SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Dari Sahabat untuk SahabatSahabat yang berbahagia. Kita semua mengaku beriman kepada Allah dan percaya pada hari kiamat, iaitu saat kehancuran sebagai permulaan alam akhirat yang telah di janjikan dan pasti akan di laksanakan. Maksudnya, selepas alam yang sedang kita tempuhi ini, ada lagi alam kedua, iaitu alam pembalasan. Di alam inilah Allah memberikan pembalasan amal perbuatan manusia, baik dengan baikdan jahat di balasnya dengan seksa yang setimpal menurut amal perbuatan masing-masing. Kita wajib beriman bahawa kita akan di bangkitkan dari kubur ( di hidupkan lagi ) kemudian di hisab segala amal perbuatannya. Di sanalah kita di bangkitkan dan di kumpulkan pada suatu daratan yang luas iaitu Mahsyar dan di sediakan mizan ( neraca ), dan pada saat itulah mereka menerima balasan yang seadil-adilnya dan di sanalah manusia merasai penderitaan kepahitan akibat kejahatan nya. Orang-orang yang masuk syurga, iaitu tempat orang yang beramal kebajikan akan kekal di sana sebaliknya orang yang di masukkan ke neraka akan kekal di dalamnya, kecuali orang mukmin yang di masukkan buat sementara untuk membersihkan dosa-dosa mereka. Setelah menjalani hukuman yang di tentukan batasnya lalu di keluarkan dan di masukkan ke dalam syurga. Allah ( swt ) berfirman Ertinya : Dan sempurnakanlah bagi tiap-tiap jiwa ( balasan ) apa yang telah di kerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang telah mereka kerjakan. Orang-orang kafir di bawa ke neraka jahanam, sehingga tatkala mereka sampai ke neraka itu di bukakanlah pintu-pintunya dan para penjaga berkata kepada mereka : “ Apakah belum pernah datang kepada kamu Rasul-rasul yang membacakan ayat-ayat Tuhan dan memperingatkan kamu akan pertemuan dengan hari ini ? Mereka menjawab : “ Benar ( telah datang ) “ Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir. Di katakan kepada mereka, masuklah pintu-pintu neraka itu, kamu kekal di dalamnya. Maka neraka jahanam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong. Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan, di bawa ke syurga secara beramai-ramai, sehingga mereka sampai ke syurga itu pintu-pintunya telah terbuka dan para penjaganya berkata kepada mereka “ Semuga kesejahteran selalu melimpah kepada kamu, berbahagialah kamu. Maka masukilah syurga ini, kamu kekal di dalamnya .” Dan mereka mengucap : “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah memberi kami tempat ini, sedang kami di perkenankan tempat dalam syurga di mana pun kami kehendaki.” Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal ( Az- Zumar : 70-74 ) Sahabat yang diingati . Hari kiamat pasti akan tiba, sedikit pun tidak boleh di ragukan dan ini merupakan pokok rukun iman yang wajib menjadi kepercayaan orang-orang Islam iaitu percaya akan adanya hari kiamat, iaitu suatu hari di mana manusia di bangkitkan dari kuburnya. Sayang sekali banyak orang-orang Islam tidak gentar terhadap seksa Allah di akhirat kelak. Sebabnya, jika benar-benar gentar pasti pada waktu berbicara, bergaul, bekerja, atau apa saja merka akan menggunakan pertimbangan dan ukuran-ukuran hokum Allah (swt ). Pada umumnya, kita kurang ghairah untuk mendapatkan pahala Allah di akhirat nanti. Apabila kita berasa suka dan ghairah untuk mendapatkan pahala Allah, tentu kita pergunakan sebahagian waktu kita beribadat dan beramal. Keengganan kita menyediakan waktu beribadat, menandakan bahawa cara hidup kita belum lagi selesai dengan pengakuan kita, bahawa kita adalah orang-orang yang beriman akan adanya hari kiamat. Marilah kita buktikan pengakuan kita dengan alam nyata. Jangan sampai kita berperangai seperti orang munafiq yang di mulut mengaku beriman, tetapi di hatinya tidak ada sedikit pun iman itu. Ada firman Allah yang menyebut tentang orang munafiq iaitu ada antara orang yang mengaku bahawa dirinya beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat tetapi sebenarnya mereka tidak beriman. Mengapa ini terjadi dan apa pula perlunya hari kiamat itu ? 1. Allah (swt) akan memperlihatkan kepada khalayak segala kesempurnaan sifat-sifatnya, terutama sifat “ adil “ dan kekuasaan “qudrat-iradatNya ‘. Kekuasaan si kuat yang menganiaya si lemah, kesalahan-kesalahan si zalim yang bebas dengan akal busuknya, dapat melepaskan diri daripada pengawasan polis dan hakim pengadilan dunia. Mereka akan di adili dengan pertimbangan dan kebijaksanaan Pengadilan Maha Adil, maka di katakan juga hari itu adalah hari Pengadilan atau hari ( perhitungan ) agama. 2. Baik dan buruk, berbakti atau khianatnya manusia, walaupun dalam perkara yang sekecil-kecilnya akan di timbangkan. Segala hujah (alasan) manusia di hari kiamat akan di dengar, di lihat, di perhitungkan dengan bukti dan saksi yang benar. Ertinya : Pada hari kiamat akan Kami kunci mulut-mulut mereka dan Kami perintahkan berbicara tangan-tangannya serta kaki-kakinya akan memberi saksi dengan sesuatu yang mereka perbuat. ( Yasin – 65 ) Firmannya lagi : Dan tiap-tiap manusia Kami ikatkan catatan amalannya di lehernya dan kami keluarkan untuknya pada hari kiamat kitab-kitab amalannya yang terbuka. ( Al-Isra : 13 ) Mari kita bersama-sama meneliti iman masing-masing terhadap hari akhir. Marilah kita mengadakan persiapan-persiapan amal, ketika ada waktu. Marilah kita terus mendalami ilmu agama agar dapat mengetahui mana perintah Allah dan mana yang di larang. Marilah kita beriman sebaik-baiknya, Allah pasti memberikan sebanyak-banyaknya. Hai semua manusia ! Hendaklah kamu takut terhadap seksa Tuhan kamu ! Sungguh dahsyat hari kiamat di mana Allah mengadakan pengendalian untuk mengadili semua makhluknya merupakan perkara yang sangat besar. Nanti pada masa itu kamu akan dapat melihat berbagai-bagai peristiwa yang menyeramkan dan mengerikan. Sehinggakan seandainya ada perempuan menyusui anaknya , atau perempuan hamil, ketika itu pasti keguguran kandungannya, manusia-manusia tampak seperti mabuk, namun sebenarnya tidak. Mereka berkata demikian lantaran siksa Allah yang di hadapkan kepada mereka amatlah beratnya ( Al-Haj : 1-3 )
Diterbitkan oleh : |