Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kenapalah aku mempunyai seorang Perdana Menteri yg amat zalim

Kenapalah aku mempunyai seorang Perdana Menteri yg amat zalim, ego, penipu, haprak dan banyak lagi gelaran yg telah diberikan kpdnya olih rakyat marhaen. Adakah dia sedar atas tindak tanduknya itu, adalah satu kesalahan yg amat besar, mungkin ada diantara rakyat Malaysia yg tidak mengetahui, bagaimana dia dapat mengambil alih jawatan sebagai PM dari Tun Hussein Onn.

Bermula dari situlah (kpd yg mengetahuinya), aku sudah dapat mengagak, apa yg bakal berlaku jika dia memerintah Malaysia. Lima tahun pertama dia memerintah Malaysia, nampaknya berjalan lancar, masok tahun-tahun berikutnya, dia telah mula menunjukkan kuasanya, salah satunya mengubah waktu dan menyuruh Singapura mengikutnya. Kemudian, menyuruh kakitangan kerajaan menggunakan punch kad utk masok dan keluar kerja (ada yg boleh diikuti), yg paling ketara ialah, pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas (ketika itu). Raja berdaulat telah menjadi Raja Berpelebagaan. Tujuannya ialah, apa saja keputusan Raja-Raja yg akan diambil, perlulah mendapat persetujuan mahadey, pendek kata semua yg hendak dilakukan oleh Raja-Raja mestilah melalui mahadey, jadi dimanakah kuasa Raja-Raja? Masih tidak sedarkah rakyat tentang tipu muslihat si mahadey.

Selepas itu, wujudlah bermacam-macam akta, tak payahlah disebut disini, apakah akta-akta itu, buat menyakitkan hati saja. Dari tahun ke tahun, bermacam-macam kejadian telah berlaku, sama ada diperingkat kabinet atau pun diperingkat negeri. Umpamanya, kes Rahim TC - 1) Rasuah dan 2) Rogol (3R), RTC bebas dari segala tuduhan, dapat sdr-sdr fikirkan kenapa? Jabatan Kehakiman telah berada dlm genggamannya, mana mungkin Hakim-Hakim yg bijaksana memberikan keputusan yg bercanggah. Kemudian diikuti dgn PDRM, semuanya sudah berada didalam genggaman si mahadey, tidak lupa juga BPR, juga dlm genggamannya, kalau semua dah dalam genggamannya, apa nak dinamakan Malaysia ini, Republik, begitulah agaknya yg bermain didalam kepala otak si mahadey, oleh kerana Raja-Raja Melayu masih berada di dalam Malaysia maka matilah akal si mahdey. Masih tidak sedarkah rakyat tentang ugutan si mahadey?

Saat-saat kebangkitan rakyat, apabila DSAI telah dipecat dari jawatannya dan parti, atas tuduhan salah laku seks dan rasuah, rumah DSAI telah diserbu olih anggota UTK polis, seolah-olah DSAI telah melakukan jenayah bunuh lagaknya, utk menangkap DSAI. DSAI telah dibawa ke Bukit Aman yg tak aman utk disoal siasat. Maka tibalah harinya utk DSAI dibicarakan, sekali lagi rakyat telah dikejutkan, apabila mata DSAI telah cedera parah semasa dlm tahanan, maka bersuaralah si mahadey, dgn mengatakan, bahawa DSAI telah mencederakan dirinya sendiri, memang dasar si mahadey pembohong besar, apabila terbongkar juga akhinya bila Suruhan Jaya Siasatan DiRaja telah ditubuhkan dan mendapati KPN ketika itu Rahim Noor telah mencederakan DSAI. Hanya dua bulan penjara sahaja dikenakan keatas RN. Manakala ketika DSAI dibicarakan, peguam negara Mokhtar Abdullah, telah meminda tarikh kejadian sebanyak tiga kali dan masih mendapati DSAI bersalah dan dipenjarakan 6 tahun serta tuduhan rasuah (menyalah gunakan kuasa) DSAI dipenjarakan 9 tahun. Dimana mahkamah dlm dunia ini boleh mensabitkan kesalahan seseorang, apabila tarikh dan tempat kejadian boleh diubah-ubah beberapa kali dan hakim agustine paul dgn rasa bangga menjatuhkan hukuman keatas DSAI. Kemudian agustine paul bergegas keluar dari mahkamah. Masih tidak sedarkah rakyat tentang konspirasi mengaibkan DSAI dgn begitu rupa. Bersambung....mengantuk rasanya.

Keadilan






______________________
Terbitan : 25 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com