuk kemenangan umat Islam Chechnya ke atas musuhnya.

Umat Islam di Albania, Bosnia juga telah mengalami peristiwa hitam akibat menentang puak Serb dalam peperangan penghapusan etnik yang berlarutan satu ketika dahulu.

Umat Islam di Turki yang telah di"barat"kan segala tindak tanduk mereka, dinafikan segala urusan agama mereka, dianggap kolot dan ketinggalan zaman apabila ada suara-suara yang timbul mengajak supaya kembali kepada Islam.

Umat Islam di Myanmar (Burma) yang ditindas dan ditekan sehinggakan banyak hak-hak mereka sebagai umat Islam tidak pernah dikecapi dan dinikmati.

Umat Islam Pattani (kampung halaman Astora Jabat) di Selatan Thailand yang sehingga kini menuntut kemerdekaan dari kerajaan Thailand menerusi Pertubuhan Pembebasan Pattani (PULO) tidak kesampaian.

Setelah mendengar ulasan pensyarah tersebut, akhirnya kami para pelajar mengetahui bahawa ia merupakan pensyarah merangkap ketua editor bagi satu majalah keluaran Timur Tengah. Majalah yang banyak memaparkan di dalamnya suka duka dan pahit manis umat Islam di seluruh dunia untuk tatapan para pembaca khususnya di Timur Tengah.

Setelah pensyarah mengenali para pelajar, para pelajar pula mengenali pensyarah, sesi soal jawab dibuka untuk mengisi waktu kosong kerana kebiasaannya, hari pertama pengajian akan diisi dengan sesi suaikenal dan soal jawab.

Seorang pelajar dari negara Jordan mengajukan satu soalan yang menimbulkan perdebatan yang panjang, penulis yang hadir juga ketika itu tidak pasti, apakah soalan yang telah diajukan.

Walau bagaimanapun, ternyata pelajar tersebut adalah dari aliran "Salafi" atau "Wahabi" yang suka menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk perdebatan perkara-perkara yang kecil dan furu'.

Pensyarah berkenaan berkata kepada pelajar tersebut "Mengapa perkara-perkara sebegini menjadi sasaran kita untuk diperdebatkan atau perbincangkan, sedangkan musuh sudah berada di depan pintu rumah kita"?. Apa akan jadi kepada umat Islam Palestin yang siang malam berhempas pulas mempertahankan maruah, agama, bangsa dan tanah air?

Kami para pelajar lain diam membisu mengamati perdebatan itu, pelajar Jordan itu berkata bahawa pimpinan negara tidak membuka peluang untuk berjihad, sahut pensyarah pula "Sekiranya kamu bersedia, aku boleh hantarkan kamu ke Palestin untuk berjihad", pelajar tersebut diam.

Sebelum itu, seorang pelajar dari Indonesia diminta memperkenalkan dirinya, kemudian pensyarah berkenaan bertanyanya "Apa pandangan kamu tentang serangan terhadap pelancong di Bali, 13 Okt lalu?".

Pelajar tersebut teragak-agak mengatakan bahawa serangan adalah ke atas sebuah kelab malam yang merupakan sarang maksiat, pensyarah tersebut berkata "Bukan kelab malam sahaja tempat maksiat malah seluruh Bali merupakan tempat maksiat yang terkenal di seluruh dunia". Pensyarah tersebut berkata lagi "Tidakkah kamu terfikir bahawa serangan tersebut merupakan stratergi ciptaan Amerika untuk melumpuhkan lagi umat Islam, dalam masa yang sama ia (Amerika) boleh meraih sokongan bagi mengajak lebih banyak lagi negara bagi menyokong kempen pakatan jahatnya untuk menyerang negara-negara Islam?.

Kami tersentak sebentar dengan soalan beliau, ramai pelajar yang hadir bersependapat dengannya dalam soal serangan ke atas pelancong di Bali.

Sekiranya kita fikirkan sejenak, ada betul juga kata-kata pensyarah tersebut. Berdasarkan pengalaman lalu, melalui beberapa bukti yang cukup, kita dapati serangan ke atas New York dan Washington pada 11 Sept 2001 lalu merupakan satu serangan yang terancang dan teratur serta begitu sistematik dan dinamik.

Syeikh Mamduh al-Harbi dari Saudi Arabia, dalam satu sesi pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk "Kekuatan Yang Tersembunyi Di Sebalik Letupan-Letupan di Amerika" mengemukakan 14 bukti yang menunjukkan bahawa serangan-serangan ke atas New York dan Washington tahun lalu adalah angkara Israel sendiri sekaligus menggugurkan segala tohmahan terhadap rangkaian al-Qaeda dan Osama Bin Laden.

Begitu juga dengan peperangan teluk pada awal tahun 1991 dahulu, ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa ianya telah dirancang terlebih dahulu oleh Amerika.

Hasil dari tindak balas (counter attack) ke atas Taliban dan rangkaian al-Qaeda berikutan peristiwa hitam 11 Sept, bumi Afghanistan dapat ditembusi dengan mudah oleh tentera Amerika dan kuncu-kuncunya setelah Kesatuan Soviet gagal menembusinya walau pun telah berhempas pulas selama bertahun-tahun.

Hasil dari pencerobohan Iraq ke atas Kuwait, Amerika mengambil kesempatan menempatkan tenteranya di sana, seterusnya membina pengkalan tentera di Kuwait dan di beberapa negara Teluk. Lihatlah betapa untungnya Amerika berikutan kekecohan dunia yang tercetus sepanjang zaman.

Nama kumpulan Al-Qaeda yang dikaitkan dengan Osama bin Laden acap kali dikaitkan setiap kali berlaku kejadian letupan atau keganasan, sejak peristiwa serangan 911 hinggalah kepada serangan di Bali menjelang tengah malam Sabtu lalu.

Menerusi maklumat yang kita dapati, Amerika Syarikat (AS), Britain, Jerman dan Perancis mengutuk keras kejadian letupan di Bali dengan menyifatkannya sebagai `tindakan keji angkara pengganas.'

Malah George W. Bush juga pernah berkata pada ulasannya kepada media mengenai percubaan membunuh pemimpin Afghanistan, Hamid Kharzai beberapa bulan yang lalu bahawa keganasan sebeginilah yang membuatkan Amerika semakin ghairah untuk memerangi pengganas antarabangsa.

Menurut laporan, Amerika Syarikat pula sedia menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada kerajaan Indonesia dalam memastikan mereka yang bertanggungjawab berjaya diheret ke muka pengadilan.

Dari penawaran bantuan ini kita sudah boleh membaca riak air muka Amerika yang sememangnya sentiasa mencari peluang untuk menembus masuk ke dalam negara Islam. Seperti yang telah berlaku di Kuwait dan Afghanistan. Dengan itu, tidak mustahil letupan di Bali juga merupakan angkara Amerika dan musuh Islam.

Lihat pula mangsa-mangsa letupan yang diberitakan terdiri daripada pelancong-pelancong dari Australia, Britain, Jerman, Perancis, Belanda, Ecuador dan Singapura ke Bali. Tidak mustahil negara-negara ini akan memberi sokongan padu kepada Amerika dalam memerangi keganasan, terutamanya dalam memerangi sasaran baru Amerika, Iraq.

Sekiranya kerajaan Indonesia pimpinan Megawati Sukarnoputri menyambut pelawaan "tidak ikhlas" dan "ada udang di sebalik mee" Amerika ini, akan timbulah satu lagi pengkalan tentera Amerika di sekeliling negara-negara Asean setelah terbina pengkalannya di beberapa negara Islam sebelum ini.

Dengan itu, akan kukuhlah kedudukan Amerika seterusnya Israel di negara-negara Islam yang stratergi (di Teluk Arab, Terusan Swiz dan dan di Selat Melaka) sekiranya rancangan mereka berjaya dilaksanakan. Inilah sebenarnya impian Amerika dan Israel untuk direalisasikan dalam projek "cari pasal 2002".

Fenomena-fenomena penindasan umat Islam dan penyeksaan ke atas mereka oleh musuh-musuh Islam membenarkan hadis sabda Rasulullah s.a.w 1400 tahun nan lalu. Hadis ini diklasifikasikan oleh ulama sebagai peristiwa akhir zaman.

Hadis daripada Thsauban r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya. "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?". Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'al-wahan'". Seorang sahabat bertanya: "Apakah al-wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab: "Cintakan dunia dan takut pada kematian". Hadis riwayat Abu Daud dalam sunannya.

Lihatlah hari ini, di mana sahaja umat Islam menjadi sasaran keganasan dan ditohmah juga sebagai pencetus keganasan bersenjata, militan, sedangkan umat Islam dalam masa yang sama dikatakan mundur, tidak maju, terkebelakang, jumud dan bermacam-macam lagi.

Pernah seorang ulama arab diminta responsnya berkenaan tohmahan musuh Islam yang mengatakan bahawa "Islam berkembang dengan senjata (pedang) di zaman Nabi s.a.w dan para sahabatnya r.a". Beliau berkata dengan lantang "Sekiranya bersama-samaku senjata sekarang ini (hari ini) akan aku sebarkan Islam dengan senjata yang ada, tetapi... sayangnya umat Islam hari ini tidak memiliki sebarang senjata hatta senjata yang diperbuat daripada kayu". Kalau ada pun senjata umat Islam, tidak dibenarkan sama-sekali digunakan untuk memerangi Israel. Inilah perjanjian Saudi Arabia/Amerika yang telah termetrai ketika membeli peralatan perang dari Amerika.

Adakah para pembaca menyokong ulama ini atau sebaliknya? Ada pihak yang masih ingin mencari perdamaian dengan Israel berkenaan isu konflik Palestin/Israel. Ada pihak pula yang sudah fed-up dan ingin mengistiharkan perang. Kedua-dua pihak mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri dalam isu konflik Palestin/Israel atau isu umat Islam hari ini secara umumnya.

Oleh kerana segala macam bentuk keganasan hari ini dikaitkan dengan Islam terutamanya Osama Bin Laden dan rangkaian al-Qaeda, ada pihak yang berkata "Alangkah baik sekiranya Allah s.w.t menghantar 1000 orang lagi peribadi seperti Osama Bin Laden, dengan itu, umat Islam mengistiharkan perang, nescaya lingkup dan ranaplah kuasa besar Amerika Syarikat dan Israel".

Walaupun begitu, kita melihat peribadi seperti Osama Bin Laden ini memang diperlukan oleh umat Islam pada situasi yang kena pada tempatnya seperti di Tel Aviv atau Israel untuk melakukan keganasan atau serangan dan letupan, dan tidak diperlukan pula pada situasi yang tidak kena pada tempatnya seperti di Bali beberapa hari yang lalu.

Ada pihak yang mengatakan bahawa Osama Bin Laden adalah lebih baik daripada seluruh pemimpin-pemimpin arab dan Islam yang ada hari ini, yang hanya tahu ber"mujamalah", bermanis muka, bersopan santun dengan musuh Islam terutamanya Amerika dan Israel.

Muktamar Agung Islam Sedunia, tiap-tiap tahun tiada hasil atau tindakan agresif terhadap isu umat Islam, menghabiskan boraih (beras) dan lauk pauk sahaja. Umat Islam semakin hari semakin ditekan, ditindas, digadas, diganyang, dibunuh. Begitulah di antara keluhan banyak pihak.

Di mana-mana sahaja, umat Islam kini dicurigai dan dikuatiri melakukan keganasan, bermula dari serendah-rendah rakyat Islam sehinggalah setinggi-tinggi pemimpin Islam diperlakukan sewengan-wenangnya sepertimana yang telah dilakukan terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya ketika di Amerika baru-baru ini.

Walaupun ianya merupakan satu penghinaan kepada umat Islam, namun ada hikmahnya juga, baru hilang sikit ego dan angkuh P.M dan T.P.M, baru tahu bagaimana terasa hina dinanya sekiranya diperlakukan sedemikian rupa.

Tidak terbayangkah P.M dan T.P.M bagaimana perasaan mangsa-mangsa ISA yang diperlakukan lebih teruk lagi di dalam tahanan, bukan hanya disuruh buka talipinggang dan seluar atau kasut dan stokin sahaja, malah bermacam-macam penyeksaan lagi, malah kalau boleh 'barang' dalam seluar mangsa-mangsa ISA hendak mereka cabut dan kasi, agar tidak lahir lagi peribadi-peribadi reformasi seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ezam serta rakan-rakan yang lain.

Setelah berdebat panjang, akhirnya pensyarah baru tadi bertanyakan satu soalan kepada kami para pelajar "Apakah jalan penyelesaian yang perlu kita ambil hari ini?"... Pelajar Jordan yang beraliran Salafi tadi berkata "Kita perlu menjadi Usuli (kembali kepada asal), kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah".

Pensyarah membidas pelajar tersebut dengan katanya "Penyelesaiannya ialah al-bunduqiyyah". Semua pelajar yang ada tergelak dan ketawa besar termasuk pelajar Jordan tadi.

Oleh: Farizal Lazim
mahasiswa_islam@putera.com






______________________
Terbitan : 17 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com