Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Takziah untuk keluarga Dr. Ristina Majid

Bagi para reformis yang mengikuti perbicaraan Sdr. Anwar dulu, nama seorang doktor pakar pergigian, Dr. Ristina Majid, mungkin tidak asing lagi. Beliau dikaitkan dengan membantu menyembunyikan Umi Hafilda di rumahnya apabila polis ingin menyiasat berhubung aduan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Dr. Ristina meninggal akibat pendarahan otak awal pagi ini (6 Okt) selepas terkena serangan angin ahmar (stroke) pada 3 Okt ketika berada di Jakarta. Walaupun pembedahan telah dilakukan pada 4 Okt, keadaannya tidak pulih malah bertambah tenat. Jenazah beliau tiba di KL dari Jakarta siang tadi dan telah selesai dikebumikan jam 6.10 petang tadi.

Dr. Ristina memang di antara yang terlibat dalam peranan konspirasi untuk menjatuhkan DSAI. IB mendoakan agar beliau sempat sedar dan ingat akan peranan yang telah dimainkannya itu dan sempat bertaubat dan meminta maaf dengan DSAI (atau melalui keluarga DSAI).

Begitulah lebih kurang komen IB ketika menziarahi upacara perkebumiannya di rumah saudaranya pagi tadi. IB tercakap dengan niat agar menjadi pengajaran kepada kita semua yang masih hidup bahawa setiap perbuatan ada balasannya (tidak IB ingin kaitkan stroke ini sebagai balasan) – samada cepat atau lambat sahaja. Dan hendaklah kita yang hidup ini sentiasa mengingati akan kematian kita dan memohon kemaafan dari orang yang kita lakukan sebarang dosa. Namun, kata-kara IB disambut dengan nada tinggi oleh seorang ahli keluarga beliau (yang juga kenalan IB). IB tidak salahkan beliau – mungkin silap IB kerana menyebut dalam suasana itu.

Namun, seperti komen seorang rakan penulis dalam laman-laman reformasi beberapa minggu lalu yang memohon agar kita sama-sama doakan agar Mohtar Abdullah cepat sembuh supaya ahli keluarganya dapat merasakan dan memberi kasih sayang sesama mereka – seperti mana dirindui oleh ahli keluarga DSAI. Dan agar Mohtar sempat sembuh untuk memohon kemaafan dari DSAI atas apa yang telah dilakukan.

Dosa dengan Allah boleh kita mohon keampunan dalam istighfar dan doa kita. Namun dosa kita dengan manusia – tiada lain caranya kecuali hendak dengan insan itu sendiri hendaklah kita pohon keampunan.

Sekian
Ibrahim Baba
6 Oktober 2002
setelah sekian lama tidak menulis.

.......................
Catatan : Sdr Ibrahim Baba adalah di antara salah seorang penulis siber generasi pertama semenjak suara reformasi kemundang. Penulisan terakhir beliau di laman ini ialah pada 26 April 2002. Pihak kami telah mengarkibkan penulisan beliau sebanyak 90 artikal menarik di http://pemuda-trg.tripod/ibrahim/ibrahim.html






______________________
Terbitan : 11 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com