SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pas Ancam Umno : DKL Hasut PolisDewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kenyataan yang dibuat oleh bekas Ahli Parlimen Kok Lanas yang juga merupakan Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas atau DKL) dalam syarahannya kepada 150 pegawai tinggi polis di Maktab Pegawai Tinggi Polis, Cheras beberapa hari lalu yang menyifatkan PAS sebagai ancaman utama kepada Umno dalam pilihan raya akan datang seperti yang telah disiarkan oleh The New Straits Times bertarikh 23 Oktober 2002. DPP Pusat menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tersalah tempat kerana ceramah isu-isu politik dan cabaran pilihan raya akan datang tidak ada kaitan antara persaingan PAS-Umno dengan ancaman terhadap keselamatan negara yang menjadi tanggungjawab polis. DKL telah dengan sengaja menghasut polis supaya bersikap negatif terhadap PAS. DPP Pusat sangat bimbang sekiranya kenyataan tersebut berniat jahat dan Umno cuba memerangkap polis agar melihat PAS sebagai ancaman kepada negara. Umno cuba memahamkan kepada pegawai polis bahawa Umno adalah negara sehingga sebarang ancaman kepada Umno adalah ancaman kepada negara. Kenyataan berniat jahat seperti ini boleh mendorong polis untuk melihat PAS sebagai musuh negara yang mesti dikenakan sekatan yang akhirnya menyebabkan ruang demokrasi menjadi semakin sempit. Ancaman politik seperti ini juga dilakukan oleh Umno terhadap PAS di Kelantan dan Terengganu tetapi tidak menganggap itu sebagai ancaman kepada kselamatan negeri. DPP Pusat mempertegaskan bahawa persaingan dan ancaman PAS terhadap Umno dan sebaliknya adalah satu perkara yang sihat dalam negara demokrasi dan ia tidak ada kaitan langsung dengan bidang tugas kepolisan. Sebarang ancaman PAS terhadap Umno tidak ada kaitan dengan ancaman terhadap keselamatan negara, bahkan PAS akan terus berada pada jalan demokrasi selagi mana kerajaan membenarkan demokrasi sebagai cara mendapatkan kuasa. DPP Pusat mengingatkan polis supaya tidak terpengaruh dengan usaha-usaha jahat Umno yang cuba menarik sokongan polis bagi membendung pengaruh PAS yang sedang mengancam Umno. Umno telah mempunyai rekod yang buruk dalam konteks penyalahgunaan polis untuk kepentingan politik sempit mereka. Bahkan polis pernah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai berniat jahat dalam isu penahanan tokoh-tokoh reformasi baru-baru ini akibat kegiatan jahat Umno. DPP Pusat mendesak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai supaya memberikan penjelasan tentang pendirian polis terhadap kenyataan DKL yang dibuat di hadapan pegawai polis. KPN mesti menyatakan apakah sikap polis terhadap kenyataan menghasut tersebut kerana ia melibatkan pentadbir awam secara langsung. Sedangkan Kerajaan BN mencanangkan kepada pentadbir awam supaya tidak melibatkan diri dengan politik kepartian. KPN mesti mempastikan supaya pengaruh kepartian tidak ditularkan kepada para pegawai polis sehingga polis bersikap ‘bias’ terhadap parti-parti pembangkang termasuk PAS. DPP Pusat sangat bimbang sekiranya KPN sendiri menjadi alat kepada Umno dan tidak lagi berkerja dalam profesionalisme kepolisan. Jika keadaan ini berterusan, PDRM mungkin berpeluang menjadi anggota kerabat BN dan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atas lambang dacing.
HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Diterbitkan oleh : |