Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pelik tapi benar – Perompak di rompak!

KUALA LUMPUR : Seorang perompak membuat laporan ke Balai Polis Petaling Jaya kerana rumahnya di masuki perompak dekat sini 16 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, perompak tersebut memberitahu, sekumpulan perompak memasuki rumah belau dengan memanjat pagar. “Mereka kemudian memecahkan pintu rumah,memasuki dan mengikat anak lelaki saya yang sedang bermain komputer di tingkat atas,” kata beliau.

Seterusnya mereka mengikat mangsa (perompak), anak serta isteri beliau. Kumpulan perompak itu kemudiannya mengambil barang-barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit dipercayai hasil rompakan selama puluhan tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengesahkan menerima laporan mengenai peristiwa tersebut dan memberi jaminan akan segera menyiasat.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, perompak yang jadi mangsa rompakan tersebut bagaimana pun tidak mahu gambarnya diambil. Terbongkar kemudiannya beliau adalah ahli Parlimen Pendang, Othman Abdul.

-Mahakuda






______________________
Terbitan : 31 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com