SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Delegasi melawat Kilang Karpet di Xian
![]() DATO' Haji Mustafa dan Dato' Haji Ibrahim, Pegawai Kewangan melawat indutsri karpet di Xian, China. XIAN, 24 Oktober (hrkh): Delegasi Terengganu ke China melawat Kilang membuat karpet dan mencelup sutera di sini di samping meninjau kehidupan kota Xian di permulaan musim sejuk semalam. Pengeusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petrolium, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato' Haji Mustafa Ali mengetuai rombongan itu diberi penjelasan bagaimana proses membuat karpet dilaksanakan oleh pekerja-pekerja kilang itu. Kilang karpet itu terkenal antara kilang yang termasyhur di Kota Xian dengan penghasilan karpet bermutu untuk pasaran domestik. Dato' Haji Mustafa yang juga Naib Pesiden PAS diberi penjelasan mengenai bagaimana cara sutera dicelup secara manual. Pelbagai jenis karpet dijual di situ termasuk sejadah berbagai jenis bernilai tidak kurang dari RM500.00 sehelai. Bagaimanapun harga itu boleh dikurangkan berdasarkan kebijaksanaan tawar menawar dibuat oleh pembeli mungkin sehingga 50 peratus. Kilang tersebut juga menjual pakaian daripada sutera termasuk baju kemeja, kain selendang dan baju wanita di samping barangan cenderahati diperbuat dari jed dan lain-lain. Kota Xian bagaikan baru bangun dari tidur selepas China melaksanakan dasar ekonom terbuka apabila menyertai Pertubuhan Pedagangan Dunia (WTO). Sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Xian ke Hotel Shangri-La Golden Flower pembangunan pesat dilaksanakan dan kehidupan rakyat China semakin maju. Terdapat pelbagai jenis bangunan tinggi direkacipta berbentuk moden di sepanjang jalan dan jalan rayanya agak luas. Kenderaan di jalan raya menuju ke pusat Bandar masih berkuarangan berbanding negara Malaysia sementara di pusat Bandar pehubungan agak sibuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi China semakin baik.
Diterbitkan oleh : |