Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Lawak jenaka BPR siasat kes rasuah Khir

Oleh MONTOYO SELANGOR

Saya setuju benar bila Ahmad Lutfi Othman berkata dia langsung tidak terkejut dengan sikap dan layanan pihak BPR terhadap kunjungannya ke Pejabat BPR di Putrajaya kelmarin. Walaupun beliau kecewa kerana BPR hanya menghantar pegawai rendah, yang langsung tak tahu apa-apa tentang kes rasuah Khir Toyo tetapi semangat Lutfi untuk terus membongkar penyelewengan pemimpin Umno ini harus dipuji.

Apa yang hendak saya timbulkan ialah kemampuan BPR menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan kepada MB yang menjadi kesayangan Perdana Menteri. Saya berpendapat, antara MB-MB lain, Khir Toyo adalah orang yang mendapat kepercayaan penuh Mahathir. Sebab itu, walau apa pun rekod buruk Khir Toyo yang dilaporkan kepadanya, Mahathir tetap beranggapan bahawa menggantikan Khir hanya akan menyebabkan kedudukan BN di Selangor semakin teruk.

Soal Lutfi berulang kali ke Pejabat BPR tidak bermakna beliau percaya kepada BPR ataupun merasakan BPR boleh mengambil tindakan kepada Khir. Tindakan Lutfi akan menyerlahkan lagi sikap munafik BN yang selama ini berteriak di sana sini bahawa mereka mahu membanteras rasuah, tetapi bila ada aduan rasuah dibuat membabitkan orang kuat BN, walaupun buktinya dikemukakan sekali, tetapi Mahathir akan pejam kedua-dua matanya.

Tengok saja berapa banyak harta dan wang rakyat Selangor dimusnahkan macam itu saja. Kes pembinaan jalan di Sekinchan, yang sepatutnya bernilai RM50 juta ditingkatkan sekali ganda menjadi RM92.5 juta. Duit lebihan RM42 juta itu duit siapa, kalau bukan duit rakyat Selangor. Cuba kira berapa banyak perkara yang boleh kita buat dengan duit itu, daripada mengalir ke poket-poket kroni dan suku-sakat Khir Toyo.

Kaji tengok macam mana projek pasang paip di Dengkil sampai Banting sejauh 37km yang sepatutnya bernilai tak sampai RM40 juta. Tapi oleh kerana Khir melalui adik iparnya dapat habuan lebih RM20 juta, maka projek yang diberikan kepada LBH Engineering Sdn Bhd itu boleh dinaikkan menjadi RM83 juta.

Memanglah Khir jawab di DUN dengan macam-macam daleh, tapi siapa yang nak percaya dengan lidah bercabangnya itu. Kalau tanah-tanah berharga boleh diberikan kepada penamapenamanya yang berumur 20 tahun, maka kita tidak hairanlah jika Khir sekarang ini membuat taktik baru dengan memberi tanah kepada agensi di bawah kerajaan negeri, misalnya PNSB, PKNS, Yayasan Selangor dan macam-macam lagi.

Khir harapkan dengan beri tanah bernilai puluhan juta kepada badan-badan kerajaan maka orang lain tak bantah. Tapi taktik buruknya itu juga dapat dikesan. Tanah kepunyaan badan kerajaan itu kemudiannya diserahkan secara JV kepada syarikat-syarikat kroni, dengan harga yang cukup murah. yang penting, semua kekayaan Selangor mahu dibolot oleh mereka: Selangor tae kito!

Pendek kata walaupun macam-macam aduan rasuah dibuat kepadanya, Khir percaya dia akan selamat sejahtera. BPR tak akan berani ketuk pejabatnya untuk datang siasat atau buka fail, apatah lagi nak bersoal-jawab dengannya. Saya dengar maklumat dari seorang pegawai penyiasat kes Khir Toyo ini, mereka hanya setakat buka fail sebagai syarat. Kata nak pergi siasat Khir jangan haraplah.

Khir kan ada kekebalan ...






______________________
Terbitan : 17 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com