Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Konspirasi Toyo dan Speaker bagi halang Hasan Ali, Teng Chang Khim

Oleh PEMANTAU DEWAN

Bila aku baca kelentong Tepak Bersulam (yang masih menunggu duit rasuah daripada Setpol MB Selangor, Dr Karim Mansor) tentang sidang DUN Selangor minggu lalu, tertanya-tanya juga aku, budak bodo ni tulis ikut fantasi ataupun berdasarkan realiti di Dewan.

Sebabnya, aku sendiri ada dalam Dewan sepanjang empat hari sidang. Yang aku perhatikan, Ketua Pembangkang, Datuk Dr Hassan Ali dan ahli-ahli pembangkang yang lain, terutama Teng Chang Khim dan Dr Shafie Abu Bakar menunjukkan prestasi paling membanggakan. tabik aku sepuluh jari buat Dr Hassan dan teman-temannya.

Yang mencuka dan masamnya muka ialah Dr Khir Toyo, MB yang paling tangkas dan cepat makan rasuah. Memang benar, Dr Hassan tak bawa isu-isu rasuahnya yang baru, cuma mempertikai mengapa BPR (yang digelar anjing BN oleh Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS) sampai hari ini, selepas setahun Ahmad Lutfi Othman membuat aduan, terkunci mulut mereka. Tidak ada langsung perkembangan siasatan yang dibuat ke atas Khir Toyo. Kita pun tak tahu apakah Khir sudah dipanggil ke BPR ataupun pegawai kanan BPR macam Pengarah Siasatannya, Datuk Nordin sudah "kautim" dengan Toyo!

Khir Toyo memang pening kepala dengan sikap pembangkang yang tidak henti-henti mempersoalkan salahlakunya sebagai MB, dengan bangun mencelah dan meminta penjelasan semasa Khir Toyo temberang panjang, auta keling, bagi menjawab serangan Dr Hassan dan Teng.

Perhatikan macamana Khir Toyo menjawab serangan Teng bahawa tiada gunanya membina bangunan tambahan DUN Selangor, sehingga menelan belanja RM50.5 juta, yang diserahkan kepada kontraktor kroni, Perwira Bintang Holdings Sdn Bhd secara rundingan terus. Tak de tender-tender, kita pun tak tahu mengapa ia perlu disegerakan dan belanjanya cukup besar sehingga jurutera JKR sendiri nak pening kepala nak puaskan hati Khir Toyo.

Dalam setahun DUN Selangior hanya bersidang tujuh lapan hari saja, dan bangunannya pun sudah cukup selesa dan boleh dianggap membazir kerana tidak digunakan secara sewajarnya. Tup tup alasan MB rasuah itu, ia terpaksa dibesarkan (bayangkan tuan-tuan sehingga berbelanja RM50.5 juta) kerana mahu menampung kehadiran enam wakil rakyat baru dalam pilihan raya akan datang.

Wahai anjing Khir dan Karim Mansor (Tepak Bersulam) ... ini alasan yang cukup bodoh dan tak masuk akal. (Tapi kata orang, bodo pun Khir/ Karim yang dapat habuan besar, bodo kena kat dia!). Takkan nak tambah enam kerusi lagi pun dah tak boleh, pooorah, Khir ingat rakyat Selangor bodo macam ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang hanya tukang angguk kepada setiap keputusannya, tak berani bantah langsung walaupun sebahagiannya dah tua bangka.

bayangkan, Selangor terpaksa berbelanja hampir RM10 juta bagi menampung kehadiran seorang wakil rakyat baru. Ini gila punya cerita, tapi gila-gila pun semuanya kena kat dia. Walhal paling banyak pun, boleh dibuat ubahsuai dalam dewan yang belanjanya puluhan ribu saja, bukan puluhan juta. Aku harap-harap anggota pembangkang akan terus sebarkan penyelewengan Khir Toyo ini ke peringkat bawah, biar rakyat Selangor tahu bahawa Khir adalah yang terburuk di kalangan yang buruk. Ingat balik bagaimana buruknya perangai dan kelakuan MB-MB Selangor yang terdahulu.

Khir juga tak dapat jawab isu tanah rekreasi di Bandar Baru Bangi, yang diserahkan kepada Bestarama Sdn Bhd (kroni Karim Mansor), yang mana pemegang syer syarikat ini adalah dua orang wanita yang beralamat di Damansara Utama dan Kuang, Sungai Buloh. Mereka sebenarnya hanya penama bagi pihak Khir, dan mereka juga yang memiliki Noble Nexus yang mendapat konsesi penswastaan mengutip sewa rumah kos murah di seluruh Selangor.

Selepas ditentang hebat oleh penduduk Bangi barulah Khir mengakui tanah 11 ekar yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi itu dibangunkan untuk Concil Home, iaitu satu istilah bagi mengelabui mata masyarakat. kalau tak ditentang, dan tak dibuktikan bahawa 11 ekar itu adalah kawasan rekreasi yang harus dikekalkan kehijauannya, atau dibangunkan kompleks pendidikan Islam seperti dicadangkan, maka kroni Khir sudah berkira-kira mengutip keuntungan besar.

Keseluruhannya, Khir Toyo makin tersepit dengan perangai buruknya yang tamak dan laparkan rasuah itu. Khir juga menggunakan segenap aspek kekuasannya sebagai MB untuk menindas dan menekan pembangkang, terutama sekali PAS. Khir mengarahkan polis (satu lagi anjing BN selepas BPR) untuk menekan dan menekan program-program pembangkang. Khir mahu pastikan nafsu besarnya bagi mensifarkan pembangkang akan tercapai dalam pilihan raya depan. Dan selepas menyedari rekod buruknya sebagai MB yang paling hebat makan rasuah, maka satu saja jalan yang ada, iaitu pastikan rakyat tidak dapat penjelasan daripada pembangkang.

Saya akan ulas satu persatu apa yang berlaku di DUN Selangor, dan bagaimana pakatan antara Khir Toyo dan Speaker bagi menghalang Hassan Ali dan Teng Chang Khim dari mencelah bagi menyoal Khir Toyo ketika MB memberikan seribu satu daleh untuk menutup kepincangan dan kecurangan dirinya sendiri,

Selain Fatah Iskandar yang mahu membodek Khir Toyo (mudah2an akan kekal terus sebagai Exco), saya tak nampak Exco-exco lain sedia bertegang leher untuk mempertahankan MB Rasuah itu. Mungkin dalam hati masing-masing mengharapkan agar Khir terus dibantai dan digodam cuku-cukup. Exco-exco ini pun sudah lenguk leher mereka kerana terpaksa angguk dan angguk semasa mesyuarat mingguan Exco. Tak de kerja lain selain menganggukkan saja apa jua titah MB Rasuah itu, dengan harapan dapat jugalah tanah lima enam puluh ekar buat penuhkan tembolok sendiri.

Untuk Tepak Bersulam yang dah tak ada idea mahu pertahankan MB Rasuah itu, kita nasihatkan berhentilah menjadi anjing suruhan, belajarlah berdikari, buat kerja sendiri untuk cari sesuap nasi itu. Buruk sangat kita tengok perangainya menunggukan habuan yang tak kunjung tiba itu. Tapi ibarat kata orang, kalau anjing tu tak makan tahi, dihidunya juga. Kasihan ... kasihan






______________________
Terbitan : 27 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com