SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kadi hentam kerajaan negeri di atas pentas UmnoKOTA BHARU, 27 Okt (Hrkh) - Adun Meranti, Ustaz Nusuruddin Daud meminta kerajaan negeri menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang kadi yang dikatakan menggunakan pentas Umno menghentam kerajaan negeri dan mencerca Menteri Besar. Beliau berkata, kadi terbabit menggunakan jawatannya untuk mempengaruhi orang ramai di pentas ceramah Umno. "Dia (kadi berkenaan) difahamkan berceramah di atas jemputan Penyelia Pembangunan Mukim (penghulu Umno). "Bagaimanapun apabila saya tanya kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diberitahu pula, kadi berkenaan berceramah atas undangan Jabatan Hal Ehwal Khas," katanya ketika membahas ucapan belanjawan 2003 di sini, hari ini. Beliau mempersoalkan adakah kadi berkenaan berceramah di atas pentas Umno mendapat izin terlebih dahulu daripada pengarah, kerana kehadirannya di atas jawatan kadi. Oleh itu, beliau meminta kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap kadi terbabit yang menggunakan jawatannya bagi mengelirukan orang ramai dan mencerca Menteri Besar. "Saya ada pita rakaman untuk mengesahkan perkara ini, dan saya sudah serah kepada pihak kerajaan negeri untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut," ujarnya. Menurutnya, kelakuan kadi berkenaan bukan sekadar melawan kerajaan negeri, malah dianggap menghina Islam apabila mengeluarkan kenyataan yang begitu meragukan. Sedangkan kata beliau, kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan kepada kakitangan awam, termasuk bonus, namun masih ada segelintir daripada kalangan mereka yang tidak berterima kasih. Adun Gual Periuk, Ustaz Abdullah Abdul Razak ketika meminta laluan dari Ustaz Nusuruddin bertanya, kadi terbabit mendapat pendidikan di mana. "Saya difahamkan kadi berkenaan berkelulusan agama dari Indonesia," ujarnya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Wilayah, Haji Takiyuddin Hassan berkata, beliau sudah menerima salinan pita rakaman ucapan kadi terbabit yang dikatakan mengecam kerajaan negeri dan Menteri Besar. Menurutnya, pita tersebut sekarang sedang dalam proses salin semula. "Apabila siap kelak, salinan ucapan tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk diteliti dan diambil tindakan sekiranya didapati melanggar peraturan ditetapkan," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Mohamed Daud dalam respon yang sama berkata, ucapan kadi terbabit perlu diteliti oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sebelum diambil tindakan lanjut. Sebelum ini, Harakahdaily.net pernah melaporkan orang ramai di Pasir Mas mengesa kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap kadi di jajahan berkenaan yang secara jelas menghina kerajaan negeri di atas pentas Umno.(MJ)
Diterbitkan oleh : |