SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Harap Dr Yusuf dedahkan lagi kes rasuah ToyoOleh PENGUNDI SG BURONG Selepas saya membaca laporan berita malaysiakini dan Harakah tentang aduan terbaru Ahmad Lutfi Othman dan bekas AJK Umno bahagian Tanjong Karang, Dr Mohd Yusuf di BPR Selasa lalu, mengenai Dr Khir Toyo, saya perhatikan tidak ada kes baru yang dikemukakan. Dr Yusuf lebih menekankan tentang mengapa BPR dilihat seperti tidak buat kerja bila aduan rasuah membabitkan orang kuat BN tetapi bertindak pantas jika ada aduan ataupun desas-desus mengaitkan rasuah dengan pihak lain, misalnya pimpinan kerajaan Kelantan. Bagaimanapun, saya rasa Dr Yusuf ada timbulkan satu isu baru, iaitu Khir Toyo menyelesaikan pinjaman banknya hampir RM100,000 dalam masa singkat, di samping baki pinjaman perumahannya di Kajang. Menariknya Dr Yusuf ini ialah dia merupakan bekas orang kuat Umno Tanjong Karang, sehinggalah beliau menyertai PAS pada 1998, ketika pergolakan politik hebat berlaku dalam negara kita. Lebih menarik lagi ialah dia cukup kenal dan memang kawan baik kepada Dr Khir Toyo, yang bermakna dia juga tahu bagaimana kedudukan kewangan Khir. Dr Yusuf boleh mengulas dengan baik apakah benar wang tunai RM150,000 yang dibayar oleh Khir pada bulan Mac 2001 itu benar-benar datang dari jualan klinik giginya di Kajang. Benarkah Khir sudah menjalankan klinik giginya itu selama 11 tahun, seperti yang didakwa Khir di DUN Selangor pada Nov 2001? Kita amat harapkan Dr Yusuf akan dapat memberikan kita maklumat yang lebih jelas tentang isu rasuah Khir Toyo ini. Saya tertarik dengan hujahan beliau mengenai dakwaan bahawa Khir menyalahgunakan kuasa bila meluluskan tanah 400 ekar di Bukit Cherakah kepada 4 syarikat yang mana U-Wood terbabit. Beliau merujuk kepada peraturan berkaitan tanah dengan lengkap sekali serta mempersoalkan bagaimana tanah membabitkan petani dan orang kampung langsung tidak diberi ruang masa secukupnya untuk mereka membayar premium sedangkan bila membabitkan kroni, kerajaan Selangor di bawah Khir Toyo boleh memberi kelonggaran sampai hampir enam tahun! Kita harap ada lagi bahan-bahan menarik yang akan didedahkan oleh Dr Yusuf selepas ini. Tahniah Dr.
Diterbitkan oleh : |