SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PERASAANKadang-kadang, bila saya duduk keseorangan, maka timbullah satu persoalan di kepala saya, mengapakah saya dilahirkan diMalaysia? Mengapa tidak di negara lain, kadang-kadang terasa menyesal pun ada, kerana menjadi rakyat Malaysia. Bukan kerana saya bermusuh dgn rakyat Malaysia yg lain dan saya tidak pula membenci terhadap rakyat Malaysia yg lain, baik Cina, India atau bangsa-bangsa yg lain. Apa yg saya kesal ialah sikap pemimpin negara ini yg tidak lansung mengambil kira hati dan perasaan rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin B/End tidak memikirkan lansung, adakah tindak tanduk mereka betul atau pun salah. Sebaliknya mereka hanya memikirkan bagaimana hendak mengkaya dan menyenangkan kroni dan kaum keluarga mereka. Halal dan haram sudah tidak menjadi ukuran lagi, dosa dan pahala jauh sekali. Saya juga berasa amat kesal dgn beberapa jabatan dan Institiusi kerajaan mengenai tindakan mereka yg keterlaluan, umpamanya Institiusi Kehakiman, yg mana banyak keputusannya boleh di pertikaikan, umpamanya, dari kes perbicaraan DSAI, tempat dan masa kejadian boleh diubah-ubah berkali-kali, menerima bulat-bulat keterangan Azizan Abu Bakar dan Ummi Haffilda Ali, sedangkan, keterangan saksi pihak pembela ditolak bulat-bulat. Banyak lagi kalau nak diceritakan tentang kepincangan Institiusi Kehakiman Malaysia. Terbaru ialah kes Sdr Ezzam Mohd. Nor, dimanakah letaknya kebijaksanaan hakim yg menghakimkan kes tersebut, tidakkah hakim berkenaan terfikir dikepalanya, yg melaporkan mengenai rasuah menteri dan bekas menteri dipenjarakan dan yg melakukan rasuah dilepaskan begitu saja. Beginikah caranya pemerintahan sebuah negara yg dilaung-laungkan sebagai negara Islam? Mengapakah pemimpin-pemimpin kerajaan begitu takut, apabila kerajaan Kelantan dan Terengganu hendak melaksanakan hukum hudud, mereka tidak perlu takut, jika mereka tidak melakukan kesalahan. Undang-undang Islam bukannya zalim, hingga mahu memotong tangan orang yg tidak melakukan kesalahan. Pihak Polis pula melakukan berbagai-bagai kekejaman, ceramah-ceramah yg diadakan olih pihak pembangkang semuanya diserbu, diganggu, walau pun didalam bangunan, atas arahan Menteri Dlm Negeri, aktivis-aktivis reformasi ditangkap atas tuduhan mengancam keselamatan negara, tapi tidak dibicarakan. Tetapi, bila laporan mengenai rasuah yg dilakukan para mentri dan pegawai-pegawai kerajaan yg lain, mereka hanya mendiamkan diri, begitu juga dgn BPR, sudah setahun laporan rasuah MB Selangor dibuat, tapi tiada tindakan diambil. Apakah perasaan pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan yg diterajui olih Umcino, tidak adakah perasaan kesal dan kasihan diatas kesalahan yg mereka lakukan, tidakkah mereka terfikir, akan pembalasan yg bakal mereka terima kelak. Apa yg bermain dikepala saya sekarang ialah, bilakah pemimpin-pemimpin Umcino/BEnd akan sedar, bilakah rakyat akan sedar, bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup dan saya perlukah saya terus menjadi rakyat Malaysia? Oleh kerana saya sayangkan Malaysia dan orang-orang yg cintakan kemakmuran, kebenaran dan keadilan, maka saya mengambil keputusan utk tinggal di Malaysia dan saya akan terus menunggu utk melihat saat-saat kejatuhan pemimpin-pemimpin Umcino/BEnd, INSYAALLAH. PERASAAN.
Diterbitkan oleh : |