Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

KOMPLOT UMNO UNTUK MENJADI CALUN PILIHANRAYA DI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Maka berkokoklah seorang-dua AJK Bahagian UMNO Permatang Pauh kononnya tiada pembangunan di Parlimen Permatang Pauh.Kawasan yang di wakili oleh pembankang itu menikmati pembangunan peninggalan hasil kerja keras UMNO pada tahun 1999.Selepas daripada itu tiada lagi pembangunan yang dibuat kepada panduduk kawasan Parliman Permatang Pauh.

Kawasan Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada pilihanraya 1999.Didalam Parlimen Permatang Pauh ada 3 Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN N10 Seberang Jaya (YB.Dr.Raden UMNO/BN),DUN N11 Permatang Pasir (YB. Mohd Hamdan Andul Rahman PAS/BA),DUN N12 Penanti ( YB. Hj. Abdul Rahman Kadir Keadilan/BA).

Untuk pengetahuan saudara sekelian mana ada wakil pembankang bertindak seperti kerajaan negeri untuk membuat projek pembangunan di kawasan yang diwakili.Inilah yang dikatakan pimpinan UMNO bahagian yang tak tau hal berkaitan pentadbiran,yang mereka tahu hanyalah menyuruh orang ramai menyokong dan mengundi mereka pada pilihanraya.Selepas daripada itu mereka ikut 'Towkeh' yang sponser perbelanjaan pilihanraya,inilah poliik ''UMNO DULU,KINI DAN MATI TIADA BATU NISAN".

Berkatalah AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh yang dilantik sebagai exco MPSP,''bahawa beliau cuba membawa peruntukkan selaku ahli majlis ke kawasan itu semampu yang mungkin.Ini kerana ADUN Pembankang tak tahu membuat perancangan untuk membangunkan taraf kehidupan rakyat di kawasan yang diwakili mereka.Hanya yang tahu hanyalah UMNO/BN sahaja'',kata sdr. salehuddin.

Berkata pula setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh,Hj Ruslan,'' Pembankang meminta beliau membantu menguruskan peruntukkan pembangunan'',Inilah sikap wakil pembankang ulas beliau ketika ditemuramah oleh Pemfitnah RTM di Permatang Pauh baru-baru ini yang di siarkan dalam Berita Putar Belit RTM.

Kedua-dua mereka ini hanyalah kemaruk untuk bertanding dalam piliharaya ke-11.

Berita ini telah dinafikan oleh wakil BA ketika berceramah bersama Tuan Guru DatoSeri Hj. Abd. Hadi Awang Menteri Besar Terengganu di Dewan Cina Berapit,Bukit Mertajam 25hb. Ogos 2002(ahad)

Wasallam,

Ketua Penerangan,
DPPK Permatang Pauh.






______________________
Terbitan : 16 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com