SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun JERANGKAP SAMAR UNTUK BACadangan persempadanan baru pilihanraya yang dijangka akan dibentang dan diluluskan di parlimen pada bulan Mei atau Jun 2003 merupakan salah satu strategi BN untuk terus berkuasa di persada politik Malaysia. Strategi ini bakal menjadi ‘perangkap’ kepada BA jika tidak diambil langkah berjaga-jaga secukupnya. Pada hemat saya, berdasarkan sumber yang diperolehi dari Putra Jaya, BN atau Dr (baca diktator) Mahathir mempunyai dua strategi untuk melumpuhkan BA khususnya PAS dan KeAdiLan. Pendapat ini boleh dibahaskan. Pertama. Bagi Dr MahaTua itu, jika BA mengambil langkah merombak dan meminda bahagian-bahagian atau kawasan-kawasan PAS dan KeAdiLan dengan rapi dan tersusun sebelum Mei 2003. maka ada kemungkinan pilihanraya ke 11 akan dibuat sebelum Mei 2003. Ini bagi menjadikan jentera pilihanraua BA dalam keadaan bercelaru setelah jentera MTD lama dibubarkan dan jentera pilihanraya baru mengikut persempadanan yang dipinda dibentuk. Maka apa yang akan berlaku, jentera lama telah ‘berpecah’ sedangkan jentera baru ‘tidak boleh’ berfungsi. Dalam keadaan demikian. Dr MahaTua itu akan memendekkan tempoh kempen, mempercepatkan tarikh penamaan calon selepas parlimen dibubarkan. Serba serbi boleh dilakukan oleh Dr Tua itu. Maka dalam keadaan jentera BA yang kurang bersedia itu, Dr Tua itu akan memastikan BN terus menang. BA perlu mengambil langkah proaktif. Dicadangkan agar, jentera pilihanraya mengikut sempadan baru yang terlibat dibentuk, tetapi ditegaskan kepada mereka jika pilihanraya dibuat sebelumj Mei 2003, jentera lama masih dikekalkan ‘dalam bentuk JK bayangan’. Dana pilihanraya kawasan yang lama sedia ada jangan dipecahkan dengan tergesa-gesa. Pilihanraya ini mungkin akan dilangsungkan pada Disember 2002 atau Januari 2003. BA mesti bersiap sedia. Kedua. Jika risikan BN mendapati (dari Siput Babi yang merayap diseluruh pelusuk negara) BA membuat persiapan dengan cara yang ‘bertenang’, maka Dr MahaTua akan membubarkan parlimen beberapa ketika sebaik sahaja akta pindaan persempadanan itu diluluskan pada Mei atau Jun 2003 nanti. Jika keadaan ini terpaksa dilalui, maka Dr Tua itu akan melaksanakan strategi ‘menghukum salah’ tokoh-tokoh BA yang mempunyai kes di mahkamah dengan ‘denda lebih RM2,000.00’ untuk menghalang nama-nama seperti YB Mat Sabu, YB Mahfuz, YB Azmin, dan lain-lainnya dari menjadi calon BA. Pengharaman ceramah akan berterusan, ceramah kelompok di markas BA atau premis persendirian akan dihalang oleh Umno @ BN @ PDRM (baca Polis Di Rimba Mahahaprak). Kepimpinan BA perlu mengambil langkah yang teliti. BA akan terus ditekan dan dihalang. Projek besar-besaran dalam pendidikan dan kesihatan akan dikeluarkan tender kepada kroni Umno dan BN untuk mengumpul tabung pilihanraya BN. Polis *#@*&+*_^! Akan terus menggila dan diperalatkan sebagai saluran jentera kekuatan dan benteng BN @ Umno yang terakhir. Pimpinan BA perlu mengambil langkah yang sebaik-baiknya. Kita mahu selepas 2003 BA memerintah Malaysia. Kita mahu DSAI dibebaskan. Kita mahu Malaysia bebas dari KKN. Pergi jahanam Umno. Pergi mampus BN. Masukkan Dr Mahathir dalam penjara. Kita penuhkan penjara Sg. Buluh dan Kajang dengan Keluarga Dr Mahathir dan barua-barua hapraknya, kroni dan balaci politik Umno dan BN. Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Reformaaasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Syed Hassan Al Bawah.
Diterbitkan oleh : |