SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun GADIS KECIL LEWAT PENJARA
GADIS KECIL LEWAT PENJARA
Ismaily bungsu SEJAK kebelakangan ini entah kenapa saya selalu saja bersedih. Sedih bukan memikirkan diri, tetapi sedih melihat bahawa dunia ini sebenarnya tidak pernah lagi berbahagia. Tidak lagi merasa aman seperti yang semua orang harapkan. Pokoknya kacau ada di mana-mana. Kacau ada dalam rumah, kacau ada di luar rumah, kacau ada di desa, ada kacau ada di kota dan kacau itu ada di mana-mana yang menyebabkan hidup senantiasa saja dalam ketakutan yang amat sangat. Malah, katanya sobat saya "kok dalam selimutpun ada kacau" Saban waktu kala saya nonton TV, kita akan melihat bagaimana rakyat Palestina ditindas akibat dasar luar Amerika dan Britain yang mengepalai kekacauan. Nyatanya saya lihat negara Islam mereka pandang sebagai sampah. Apa tidaknya, lihat saja mereka serang Iraq tanpa belas ihsan. Mereka kucar-kacirkan Rwanda. Mereka sokong keganasan Israel yang merampok tanah dan merobohkan rumah orang. Mereka perangi Vietnam yang akhirnya mereka kalah. Mereka tindas Ireland Utara. Mereka pecahkan India, Pakistan dan Bangladesh. Mereka hina dan tunjuk kuasa ke atas Columbia, Cuba, Syria, Jordan, Iran, Korea Utara dan semua negara Islam dan negara yang lemah. Bajingan kamau duhai Amerika dan Britain. Laknatullah! Nah, kerana melihat keadaan itulah saya selalu saja merasa sedih. Siapa yang tidak sedih?Saya memang sedih. Sedih sangat memikirkan bahawa penyeksaan sesama manusia memang ada di mana-mana. Ini nyatanya bukan perintah Yang Maha Berkuasa. Setiap saat dan setiap detik. Yang kuat dan berkuasa seperti Amerika dan Britain akan menindas yang lemah dan yang menindas menghalalkan penindasan yang lain pula dan dinyatakan bahawa cara yang dilakukan oleh penindas merupakan kemestian dan harus/itu katanya Amerika dan Britain yang saya gelar bagai naga berkepala tujuh. Jahatnya bukan main. Memang saya sedih sangat. Benar-benar sedih dan kerana sedih itulah saya selalu berdoa dan memerhatikan serta melihat keadaan yang terjadi dengan penuh hati-hati dan rasa sedih itu barangkali yang menyebabkan saya semacam tidak tertahan lagi melihat keadaan yang berlaku di depan mata saya. Saya tetap berdoa dan terus berdoa. Itu saja yang mampu saya lakukan untuk saudara-saudara saya. Kebencian saya pada Amerika dan Britain yang dulu saya suka semakin meluat-luat dan selalu berkata yang Bush dan Blair memang tidak kurang perangainya seperti bajingan. Sama seperti anjing. Memang tidak pernah saya membenci sesiapapun seperti benci saya pada mereka. Nah, kalau saja saya ini Tuhan memang sudah lama Bush dan Blair itu saya hapuskan dari dunia ini, tapi saya bukan Tuhan, cuma manusia biasa yang tidak punya kuasa dan apa-apa, malah serba lemah pula. Sambil memikirkan keadaan dunia milik kita bersama ini dan harus dijaga secara baik dan secara bersama, maka petang kelmarin seperti biasa saya duduk lagi di tembuk batu yang menghadapi penjara kota di kepayan. Keadaan petang kelmarin agak tenang saja. Tiada ada apa-apa yang berbeda. Sama sekali sama seperti petang-petang sebelumnya. Cuma di langit kelihatan semacam ada sedikit gelap yang barangkali tentu saja merupakan tanda hujan yang tidak disangka-sangka bakal turun, tapi di langit kelihatannya tenang dan mentari masih terus memberi cahayanya. Seperti biasa atau seperti selalunya gadis kecil yang saya tunggu itu akan terus saja melewat pintu penjara yang ada di depan saya. Iya, dia memang seorang gadis yang kelihatan tenang, tabah dan selalu saja tersenyum. Saua suka sangat akan dia, meski saya tidak tahu sebab-sebabnya. Saya memang suka sangat akan dia. Melihat wajahnya memang terbayang akan wajah ibu saya yang selalu saja tenang meski dalam keadaan apapun. Jadi kerana itulah saya suka sangat melihat dia. Maaf, sebenarnya dia bukanlah gadis remaja seperti yang difikirkan. Saya tfsir usianya barangkali kira-kira 13 tahun. Nah, memang kala saya melihat dia saya rasa dunia ini cukup aman, cukup bahagia dan saya ulangi lagi bahawa saya memang senang akan dia. Tubuh gadis kecil itu memang kecil sangat. Tidak jauh bedanya seperti Lenny, iaitu anak gadis saya yang masih belajar di Sekolah Menengah di Takis di Papar. Dia memang agak kurus dan bersaiz kecil sekali. Benar-benar kecil, tapi anak gadis saya tidak seperti anak gadis yang saya bicarakan. Lenny agak keras sedikit. Memangpun. Nah, keadaan gadis kecil itulah yang menyebabkan saya teringat akan sebatang pinang yang tegak berdiri di belakang rumah saya di desa yang ketika suatu hari ribut besar yang namanya greg tiba tanpa disangka-sangka pohon pinang itu terkapar menyembah bumi yang akhirnya ternyata setiap pagi pohon pinang itu tidak lagi menanti mentari menyapa. Jadi, bila saya balik ke desa saya di pedalaman, maka saya jadi sedih kapan melihat pohon pinang sudah tidak ada, maka rasa sedih itu menyeksa saya dan kerara sedih itulah yang menyebabkan saya membayang banyak perkara yang bukan-bukan termasuklah membayangkan betapa seronoknya kalau misalnya ayah dan ibu saya masih ada dan melihat keadaan saya sekarang ini yang duduk di tembuk menanti gadis kecil yang memberikan saya banyak ilham untuk terus menulis. Astaga! Nah, gadis itu sebenarnya memang selalu saja berulang alik menemui ayahnya di penjara yang berkawat besi. Meski saya lihat dia derita, tetapi dia amat tenang sekali. Ayahnya konon ditahan di penjara untuk bertahun-tahun lamanya. Menurut cerita orang konon ayahnya memang tidak bersalah, tetapi akibat difitnah maka dia menjadi santapan orang dan tidak sesiapa pun yang mahu membelanya, apa lagi mahu menjadi saksi, makanya dia terpaksa duduk di sana untuk bertahun-tahun lamanya yang menyebabkan gadis kecil itu terpaksa menanti ayahnya pada suatu hari akan pulang dengan penuh tabah dan tenang meski pada hakikatnya hidupnya bersama ibunya penuh derita dan tak siapa yang mempedulikan. Memang gadis yang melewati pintu penjara itu saban petang tiba kelihatan tenang dan selalu saja senyum bila melihat saya yang asyik duduk di tembuk melihat dia lewat dan keadaan itu menyebabkan saya amat kagum akan dia dan suatu waktu kala memerhati dia dalam keadaan yang barangkali susahnya bukan main hebat, maka saya yang memang amat simpati segera memberikan wang kepadanya dan dengan senyum dan tenang dia berkata kepada saya. Begini katanya "Saya tak perlu wang pakcik. Ibu saya pesan jangan terima wang dari sesiapapun tanpa sebab-sebabnya kerana saya masih berupaya untuk mencari wang pakcik. Dunia ini masih punya ruang untuk saya dan ibu saya mencari wang dengan cara menjual kuih ini pakcik" Saya jadi terharu dan terdiam sebentar dan segera pula teringatkan kala kecil saya memang pernah menjual kuih di sepanjang desa saya dan kerana itu saya amat simpati bila melihat keadaannya gadis kecil itu. Saya lihat gadis kecil itu punya ketenangan yang sukar dinyatakan dan kelihatannya dalam usia yang masih muda, memang jiwanya telah didewasakan oleh pengalaman dan saya yakin bahawa tidak semua orang mencapai kekuatan, ketabahan yang unik dan mempesonakan seperti yang gadis kecil itu miliki. Kemudian kala pemberian saya ditolaknya dengan sikap atau tingkah yang sopan, lalu segera saya katakan lagi bahawa yang saya memang amat bersimpati padanya dan pemberian saya adalah ikhlas kerana Allah dan ternyata sekali lagi dia tersenyum dan tenang sekali sambil berkata "Janganlah sedih pakcik, tabahkan hati pakcik. Sebenarnya ada berjuta-juta anak-anak seperti saya di dunia ini yang lebih derita dari saya ini" Saya jadi terpaku dan memang kenyataan gadis kecil itu benar-benar menyentuh perasaan saya. Saya terdiam dan saya lihat dia tenang-tenang saja, tetapi saya sendiri semacam tidak bisa berbicara. Kata-katanya benar-benar mengharukan saya dan memang saya tidak pernah ketemu gadis kecil seperti dia yang meski kecil tapi sudah cukup dewasa. Saya benar-benar terharu dan sekaligus tiba-tiba air mata saya jatuh dan bila dia melihat keadaan saya, lalu dia berkata lagi "Jangan menangis pakcik, kuatkan semangat pakcik. Hapuskan air mata pakcik" Saya malu kerana air mata saya jatuh tanpa saya sedari dan berusaha untuk senyum dan mengatakan yang saya tidak menangis. Saya lihat gadis kecil itu tetap senyum dan tenang melihat saya, malah dia sendiri berkali-kali menasihatkan saya untuk selalu bersikap tenang, tabah dan tidak usah sedih sambil dia berpesan agar saya tidak usah bersedih melihat derita pahit hidupnya. Terasa sangat bahawa alangkah malunya saya sebagai orang tua yang berlagak menjadi seorang lelaki dewasa yang kononnya mahu membela manusia derita terpenjara menerima nasihat supaya tabah dan berani dari anak penghuni penjara yang memang hidupnya penuh payah, perit, sengsara dan penuh derita. Saya benar-benar terdiam dan terpukul, tapi saya cukup senang dan simpati saya semakin mendalam. Kenapa iya? Tiba-tiba dalam perjalanan pulang berjalan kaki ke rumah saya yang tak jauh sangat dari penjara, saya merasakan yang hujan renyai-renyainya sebenarnya sudah lama ada, saya sempat berfikir bagaimana seorang gadis kecil yang usianya baru saja tiga belas tahun begitu bijak dan tabah menghadapi hidup yang payah dan derita. Setelah itu, gadis kecil itupun hilang entah ke mana dan entah bagaimana serentak itu tiba-tiba guru saya yang juga pemuisi terkenal Malaysia yang namanya Osman Awang pulang berjalan bersama saya dan mengatakan pada diri saya begini "Ismaily harus percaya bahawa kalaulah ada sepuluh anak seperti dia yang Ismaily temui di pintu penjara itu tadi, maka akan pasti menghapuskan erti seribu penjara di dunia ini". Saya terdiam dan menatap wajah Pak Osman Awang yang suatu waktu kami sama-sama pernah membicarakan hal yang dimaksudkan setelah saya selesai memenuhi jemputan baca puisi di Universiti Malaya lewat tahun 1982. Saya berfikir dan terus berfikir. Nah, memangpun sekarang ini saya sedang berjalan pulang bersama Pak Osman Awang sambil kami asyik sangat berbicara tentang puisi-puisi kemanusiaannya meski kami sudah berada dalam dunia lain. Dunia yang sama sekali lain. Apanya yang lain? Fikirkanlah! Benar-benar terasakan, tapi memang saya berjalan bersama Pak Osman Awang. Berjalan di bawah hujan panas yang renyai-renyai, tapi tak siapapun menyapa kami. Tidak siapapun yang bisa melihat kami. Kami sebenarnya tidak kelihatan. Memangpun. (23/10/02 jam 2:01 sbh)
Diterbitkan oleh : |