Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Polis dan FRU kepung tempat ceramah Ijtima'

Saya tidak pernah ketinggalan jika Pas Negeri Terengganu mengadakan ijtima'. Ijtima' Kepimpinan Pas Negeri Terengganu telah diadakan di Bari pada 28 September 2002. Walaupun saya tak begitu sihat, saya menggagahi untuk ke sana dan terpaksa memandu sejauh hampir 200 km dengan kereta uzur (tua dan dah pencen juga).

Tak banyak perubahan pada itjima' ini, sama seperti itjima' yang lalu. Ucapan perasmian oleh YAB Dato' Hj Abd Hadi Awang, pemangku Presiden Pas agak panas dan bersemangat sedikit, berbanding ijtima' lalu.

Sebelah petang saya berhasrat untuk balik ke rumah, kerana keletihan dan pada kali ini, saya pergi keseorangan tak bawa orang rumah bersama. Nak kata rindu, taklah dah tua kurang rindu, tapi jika tiada biasalah rasa keseorang tak seronok pula !

Tapi bila saya dengar polis cuba menghalang ceramah Dua tokoh utama Pas, iaitu 2 Menteri Besar, saya tiba-tiba menjadi begitu bersemangat. Saya terus menalifon kawan rapat dalam perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sukar juga untuk menalifon maklumlah kawasan ini handphone tak clear. Akhirnya saya mendapat maklumat bahawa memang ada arahan daripada atasan Kuala Lumpur untuk menyekat ceramah tersebut. Apa lagi Othman Talib memang telah ditugaskan untuk mengurangkan pergerakan Pas, dengan segera membuat taklimat untuk tindakan lanjut bagi sekatan ini.

Saya terus membuka dustbox memastikan kamera hadiah anak kesayangan tidak ketinggalan. Saya lihat bateri, ok masih penuh dan saya cukup menyakinkan. Hasrat untuk pulang ke rumah hilang begitu saja.

Pukul 3.00 petang selepas aje selesai makan tengah hari, saya ke tapak ceramah seperti yang diiklankan di poster, di kg. Rhu 10. Menunggu kedatangan polis dan FRU seperti maklumat yang diberikan oleh rakan 'dalaman' (Nanti Rais Yatim akan dakwa saya kerana ada yang membocorkan rashia kerajaan).

Ini adalah gambar yang sempat saya rakamkan sekitar pukul 4.00 petang. Lebih kurang 10 trak FRU atau PGA telah berada di sini.




Saya akan sambung lagi jika dirasakan ada cerita menarik.

Polis Pencen
1996

................................
Catatan : Sdr Polis Pencen telah menghantar 16 keping gambar, saya terpaksa buang 10 keping kerana menjimatkan space laman dan mencepatkan layaran laman ini. - Webmaster






______________________
Terbitan : 5 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com