SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Korporat Melayu Jatuh Siri 3Oleh : ito ramli Pada zaman dahulu tentera yang pergi berperang akan membawa bersama harta benda yang kemudiannya dijadikan harta rampasan perang kepada pihak yang menang. Kisah di mana suatu peperangan yang diketuai oleh panglima perang terkenal Iskandar Zulkarnain setelah menang semua tentera yang tinggal diarah mengumpulkan harta rampasan perang pihak musuh di satu kawasan lapang agar dijadikan khazanah milik negara. Kelihatan seorang tentera yang sudahlah keletihan terpaksa pula memikul barang rampasan perang untuk dikumpulkan. Iskandar yang memerhati dari jauh memerintahkan barangan yang dipikul oleh tentera berkenaan tak perlu dikumpulkan tapi menjadi hak milik tentera berkenaan. Mendengar sahaja perintah demikian tentera yang pada mulanya kelihatan begitu letih serta merta kelihatan segar dan dengan gembiranya membawa harta yang dirampasnya pulang. Kisah di atas pernah di ceritakan dalam ucapan pengulungan PM di Mesyuarat Agung Tahunan UMNO di PWTC sebagai menjawap persoalan perwakilan UMNO mempertikaikan Syarikat milik kerajaan diberi kepada individu tertentu. Moral cerita di atas jelas betapa sesuatu milik sendiri akan lebih dihargai daripada milik orang lain atau pun hak milik bersama. Tetapi apa jadi dengan MAS selepas Tajuddin diberi peluang menerajuinya. Atas asas kisah di atas jugalah maka Hassan Harun bukan sahaja diberi peluang menerajui pada mulanya KUB (Koperasi Usaha Bersatu) malah akta Koperasi sanggup di pinda di Parlimen khusus demi memungkinkan KUB di tukar kepada Syarikat. Tak cukup dengan itu diberi pula pinjaman RM300 juta (arahan PM kepada Bank Bumiputra) agar mempastikan Hassan Harun mempunyai pegangan yang majoriti dalam KUB selepas disenarai awamkan. Dari 173 ribu ahli KUB, kesemua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Menteri Besar, ketua bahagian termasuklah PM sendiri adalah ahli KUB. Tidak hairanlah hampir kesemua projek di KUB bergantung kepada projek yang berkaitan dengan kepentingan kerajaan. Yang silapnya di sini individu yang diberi peluang bukan sahaja tamak, tapi dimanjakan, makan pun ibarat disuapkan tanpa perlu bersusah payah hingga mengadai nyawa sendiri seperti tentera di atas yang memang sepatutnya mendapat habuan yang setimpal. Berdirinya KUB itu sendiri atas dasar sokongan dari projek kerajaan sahaja. Faktor lain yang dikenal pasti merosotnya KUB kini kerana kurangnya pemantauan daripada pihak atasan kepada anak syarikat. Boss anak syarikat bebas melakukan penyelewengan. Kita menyelami salah satu anak Syarikat 100% milik KUB yakni KUB Realty (Syarikat hartanah) yang diterajui oleh Boss wanita di bayar gaji Gaji beliau RM13 ribu sebulan dengan sebuah kereta pacuan empat roda (Pajero) yang baru sahaja ditukar kepada MPV sebab senang hendak bawa famili dia sendiri (bukan untuk kemudahan syarikat) termasuklah elaun kerain, kemudahan kad kredit dan lain-lain juga diberi. Kesemua hartanah KUB di pindahkan serta diuruskan melalui syarikat ini tanpa sebarang aset yang baru dikenalpasti untuk dimajukan. Kerana terlalu mengharap pada aset yang sedia ada seperti sewa bangunan di KUB.com serta hartanah yang lain seperti di bangunan KUB yg lama KUB Realty banyak mengalami masalah. Tidak mempunyai wang untuk membayar kembali wang cagaran Bangunan KUB.com (beli tunai tapi lepas itu cagar kepada Affin Bank) akhirnya mengarahkan peguam ambil tindakan kepada penyewa (kebanyakannya anak syarikat KUB) yang gagal menjelaskan hutang. Tindakan beliau ini menyalahi etika serta tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Malah Projek A&W Drive-In dan Gas NGV di atas tanah seluas 2 ekar milik syarikat terletak di Kg Baru, KL juga tidak mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah di mana beliau sendiri yang menandatangani dokumen perjanjian yang bernilai jutaan ringgit. Kos pembangunan untuk A&W bernilai RM4 juta ditanggung sendiri oleh pihak KUB Realty. KUB Realty hanya mengutip sewa dari syarikat A&W, apa akan berlaku sekiranya A&W tutup kedai. Untuk projek NGV KUB Realty menyediakan tapak di atas tanah tersebut kepada Petronas dan dipajak dengan harga RM1.00 setahun selama lebih kurang 15 tahun. KUB Realty cuma akan mendapat komisyen penjualan NGV. Jelas kelemahan beliau dalam menilai projek di atas tanah yang berpotensi besar serta nilai pasarannya mencecah lebih RM20 juta. Penyelewengan wujud bermula dari pengubahsuaian bangunan terutamanya bangunan KUB.com, pemberian tender, penanggung insuran bangunan hinggalah kepada sikap pilih kasih pada kakitangan yang tertentu. Pembodek dia mempunyai semua bidang kuasa. Lantik perunding untuk tender tapi macamana tender bolih dapat kepada syarikat yang jurunding itu sendiri cadangkan. Sedangkan Syarikat itu tidak pun termasuk dalam senarai tender setelah tarikh ditutup. Pada suatu ketika hampir sebulan bangunan KUB tidak diinsurankan kerana kononnya nak tukar kepada penanggung insuran yang lain.Tidak hairanlah beliau menerima komisyen RM35 ribu serta orang kanannya menerima RM10 ribu semasa pembelian bangunan KUB.com juga RM27 ribu pakej menunaikan haji beserta pakej bercuti keluar negara bersama keluarga . Berjuta ringgit wang syarikat dibazirkan melalui pembelian atau kerja yang tidak diperlukan. Mana lojiknya kos memecah dinding serta memasang satu pintu kayu biasa dan beberapa anak tangga yang dibina di tingkat bawah bangunan KUB.com untuk ke tempat letak kereta menelan belanja hampir RM16,800.00 yang mana sama dengan kos membina sebuah rumah kos rendah. Bayangkan kos RM15 ribu untuk membersihkan sampah beberapa jam sahaja di satu tingkat sedangkan ada syarikat menawarkan RM3 ribu sahaja. Belian barangan 'maintenance' setiap kali beribu ringgit yang dijumlahkan mencecah ratusan ribu ringgit di bayar secara tunai pada satu syarikat sahaja. Bukankah belian ini patut dilakukan secara kredit beserta sebutharga dari syarikat yang berbeza. Restoran di Pekeliling Business Centre, Tadika British Montesorri di bangunan KUB .com serta beberapa penyewa luar di KUB.com semuanya gagal membayar sewa. Kenapa tidak ada tindakan tegas dari pihak beliau?, ada apa-apa ke? Kenapa tidak di siasat sebuah banglo di Seksyen 15 PJ milik beliau dibina dengan nilai hampir RM1 juta selepas selesai sahaja projek ubahsuai bangunan KUB.com. Segala penyelewengan yang dilakukan diberi perlindungan oleh orang tertentu dari pihak atasan (Lembaga Pengarah pun sama juga). Perbuatan beliau bukan sahaja menyalahi etika dan undang-undang tetapi dari sudut hukum ugama Islam perbuatan mereka adalah haram, dilaknati Allah dan tidak mendapat keredhaan Allah, perhatikan dan hayatilah bala yang diturunkan Allah terhadap syarikat yang kini diselubungi berbagai kemelut. Orang ini harus diambil tindakan dan dipecat Jika pihak atasan KUB terus berdiam diri dan tidak cuba mengambil iktibar maka tidak ada jalan lain melainkan perkara ini dibawa kepada pihak BPR atau didedahkan kepada pengetahuan umum.Tidak hairanlah KUB sebuah syarikat yang ditaja dan dibiayai pada mulanya oleh orang melayu miskin dari kalangan penoreh getah, penanam padi, pekebun sayur, nelayan, guru, peniaga warung kopi, penjual goring pisang setelah menjadi syarikat korporat melayu terbesar akhirnya punah. Satu demi satu anak syarikat KUB terlungkup. Tutup kedai lama, buka kedai baru akhirnya duit (modal ) yang ada habis. Mana dia janji Hassan Harun kepada Ahli KUB 0.5 saham yang hendak diagihkan?. Keberkatan tidak ada kerana kita tidak sedar berdirinya KUB itu sendiri adalah dari golongan orang yang disebut di atas yang kini dilupakan. Sejarah membuktikan betapa kejatuhan empayar Islam pada zaman keagungannya jatuh apabila pemimpin dan rakyat terpisah. Pemimpin duduk di mahligai yang mewah, lupa dari mana asal kedudukan mereka serta sukar didekati serta betapa orang yang hampir dengan pemimpin menjadi lebih berkuasa serta pemimpin tidak mendapat tahu keadaan yang sebenar (terima laporan je). Inilah kerja melayu UMNO haprak dalam KUB. Biar seluruh kakitangan KUB tahu, ahli-ahli koperasi(KUB) tahu, pemegang-pemegang saham KUB tahu dan seluruh orang Melayu tahu mereka telah ditipu oleh bangsa mereka sendiri, Melayu UMNO yang haprak. siri 'Korporat Melayu Jatuh' ini akan terus di sambung....
Diterbitkan oleh : |