SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bersedialah dengan segala kekuatanA"kum, Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan suara rakyat.... Tranung, yang saya kira tidak jemu-jemu diziarahi rakyat yang dahagakan perkembangan politik dan kebangkitan Islam yang mutakhir. Penghargaan yang tidak terhingga harus diberi kepada pengendali laman web ini ,yang telah menghulurkan tenaga , masa dan semestinya perbelanjaan untuk mengendalikan laman ini .Moga-moga ianya dihitung sebagai amal makruf disisiNya. Saya ingin merayu kepada diri saya dan saudara sekelian supaya tidak melupakan jasa para moderator ataupun pengendali laman web Tranung dan laman-laman web pro-reformis yang lain dengan menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan keewangan agar perjuangan menyampaikan maklumat yang telus kepada rakyat marhaen akan dapat diteruskan dalam menjana kekuatan memerangi Dajjal dan sekutunya diseluruh dunia. Mungkin sudah tiba masanya seluruh ahli BA mula menghentikan bayaran zakat melalui kerajaan yang amat diragui ketelusannya .Seluruh bahagian dan cawangan Pas dan Keadilan haruslah mengerakkan fungsi memungut zakat dan pengagihan secara serius dan telus agar fungsi zakat dalam Islam tidak dicerobohi oleh pemerintah yang kurang etika amanahnya. Jika Tabung Haji boleh diliwat sebegitu rupa oleh UMNO dan BN kita amat khuatir jika wang zakat juga disalahgunakan , mungkin untuk tabung kempen pilihanraya UMNO dan BN. Perkembangan yang mutakhir ini menunjukkan umat Islam secara global terus ditekan dan ditindas tanpa jemu-jemu oleh musuh-musuh Islam. Saya sengaja menggunakan ungkapan "musuh musuh Islam" kerana ianya memenuhi maksud yang lebih kompleks dan tepat.Kita seharusnya tidak keliru dengan perkataan musuh-musuh Islam dengan beranggapan ianya boleh dikaitkan terus dengan golongan bukan Islam.Ketahuilah saudara , musuh Islam itu juga terdiri dari manusia-manusia yang mengantungkan nama-nama Islam tetapi mata -amat memusuhi Islam. Seperkara lagi kita perlu sedar bahawa ramai dikalangan bukan Islam yang amat prihatin dan simpati dengan perjuangan umat-umat Islam menghadapi kezaliman yang berterusan dari Yahudi dan golongan kuffar.Kesedaran golongan ini betapa pentingnya keadilan dan kemanusiaan. Ini telah mendorong ribuan dari mereka berhimpun di kota=kota diseluruh Amerika dan Eropah bagi membantah serangan Amerika ke atas Iraq. Perbandingannya yang ingin saya kaitkan ialah ,pemimpin=pemimpin yang memerintah negara Islam Malaysia ini terus dibuai keseronokkan dan kemewahan yang dirompak dari rakyat ,tanpa mempunyai sedikit rasa sedih dan prihatin akan nasib umat Islam yang terus disembelih diseluruh dunia.Sekurang -kurangnya sentimen ini haruslah ditunjukkan oleh pemimpin2 dan ahli UMNO dengan menafikan perbezaan politik untuk bersama-sama kepimpinan Pas dan BA dan sekurang-kurangnya mengadakan protes di kedutaan Amerika sekerap mungkin. Walaupun tindakan memprotes di luar kedutaan Amerika tidak dapat mengubah dasar Amerika terhadap umat Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan ,namun ianya menunjukkan sensitiviti dan keprihatinan sebagai umat Islam. Ledakan bom di Bali sekaligus meledakkan keselamatan umat Islam sejagat khususnya di nusantara yang melibatkan Melayu Islam. Saya bukanlah seorang peramal seperti Nostradamus ataupun nujum Pak Belalang yang sering membuat serkap yang mengena sasaran, tetapi saya ingin menyentuh sedikit persediaan mental dan psikologi seandainya ianya berlaku kepada umat Islam khususnya pejuang-pejuang Islam. Jika dicongak dari segi logiknya , peristiwa di Bali ini tidak ada kena mengena dengan rangkaian al-Qaeda dll.Biasanya serangan yang dilancarkan oleh mereka ialah yang berkait dengan kepentingan ketenteraan Amerika dan Israel.Jika dilihat korban majoriti di Bali ialah rakyat Australia dan Eropah yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Saya percaya ini adalah satu konspirasi CIA yang mula menusup ke nusantara yang dilihat akan bermulanya kebangkitan Islam. Saya amat bimbang jika trend intelligent dan perisikan negara yang terus menumpukan intipan terhadap parti2 pembangkang lantas membuka ruang yang luas kepada CIA dan MOSAD membuat angkara durjana di bumi ini. Jika dilihat perkembangan ini Amerika sedang melengkapkan master plan nya untuk melebarkan penguasaan ketenteraanya di pelusuk nusantara setelah melangkah ke Filipina. Saya amat tertarik dengan pandangan seorang pendakwah Islam berketurunan Amerika iaitu Syaikh Imran yang menafsirkan perihal dajjal di akhir zaman . Beliau menafsirkan Dajjal laknatullah adalah "think tank" yang merangkakan seluruh tindak tanduk dan politik Israel dan Amerika.Beliau juga tidak menolak kemungkinan Amerika dan Israel sebenarnya sudah lama berkomunikasi dengan makhluk jahat ini dan menjadi consultant dalam menghancurkan umat Islam. Apa yang pasti setiap mukmin pasti merasakan bahawa tarekat perjuangan Islam semakin sukar dan mencabar.Inilah hakikatnya.Agama Islam sebenarnya berkembang pesat dan kebangkitannya amat ketara diseluruh dunia.Semakin kuat kebangkitan Islam semakin kuat tekanannya, kerana ianya berkadar terus dan menjadi sunatullah ujian kepada mukmin. Bersedialah kepada ujian-ujian yang lebih mengerunkan dan menguji keimanan. Pahit getir perjalanan mujahidin bukannya mudah .....hanya kesabaran, kewarasan ,kebijaksanaa dan pertolongan Allah S.W.T sahaja yang mengatasi segalanya. Saya ingin merayu dan mengingatkan sekali lagi kepada semua pembaca supaya iaitu menggunakan senjata yang telah diwasiatkan oleh baginda S.A.W iaitu barangsiapa yang membaca dan menghafal 10 ayat pertama surah Kahfi maka akan terselamat dari Fitnah Dajjal. Mulakan kempen ini dikalangan kita,sebagai persediaan menghadapi fitnah akhir zaman. Kepada yang mengimami solat pelbagaikan bacaan suraah dalam solat dan cuba selitkan surah ini sebagai bacaan dalam solat. Adakalanya umat Islam mengambil ringan nasihat dan petua yang sangat penting dari baginda S.A.W Merapatkan saf ketika dalam solat berjemaah juga sering dilihat enteng di kebanyaakan masjid dan surau , sedangkan ianya adalah satu Sunnah . Pernah diriwayatkan ketika dalam sebuah perang Islam ada masanya kemenangan tentera Islam ditangguhkan kerana kesalahan yang kecil dan remeh iaitu tidak merapatkan saf-saf.Tetapi setelah perkara ini disedari oleh Saidina Umar segera perkara ini diperbetulkan dan setelah itu tentera Islam beroleh kemenangan dalam peperangan itu. Sama-sama kita amalkan dan hafalkan 10 ayat awal surah Kahfi ini agar diberi perlindungan dan kekuatan dalam menghadapi musuh. Sekian Wassalam Pemuda Pas Jelutong
Diterbitkan oleh : |