SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun LAGI ORANG KUAT UMNO TG. KARANG TERLIBAT DENGAN ZINABagi penduduk Sungai Burong yang melihat berita RTM (Rehat Tunggu Mati) pada 25 September 2002, ketika Berita Perdana menyiarkan beberapa temuramah yang menyiarkan tentang demontrasi anjuran Umno yang kononnya Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, menghina bahasa jawa. Tentunya penduduk Sungai Burong terutamanya yang berketurunan jawa ketawa sinis dengan lakonan yang telah dibuat oleh RTM itu. Salah seorang barua Umno yang di temuramah ialah Yunos Abdullah, Imam di salah sebuah surau di Sungai Sireh, selain dari cerita Kuli Mardi, Manan bin Arifin, yang sedikit kisahnya telah di ceritakan oleh Ex-Mardi yang bertajuk “Kuli Mardi Tg. Karang Berlagak Hebat”. Sebenarnya cerita mengenai Yunos yang mungkin sebahagian penduduk Sungai Sireh telah mengetahui iaitu mengenai Yunos Abdullah yang mempunyai seorang anak luar nikah!!! Sebelum Yunos Abdullah ni membuat affair dengan Isterinya. Dan mempunyai seorang anak luar nikah yang sekarang ini diistilahkan dengan nama “Anak Tak Sah Taraf” oleh kerajaan Umno di Parlimen. Ceritanya begini, menurut beberapa orang ahli keluarganya sendiri, ketika majlis pernikahan anak perempuannya, beliau enggan menikahkan anaknya itu, dan dia juga mengaku bahawa anak perempuannya itu ialah anak luar nikah antara dia dan isterinya, walaupun anak perempuannya itu berbinti kan dia. Semasa dia berkahwin dengan isterinya, isterinya telah mengandung beberapa bulan, maka sebab itulah dia enggan menikahkan anak perempuannya. Dan anak perempuannya telah dinikahkan secara wali hakim. Ini bukan cerita rekaan, tanyalah dengan orang Sungai Sireh dan ahli keluarganya apa yang berlaku semasa majlis pernikahan anak perempuannya. Dan mengikut sumber tertentu anaknya kini tinggal di Shah Alam bersama suaminya dan beberapa orang cucunya. Janganlah ingat senang-senang Imam Yunos nak menabur fitnah dan mengutuk ADUN Sungai Burong, Dato’ Hasan Ali, sepuas-puasnya yang kununnnya menghina bahasa jawa, sedangkan diri dia sendiri berada di dalam keadaan yang begitu kotor dan menjijikkan lagi terhina di sisi Islam. Diharap agar Bekas Pemangku Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor, Mohd Khir Ramli, Khir Ramli adalah Pemangku Pegawai Tadbir Agama Pertama (PTA) yang hanya berkelulusan SPM 3, yang kini diturunkan semula jawatannya, iaitu sebagai Pegawai Penyelia Masjid Kuala Selangor agar melucutkan segala jawatannya sebagai Imam, Amil dan Bilal masjid yang disandangnya sekarang. Tahniah kepada Umno Tanjong Karang yang di pimpin oleh Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, dan Dato’ Haji Noh Omar, kerana mempunyai ahli-ahli dan penyokong-penyokong yang terlibat dengan Zina, Rogol, Samseng dan Pengedar Dadah!!! Tahniah juga kepada Dr Khir Toyo, kerana Tanjong Karang sekarang semakin di kenali di bawah pimpinanmu…. Wakil Kadhi
Diterbitkan oleh : |