Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

IKTIBAR DARI PERISTIWA BALI

ASSALAMUALAIKUMWM WBT;

Kita merasa aneh di atas tempelak ke atas umat Islam yang mengkaitan peristiwa itu dengan penindasan terhadap Islam, sedang dunia hanya membiarkan saja apa yang berlaku di Pelastin. Amerika laknattullah langsong tidak serik apa yang pernah mereka lakukan di Vietnam dan kini mereka menjadikan Islam sebagai alasan untuk membunuh umat Islam sewenangnya. Lantas Abdul Ghani Fatail mengkaitkan peristiwa itu bertapa perlunya ISA di negara ini. ISA tidak ada kena mengena dengan tawanan tawanan politik di Malaysia. Apakah KMM yang di tahan juga mempunyai kekuatan dan kemampuan apa yang berlaku di Bali? hanya satu dongengan UMNO untuk menakutkan umat Islam di Malaysia terutamanya PAS yang cuba di kaitkan dengan pelbagai tomohan dan insiden hanya kerana PAS memperjuangkan hak Islam.

Kita tidak pernah bertanya sekali pun betapa lama umat Islam Plastin telah di tindas selamanya. Sejak saya di lahirkan Pelastin telah menjadi isu antara bangsa sampai kini tanpa sebuah penyelesaian dan tidak ada seorang Mat Salleh pun yang simpati di atas nasib mereka dan negara negara Arab semakin bacul untuk menentang keganasan ini. Malah umat Islam di merata dunia terus menjadi mangsa Yahudi tanpa batasan. Kemudian dengan bangganya melantik Mahathir Mohamed sebagai SU IOC? IOC sudah gilakah melantik seorang penentang Islam lagi munafik sebagai musuh Islam yang nyata!

Tekanan terhadap PAS oleh Mahathir Mohamed bukan saja untuk menghadapi pilihan raya mendatang, tetapi cuba mencari kesempatan untuk menjadi hero dunia. Kita tidak pernah lupa apa yang telah beliau lakukan terhadap bangsa Melayu dan umat Islam. Kesempatan di ambiul dengan membekukan ceramah ceramah dan majil agama di masjid masjid dan surau menyebabkan si bahalol si bahalol UMNO di peringkat daerah dan negeri semkain menunjukkan kuku besi terhadap perkembangan Islam. Sebaliknya kesepatan di atas kekosongan ini mereka menganjurkan forum forum perdana di setiap pelusuk kampong dan daerah untuk memburuk burukkan PAS. Malam ini 17.10.02 ROSLAN CHE ROSE akan menempelakkan PAS di Masjid Kg Hilir Merbok Kedah. Apa yang PAS boleh buat terhadap tekanan demi tekanan dan barua barua SB menjejaki di setiap kampong untuk menghidu apa yang di lakukan oleh kakitangan kerajaan terutama guru guru yang memberi sokongan kepada PAS.

Tidak berhenti di situ Mahathir Mohamed juga telah mengupah Kiyai Kiyai dari Indonesia semata mata untuk menentang tokoh tokoh PAS terutama Tuan Guru Hj Hadi Awang. Semalam seekor kucing hitam sebesar kapal terbang sedang bergelegar di angkasa Tuan Guru Hj Hadi dan kita tidak bertolak ansur untuk menentang para Kiyai upahan ini demi mempertahankan Tuan Guru dan Islam seluruhnynya. Saya memberi peringatan ini supaya kamu kalian mengambil ini sebagai amaran bahawa tindakan kamu itu salah biarpun kamu mempunyai ilmu agama yang tinggi. AKU LADUNISEVEN sedikitpun tidak pernah gentar dengan kamu semua!!! Insyaallah!

Untuk itu kembalilah kepada Al-Quran dan Al-Sunnah bahawa di sini masih ada hamba Allah yang sangup mempertahankan hak Islam dan umatnya.

wassalam

laduniseven






______________________
Terbitan : 18 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com