Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Baca Al-Quran: Mahathir ‘arrogant’ - Tuan Guru tak perlu minta maaf!!!

Petikan Utusan Malaysia bertarikh 30/09/02

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memaafkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersalah cakap dengan mengatakan beliau tidak tahu membaca Al-Quran. Sehubungan itu, Perdana Menteri menasihatkan al-Mursyidul al-Am Pas itu mengurangkan bercakap dan berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Saya maafkan. Bukan saja maaf, saya AMPUNkan dia," katanya kepada pemberita sekembalinya dari menghadiri Mesyuarat AsiaEropah (Asem) ke-4 di Copenhagen.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ULASAN

Saya ingin menyorot isu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz (TGDNAA) tersasul kata ".. Mahathir sendiri mengaku dia tak pandai baca Al-Quran..(yang sebenarnya Mahathir kata dia tak pandai Bahasa Arab!)…" dalam tulisan Saudara Ahmad Fadhli dalam ‘Tranung Kite’ dan merujuk kepada petikan UM 30/09/02 seperti di atas dari sudut Mahathir/PM sebagai ‘Khalifah’ cum ‘Amirul Mukminin Negara (Daulah) Islam Malaysia (ala-Mahathir) Darul Boleh. (http://tranungkite.net/b09/a_fadhli1.htm)

Sdr Fadzil lebih menekankan kepada kecekapan / kecepatan pihak PDrM mengambil tindakan terhadap laporan seorang ‘rakyat’ Malaysia dari Bachok di atas kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz (TGDNAA) berbanding dengan ‘berguni’ laporan Lutfi Othman dalam kes RASUAH KHIR TOYO (MB Selangor) dan isu sekitarnya. Rakyat Malaysia yang boleh berfikir (bukan macam ahli-ahli UMNO/BN yang kaki ampu/pak turut!) boleh nampak dengan jelas bagaimana institusi Polis dalam kes ini (dan institusi-institusi lain seperti SPR, Media Massa, kehakiman dan lain-lain) telah menjadi alat tunggangan dan barua kepada Diktator tua Mahathir Kutty.

Dalam tulisan ini saya ingin ‘highlight’ sikap seorang PM/’Khalifah’/ ‘Amirul Mukminin’ Negara Islam Malaysia bercakap tanpa berfikir (berlawanan dengan nasihat beliau kepada TG seperti katanya “Perdana Menteri menasihatkan al-Mursyidul al-Am Pas itu mengurangkan bercakap dan berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan) dengan begitu angkuhnya (arrogant) berlagak seolah-olah beliau ‘God’ yang dengan kuasa ‘diktator’ yang ada padanya boleh MENGAMPUNkan TGDNAA kerana tersasul menyatakan bahawa "Mahathir Mengaku Tak Pandai Baca Al-Quran.."

Sepatutnya sebagai seorang ‘Khalifah’ Islam beliau seharusnya memuji sikap TGDNAA kerana ‘berjiwa besar’ mengakui keterlanjurannya mengulangi pengakuan perkataan yang Mahathir sendiri mengaku tentang diri beliau (Mahathir) cumanya bukan tak tahu baca Al-Quran tetapi tak tahu bahasa Arab. Dengan itu kita dimaklumkan bahawa sesungguhnya Mahathir tahu / pandai / fasih BACA AL-QURAN. Ya tak ya kan? Bukan gitu?

Justeru itu, saya kira Mahathir perlu buktikan pengakuan beliau bahawa beliau ‘tahu baca Al-Quran’ (tetapi tak tahu Bahasa Arab!) adalah benar. Sebagai membuktikan bahawa ‘khalifah’ negara Islam Malaysia ini benar-benar tahu baca Al-Quran, beliau perlu memperdengarkan bacaan Al-Quran dari mana-mana surah (yang rakyat pilih, bukannya surah Al-Fatihah atau 3 Qul….yang mudah dibaca) secara lintas langsung melalui TV1,2,3 dan 7. Dengan cara itu kita dapat pastikan sama ada ‘Khalifah @ AmirulMukminin’ yang sorang ini benar-benar tahu baca Al-Quran dan kita boleh tahu sama ada beliau baca dengan tajwid yang betul dan makhraj hurufnyapun betul. Selepas itu bolehlah kita minta TGNAA minta maaf kalau Mahathir dapat buktikan beliau pandai baca Al-Quran!!!

Namun saya fikir sebelum kita minta TGNAA minta maaf, kita kenalah lihat lebih terperinci sikit isu ini.

Ia berkaitan dengan maksud BACA AL-QURAN itu sendiri. Adakah Allah SWT suruh kita umat Islam baca Al-Quran begitu saja macam Tilawah Al-Quran saban tahun seperti mana Malaysia catatkan dalam ‘Malaysia book of Records’. Baca dengan berlagunya cukup pandai tetapi adakah sekadar itu kemudian berikan hadiah kepada pemenang pertandingan / musabbaqah / Tilawah Al Quran macam pemenang pertandingan nyayian di TV/Radio!!!.

Mahathir perlu sedar, isu pandai baca Al-Quran ini bukan sekadar isu tahu baca tapi amalannya lain dari apa maksud yang dibaca… kenalah mahathir (dan kita semuapun) melakukan ‘checking’/muhasabah adakah apa yang kita baca itu kita amalkan!… Dalam konteks pemerintahan, isu ini lebih kritikal lagi kerana kalaupun mahathir pandai baca Al-Quran bahkan termasuk PAKAR dalam bacaan Al-Quran…adakah beliau rasa selesa dan rasa aman dengan Allah SWT (true to God) bahawa beliau bukan sahaja pandai baca tetapi berhasrat MELAKSANAkan apa yang dibaca itu dalam sistem pemerintahan yang beliau menjadi KETUA / AMIR / Khalifahnya…terutama selepas mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam (Daulah Islam)….andaikan beliau memang pandai baca Al-Quran dengan tajwid yang betul tapi sekiranya saban waktu beliau melanggar perintah Al-Quran bahkan menghina apa yang diturunkan Al-Quran seperti menghina / menolak Hukum Hudud, menghina hukum Allah SWT dengan mengatakan ‘kalau dilaksanakan hukuman potong tangan bagi pencuri, maka umat Islam Malaysia akan kudung dan tak boleh kerja (jangkanya umat Islam Malaysia ni kaki pencuri macam beliau dan kuncu-kuncunya merompak wang rakyat!!) atau kalau jalankan hukuman rejam habislah batu-batu di jalan (jangkanya umat Islam Malaysia ni ramai kaki zina macamlah di kalangan menteri beliau pernah tertuduh!!!) atau bahkan pernah cuba menghalang penggunaan nama Islam dan juga segala tindakan beliau dan UMNO/BN yang cuba menghancurkan mana-mana unsur yang cuba memartabatkan Islam…. maka tiada gunanya dihebohkan beliau pandai baca Al-Quran …kerana itu tidak ada guna satu senpun untuk kepentingan memartabatkan penghayatan Islam sepertimana yang disarankan oleh Al-Quran yang dibaca beliau…..

Bahkan selagimana beliau menganut ‘agama’ SEKULARISMA yakni memisahkan dunia dengan akhirat yang digambarkan dengan kenyataan anaknya bahawa mahathir menyatakan untuk bersara baru-baru ini dalam perhimpunan agung UMNO yang mahathir nak berehat dan beribadat! Jelas bahawa beliau telah mengambil Islam secara sekular. Yakni selama 21 tahun pemerintahan beliau bukanlah termasuk dalam ‘IBADAH’ tetapi hanya urusan duniawi sahaja!!! Selepas bersara barulah nak berIBADAT yakni untuk akhirat…( alangkah ruginya!)….ini adalah konsep SEKULAR yang memisahkan antara urusan dunia dengan urusan akhirat yang di TENTANG oleh Al-Quran yang beliau dikatakan PANDAI BACA! Fahaman Sekular yang memisahkan politik daripada agama inilah yang menyebabkan orang-orang UMNO pimpinan mahathir (termasuk mahathir sendiri) boleh melakukan RASUAH dan SALAHGUNA KUASA (dan dilindungi oleh mahathir seperti Rafidah Aziz dan Rahim Tamby) dan segala jenis penipuan dan perampukkan harta rakyat kerana mereka menganggap itu adalah urusan DUNIA, bukannya urusan akhirat. Urusan akhirat cuma dihadkan kepada sembahyang, puasa, zakat, haji dan aktiviti ritual lainnya seperti tahlil. Urusan pemerintahan negara bukan urusan agama atau urusan akhirat bagi mahathir dan ahli UMNOnya!!! Itulah agama SEKULARISM anutan UMNO/BN!!!.

Justeru itu, rakyat Malaysia seharusnya melihat isu bacaan Al-Quran ini daripada perspektif pengamalan ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP yang mengambil Al-Quran sebagai panduan dalam segala aktiviti harian sama ada aktiviti ekonomi, pelajaran, politik, pentadbiran, perkahwinan, bersosial, berriadhah dan sebagainya…hatta urusan tatacara membuang air besar/kecil, atau tatacara ‘bersanggama’ (dengan maaf) sekalipun adalah termasuk dalam urusan ‘ibadah’…kalau urusan sekecil itupun Islam mempunyai tatacaranya, apalagilah urusan pentadbiran negara, urusan politik dan ekonomi serta pendidikan… lebih-lebih lagilah ianya urusan IBADAH yang tersangat besar kesannya dalam persiapan untuk menuju akhirat!!! (pertemuan dengan Allah SWT/Pencipta kita)

Dengan itu barulah kita UMAT ISLAM dikatakan mengambil Islam KESELURUHANNYA (bukan sekerat-sekerat, macam orang yahudi atau penganut ‘agama’ SEKULAR) dan secara praktiknya kita sudah mengikuti ajaran Nabi Besar Muhammad SAW…. bukankan Nabi Muhammad SAW adalah SEORANG RASUL, PESURUH ALLAH, SEORANG SUAMI KEPADA ISTERI-ISTERI DAN SEORANG BAPA KEPADA ANAK-ANAK, SEORANG GENERAL KEPADA ANGKATAN TENTERA, SEORANG HAKIM YANG ADIL, SEORANG PEMIMPIN NEGARA / PERDANA MENTERI (yang mengambil politik sebagai sebahagian daripada cara-hidup Islam sehingga dapat menyebar dan melaksanakan pemerintahan Islam yang ADIL berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi sebuah negara Islam yang bermasyarakat majmuk!!!!)….

Kalau Mahathir percaya kepada hari akhirat dan hari kebangkitan dan percaya bahawa Allah SWT itu Maha Agung, Maha Mengetahui, Maha Pencipta dan tahu kekuatan dan kelemahan ciptaannya yang memberikan panduan (MANUAL) untuk diikuti (iaitu Al-Quran)…maka sayugialah mahathir tidak sekadar menjadikan isu ‘tak pandai baca‘ Al-Quran itu satu isu untuk keuntungan politik sekular semata-mata, tetapi seharusnya dia melihat isu ini lebih kepada tanggungjawab / amanah beliau sebagai ‘khalifah Islam/Amirulmukminin/PM’ dalam melaksanakan apa yang dibacanya!!!!!….

Justeru itu, TGDNAA TIDAK PERLU MEMINTA MAAF atas isu ini… selagi mahathir cuma sekadar pandai baca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan apa yang dibacanya terutamanya berkaitan dengan AMANAH, beliau sebagai ‘khalifah Islam’ @amirulmukmini Negara Islam Malaysia (ala-Mahathir!). Lagipun mahathir sendiri jarang memohon maaf atas kesilapan / kesalahan / keterlanjuran beliau sepanjang pemerintahan diktator beliau selama lebihkurang 21 tahun. Antara buktinya:

1) Beliau mengatakan bahawa DSAI menumbuk mata beliau sendiri sehingga hitam lebam…. tapi terbukti akhirnya, Ketua Polis Negara yang punya angkara…. Adakah beliau memohon maaf secara terbuka di hadapan 20 juta rakyat Malaysia terhadap DSAI seperti diminta TGNAA buat?

2) Beliau/Dollah Badwi/Norian Mai …menahan Ezam dan rakan-rakan selama 60 hari di bawah ISA tanpa kesalahan dan sehingga kini masih ditahan!!…Adakah mereka memohon maaf dan memberi compensation kerana KEZALIMAN tersebut dan seterusnya ‘berjiwa besar’ seperti TGDNAA mengaku keterlanjuran beliau dengan MEMBEBASKAN mereka semua tanpa syarat?

3) Beliau menghina janggut Nabi Muhammad SAW….. adakah beliau menarik balik dan memohon maaf?

4) Beliau dan kuncu-kuncunya telah menggunakan wang rakyat daripada KWSP/Tabung Haji dan lain-lain untuk ‘bail-out’ syarikat-syarikat nazak seperti MAS, MISC dan lain-lain tanpa ketelusan, tanpa izin rakyat..!!…Adakah beliau memohon maaf? dan

5) Banyak lagi keterlanjuran beliau sepanjang 21 tahun pemerintahan beliau yang tak ada masa nak layan di sini…. RAKYAT berhak menuntut kemaafan dan KEADILAN terhadap segala kepincangan yang beliau lakukan terhadap kepentingan rakyat seperti sistem pendidikan dan kesihatan!!!!

Kami berdoa semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua dan kembalilah kepada kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah, semoga Negara Malaysia ini menjadi negara ‘Baldatun toyyibatun warabbun ghafur’… sebuah negara yang baik dan berada dalam keampunan Allah SWT… Amin…

- Spy Leman - (Suntingan M@RHAEN)






______________________
Terbitan : 4 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com