SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Memo27 Khir Toyo Diedarkan Sebagai Persiapan Sidang DUN Selangor 21-24 OktoberOleh MATSOM Budak-budak Khir Toyo yang rasuah siang malam tu, sebarkan lagi Memo27 sebagai bahan fitnah kepada pimpinan PAS Selangor dan Ahmad Lutfi Othman, orang yang banyak mendedahkan perangai jijik Toyo membaham segala hasil mahsul kerajaan Selangor. Memo27 ini diedarkan ke seluruh negeri Selangor, terutama di masjid, surau, jabatan kerajaan, tempat umum dan juga sekolah-sekolah. (Nota: Memo27 adalah siri akhbar memo yang diterbitkan oleh Khir Toyo, bermula dari Memo15, Memo17, dan Memo25, yang kandungannya dipetik sepenuhnya daripada laman KMU dan juga Selangordaily. segala kos penerbitan dan pengedarannya dikeluarkan oleh Khir Toyo melalui Setpolnya, Dr Karim Mansor. Ia diterbitkan untuk menangkis hujah-hujah pembangkang yang menyerang hebat amalan rasuah Khir Toyo yang menjijikkan itu). Menurut sumber, hampir 750,000 naskhah akhbar layang yang tidak mempunyai nama dan alamat penerbit/pencetak itu dibahagikan secara percuma. Diandaikan satu naskhah akhbar fitnah itu berharga RM0.50, maka kos mencetaknya saja sudah menjadi hampir RM400,000. Ini belum dikira kos mengedarkannya, yang dikatakan hampir seringgit setiap naskah, terutatama sekali bila ia dihantar secara pos. Dan kalau akhbar jijik ini dapat diedarkan di kawasan kubu kuat pembangkang ataupun masjid atau surau yang dikuasai pembangkang, maka banyak lagilah habuan yang Khir Toyo (melalui setiausahanya Dr Karim Mansor) akan salurkan kepada penjilat-penjilatnya terutama Tepak Bersulam dan Kunta Kinta Malaysia yang tak ada kerja lain selain harapkan duit rasuah yang meloyakan itu. Untuk Khir, duit setakat dua tiga juta tak jadi hal. Malah puluhan juta pun sanggup dikeluarkannya asalkan segala matlamat dan cita-citanya tercapai. Ini kerana MB perasuah ini berhasrat untuk bertanding Ketua Pemuda Umno menentang Hishamudin Hussein. Dengan duitnya yang banyak dan kedudukannya sebagai MB di negeri terkaya di Malaysia, Khir boleh menawarkan lebih banyak dari apa yang boleh Hisham tawarkan kepada perwakilan. Dana kempen politik Khir Toyo dianggarkan melebihi RM500 juta. Ini adalah angka yang dianggarkan pada masa kini dan dijangka ia akan meningkat berkali ganda menjelang pemilihan Ketua Pemuda Umno nanti. Bukankah Khir tengok naik syekh bila dia menang mudah sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia baru-baru ini, dan Dr Mahathir semakin suka dan gembira dengannya. Namun begitu, walaupun tidak ada lagi bahan-bahan baru kes rasuah Khir Toyo yang diadukan oleh Ahmad Lutfi kepada BPR, tetapi Khir seperti dikejar bayangan sendiri. Dosa-dosa rasuah seperti mengejarnya dari belakang. Hidupnya gundah gulana tidak keruan. Oleh itu, apa saja yang ada padanya, akan digunakan untuk membersihkan imejnya yang jijik lagi menjijikkan itu. Sebab itu Khir tak malu-malu membuat perangai buruk dengan menggunakan wang kerajaan negeri Selangor untuk membeli iklan dalam suratkhabar bagi menunjukkan dia MB yang berjiwa rakyat. Maka ditunjukkanlah gambar ibu baoanya yang berasal dari keluarga miskin bertujuan untuk menarik simpati pembaca bahawa Khir Toyo ini seorang yang warak, zuhud dan bertanggungjawab. Tetapi yang sebenarnya, Khir adalah perasuah yang paling hebat, raja segala perasuah terutama jika dilihat dari segi beliau hanya baru dua tahun menjadi MB. Selain itu Khir adalah orang yang rakuskan kuasa dan menggunakannya untuk menekan siapa saja musuhnya. Kalau tidak. masakan semua anggota Exco kerajaan Selangor berbulu dengannya, sampaikan segala minit mesyuarat dan dokumen penting kerajaan tidak diberikan kepada Exco untuk disimpan. Tengok saja bagaimana Khir menggunakan kuasanya untuk menekan pihak polis sehinggakan dalam mesyuarat keselamatan negeri Selangor bersama ketua-ketua polis daerah, yang Khir Toyo tekankan ialah risikan ke atas ceramah-ceramah kelompok yang dianjurkan pembangkang. Untuk ceramah yang lebih besar, polis akan diarahkan untuk membatalkannya saja, biar dengan menggunakan apa saja cara. Sesiapa yang kenal dengan bekas Ketua Polis Sabak Bernam yang kemudiannya berpindah ke Negeri Sembilan boleh mengesahkan daripadanya bagaimana Khir menekan beliau terutama untuk menghalang ceramah-ceramah PAS di kawasan itu. Dan berdepan dengan persidangan DUN Selangor pada 21-24 Oktober ini, kita harapkan enam orang wakil-wakil pembabngkang akan bertindak lebih hebat dan berkesan, terutama untuk mengasak Khir Toyo yang teruis hebat makan rasuah itu.
Dr Hassan Ali jangan tersilap jalan lagi. Usah layan segala tohmahan yang disiarkan dalam Memo-memo yang ditaja Khir Toyo itu. Berhati-hati dengan perangkap Khir yang tak ketahuan punca itu. Diharap ADUN pembangkang lain tidak diam saja apabila Dr hassan Ali dihentam. Memang satu strategi Khir untuk tutup mulut Hassan Ali sepertima abeliau berusaha mengikat tangan Ahmad Lutfi dari terus menulis keburukan-keburukan rasuahnya. Insya-Allah saya akan menjawab tulisan=tulisan dalam Memo27 itu dalam tulisan berikutnya ....
Diterbitkan oleh : |