Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Senario Sdr.Anwar,Keadilan, PAS dan PRM: Bahagian I

Sempena AGM Keadilan, saya ingin sampaikan pandangan saya untuk renungan minda sekelian.

Fikiran saya masih terbayang detik ketika sdr.Anwar kita di singkirkan oleh Mahathir dari kabinet dan UMNO. Justeru itu sdr.Anwar telah mencetuskan gerakan reformasi sebagai 'counter attack' terhadap Mahathir dan UMNO. Kita masih ingat penangkapan sdr.Anwar dan perbicaraannya yang tunggang langgang, kelam kabut dan tidak masuk akal. Sejak tercetusnya gerakan reformasi sehinggalah sekarang, kita dapat lihat Mahathir dan kerajaan terus mengelabah tanpa arah, tiada lagi kedengaran wawasan 2020, Bersih Cekap Amanah...........yang kerap kedengaran ialah irama lagu propaganda KeranaMu Malaysia sebenarnya ialah KeranaMu Mahathir! Mahathir dan kerajaan sedar arus gerakan reformasi dan parti pembangkang yang semakin hebat boleh memusnahkan dirinya dan juga parti UMNO. Mahathir dan UMNO tidak ada cara lain melainkan dengan menggunakan polis dan menguasai badan kehakiman negara ini. Propaganda konon wujudnya KMM hanyalah seakan 'operasi lalang', sehingga sekarang kerajaan tidak dapat menjawab apakah itu KMM, jika seb

Berbalik kepada kisah sdr.Anwar, saya menyanjungi beliau kerana keberanian dan kehebatan beliau sanggup bertentang arus dengan Mahathir dan kerajaan. Ketokohan beliau sebagai pemimpin tidak luntur dan tetap sama seperti ketika bergelar siswa dulu. Mungkin ramai berkata kenapa sdr.Anwar tidak melakukan reformasi ketika masih dalam UMNO. Di sinilah kemahiran dalam percaturan politik. UMNO dalam konkongan Mahathir tidak semudah seperti revolusi Peranchis. Saya katakan di sini detik kemuncak kekuasaan Mahathir bermula selepas pengharaman UMNO dan kebodohan Tengku Razeleigh dan kuncu-kuncunya (Semangat 46) meninggalkan UMNO. Mereka yang menyokong UMNO atau sayangkan nama UMNO terus kekal dalam UMNO Baru walaupun dalam sanubari tak sukakan Mahahthir. Penubuhan UMNO Baru menyebabkan ahli-ahli pun baru dan mana yang menentang Mahahthir dah tentu permohonan menjadi ahli di tolak. Setelah itu kita dapat lihat Mahathir terus mengongkong kaum UMNO Baru dengan pelbagai syara

Insyaallah bersambung pada hari esok.

melayureform@yahoo.co.uk






______________________
Terbitan : 31 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com