Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Virus Zionis menusup ke nusantara

A'kum,

Akhirnya Malaysia tunduk keatas tekanan Amerika untuk mewujudkan pusat memerangi keganasan serantau .Sekaligus penerimaan kerajaan BN diatas tekanan Amerika ini dilihat juga sebagai satu proses menyelamatkan UMNO yang sebelum ini dituduh mempunyai rangkaian dengan Al Qaeda.

Kaedah Amerika ini juga boleh ditafsirkan sebagai " tembakan yang mengenai sasaran " lantaran membuatkan UMNo tunduk dan akur kepada telunjuknya.

Secara peribadi saya ingin mengutuk tindakan kerajaan BN dan UMNo yang sebelum ini diwar-warkan dengan sikap yang lantang dalam menangani isu-isu dunia tetapi amat lemah dalam menghadapi tekanan Amerika dalam membuat keputusan yang melibatkan rakyat terbanyak dan umat Islam di negara ini.

Saya percaya tindakan ini akan menguatkan azam rakyat marhaen untuk menjatuhkan kerajaan BN dalam pilihanraya yang akan datang , kerana Bn semakin hilang wibawa dan maruah dalam mentadbir negara. Saya ingin menyeru saudara sekelian dan seluruh barisan kepimpinan BA agar memberi tekanan kepada BN supaya menolak idea "mala fide" Amerika dan Yahudi laknatullah ini.Perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh setiap insan yang mengaku beragama Islam.

Sikap dan tindakan kerajaan BN juga amat meragukan terutamanya dalam operasi memerangi pengganas sehingga tertangkapnya aktivis2 politik yang tidak berdosa.

Kepada seluruh pejuang Islam rapatkan saf dan tabah kan hati dalam menghadapi agenda jahat menghancurkan Islam dan umatnya kerana Allah tidak akan memungkiri janjiNya Insyaalah.

[P/s Pesanan - sudahkah anda menghafal 10 ayat pertama surah AL-Kahfi ???, jika tidak lakukannya sekarang fitnah nya semakin hampir dan sudah tiba.....]

At-Taubah

111.Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. 112.Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, memuji (Allah), yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu'min itu.

Pemuda Pas Jelutong

Pusat latihan serantau cegah keganasan di Malaysia
Daripada:ABDULLAH HASSAN

LOS CABOS (Mexico), 27 Okt. - Sebuah Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan akan ditubuhkan di Malaysia bagi meningkat keupayaan negara-negara ASEAN menghadapi masalah keganasan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penubuhan pusat tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dalam pertemuan dengan para pemimpin negara-negara ASEAN di mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini hari ini. Bush mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana merestui penubuhan pusat yang hanya memfokus kepada latihan mencegah keganasan. Perlu disebut, pusat latihan ini tidak terlibat dalam aspek ketenteraan atau operasi ketenteraan.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Bush bersama ketua-ketua kerajaan ASEAN yang lain, beliau berkata, perincian penubuhan pusat yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat tahun lalu itu belum lagi dibuat tetapi kewujudannya pasti memberi tempat kepada para peserta dari semua negara rantau ASEAN.

Beliau mengakui persoalan mencari punca keganasan tidak berbangkit dalam pertemuan dengan Bush tetapi dalam perjumpaan dengan para pemimpin APEC di hari pertama mesyuarat, beliau telah membangkitkannya apabila isu keganasan timbul sebagai ancaman kepada kerjasama ekonomi.

Abdullah berkata beliau telah menyatakan perlunya diambil satu pendirian untuk memahami apa dan mengapa sesuatu keganasan berlaku. ``Hanya apabila kita faham sebabnya, cara menghadapi dan menghapuskannya akan menjadi lebih mudah,'' tegasnya.

Timbalan Perdana Menteri mengakui keganasan boleh membantut perdagangan antarabangsa kerana kosnya akan meningkat tetapi semua pihak perlu mengenal pasti jika ada tindakan yang diambil turut mendiskriminasi negara lain untuk mengeksport produk ke negara yang mengambil tindakan membanteras keganasan. Ditanya bolehkah penubuhan Pusat Latihan Serantau bagi Mencegah Keganasan dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada usaha negara menentang keganasan, beliau berkata:

``Ia boleh menjadi satu fakta tetapi Malaysia sememangnya mempunyai pengalaman luas menghadapi keganasan sejak di zaman ancaman komunis lagi. ``Cara kita menghadapinya adalah dengan memahami kenapa keganasan berlaku supaya lebih mudah mengambil tindakan menghapuskannya.

``Saya fikir pengalaman Malaysia dalam bidang-bidang lain juga penting terutama jika diambil kira dari segi preventif kerana berjaya menjauhkan keganasan berbentuk kaum,'' tegasnya.

Sebelum itu beliau memberitahu dalam pertemuan Bush-pemimpin ASEAN, Presiden Amerika itu bercadang untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dengan ASEAN sebagai satu kumpulan.

Katanya, ASEAN perlu mengkaji cadangan ini bagi memastikan apakah perkara yang terperinci mengenai kerjasama ini yang perlu diatasi dan dipersetujui. ``Dari segi prinsipnya, kita tidak nampak masalah sebab selama ini pun negara ASEAN memang sudah ada hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat selain dalam bidang-bidang lain sebagai hubungan dua hala,'' katasnya. Sepanjang hari ini, Abdullah mengadakan tiga pertemuan dua hala iaitu dengan Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark, Perdana Menteri Rusia, Mikhail Kasyanov dan Perdana Menteri Thailand, Dr. Thaksin Shinawatra. Katanya, perbincangan dengan ketiga-tiga pemimpin itu melipiti usaha meningkatkan kerjasama dua hala dan juga isu-isu keganasan. Secara khusus, tambah beliau, pemimpin ketiga-tiga negara itu juga mengharapkan perdagangan dengan negara masing-masing dapat dipertingkatkan. Ditanya sama ada isu Amerika Syarikat berhasrat menyerang Iraq berbangkit dalam ketiga-tiga pertemuan itu, beliau berkata, Malaysia ada menegaskan kepada Rusia tentang pendirian kerajaan yang tidak setuju jika serangan ke atas Iraq dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat restu daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini bermakna, Malaysia tidak bersetuju walaupun Amerika Syarikat, jika bertindak bersendirian tanpa restu PBB. Katanya, Russia sependapat dengan Malaysia dalam hal ini, begitu juga dengan New Zealand.

Perdana Menteri Rusia juga memberitahu bahawa Perancis dan China turut mempunyai pendirian yang sama. - Utusan






______________________
Terbitan : 31 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com