Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Berjuang Terus Berjuang Sehingga Jaya!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya perhatikan semenjak kebelakangan ini gerakan pembangkang BA sudah semakin kendur dan tidak menyengat sebagaimana sebelum ini. Saya berharap agar para pejuang kita bangkit menyerang dengan lebih hebat lagi kerana apa yang saya nampak pilihanraya umum semakin dekat dengan memperlihatkan seolah-olah UMno/BN telah memperolehi semula sokongan rakyat dengan kemenangan besar dalam pilihanraya di Gaya. Walaubagaimanapun itu bukanlah kayu ukur sebenar kerana mereka mempergunakan segala jentera kerajaan untuk memancing undi rakyat. Saya yakin dan percaya silent majoriti masih berpihak kepada kita (BA).

Saya menyeru agar gerakan IT diperhebatkan dengan melahirkan penulis-penulis yang berkaliber dan seramai mungkin dan mewujudkan platform ICT yang berkembang pesat. Saya rasa pengaruh ICT lebih memberikan kesan yang positif selain dariceramah umum kerana ia adalah sesuatu yang global. Saya yakin kita mempunyai ramai penulis2 dan saya juga mengharapkan agar pucuk pimpinan juga seharusnya menulis sama bagi memberikan penjelasan yang berterusan kepada rakyat marhain yang rata-rata dahagakan sumber maklumat yang benar dan tepat.

Saya juga berpendapat kita perlu membuat link-link yang mudah untuk diekses dengan memaparkan kesemua link2 atau dengan kata lain onestop ekses point. Kita mengharapkan agar setiap halaman dan pengendali web mengaktifkan link-link dan mengemaskinikan halaman mereka setiap masa. Saya rasa orang-orang yang berkemampuan boleh memberikan sumbangan dana bagi merancakkan lagi petumbuhan gelanggang maklumat dipersada cyber.

Sesungguhnya perjuangan memerlukan satu usaha yang berterusan dan istiqomah dan semoga Allah mengurniakan kemenangan di atas segala usaha murni kita kerana tanpa usaha manakan mendapat hasil yang setimpal dan kita yakin Allah akan mengurniakan kemenangan sebagaimana yang telah dijanjikanNya InsyaAllah. Dalam perkembangan sekarang sudah nampak bibit-bibit kemenangan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia dan tidak terkecuali di Malaysia ini.

Teruskan perjuangan sebagaimana kalau kita lemah kita melawan secara rang yang lemah dan kalau kita kuat kita melawan secara orang yang kuat dan lawan tetap lawan!






______________________
Terbitan : 15 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com