SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Khir Toyo mengungutBeberapa orang teman penulis yang masih belajar di Universiti Al Azhar, Mesir, kebanyakkannya berasal dari Selangor menghantar email pada penulis baru-baru ini, dalam email tersebut marah benar mereka dengan Menteri Besar Selangor, yang bernama Khir Toyo tu. katanya baru-baru ni khair toyo ada datang Mesir dan buat perjumpaan dengan anak-anak selangor yang belajar kat sini. Dalam perjumpaan tu Khair Toyo minta supaya pelajar-pelajar lelaki tidak memakai jubah dan serban kecuali untuk sembahyang dan pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah. Tak cukup dengan itu, teman penulis itu bagitahu Khir Toyo juga mengungut anak-anak Selangor yang belajar di bumi para Ambiya' itu supaya tidak cenderung kepada pembangkang dan tidak dibenarkan terlibat dengan 'PEMERANG' (Sebuah pertubuhan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Al-Azhar).Yang menimbulkan kemarahan teman-teman penulis apabila Khir Toyo mengungut mereka dengan duit Zakat. Menurut ceritanya, pelajar-pelajar yang didapati pro pembangkang tidak akan mendapat bantuan duit zakat Selangor. Lebih lucu lagi Khir juga mengugut pelajar-pelajar tersebut supaya membayar semula duit zakat yang telah diberi sekiranya pihaknya tahu pelajar trsebut terlibat dengan pembangkang atau PEMERANG. Dan ketika menyerahkan borang zakat kepada pelajar-pelajar yang berkumpul di rumah selangor pada hari pertemuannya itu, dikepilkan juga surat aku janji untuk ditanda tangani oleh pelajar-pelajar bagi memastikan mereka mengikut arahanya. "Khir langsung tidak menghormati kami sebagai pelajar di institusi pengajian tinggi di Mesir, seoalah-olah dia beranggapan kami semua seperti budak-budak kampung yang boleh diugut-ugut atau disogok dengan sesuatu" kata salah seorang teman penulis yang mengirim email tersebut. Dan berbagai-bagai lagi bentuk kemarahan yang diluahkan oleh mereka melalui email yang dikirimkan kepada penulis."Baik pergi nasihatkan isteri-isteri pemimpin umno, wanita-wanita Umno, puteri-puteri Umno yang tak memakai tudung tu daripada menyuruh kami menanggalkan purdah,", "Khir lebih layak menjadi JKKK daripada MB.", "Beliau langsung manusia yang tiada maruah." dan berbagai-bagai lagi luahan mereka yang tak perlulah penulis siarkan disini. Cuma penulis terfikir macam mana orang seperti Khir itu boleh diterima oleh rakyat Selangor menjadi MB mereka. sedangkan semua sudah sedia maklum selangor bukanlah seperti negeri-negeri lain di Malaysia. selangor adalah negeri yang paling membangun dah terkumpulnya rakyat kelas menengah dan keatas paling ramai. Sepatutnya negeri seperti ini lebih cepat MB seperti Khir itu ditendang daripada tampuk pemerintahan, seorang yang tidak menghormati 'keintelektualan' orang lain, seorang yang tidak bermaruah dan berperinsip. tetapi rakyat Selangor tetap mahu memilih dia. Apa sudah terjadi dengan cerdik pandai di Selangor ini. Teringat penulis dengan satu kenyataan Tuan Guru Nik Aziz beberapa ketika selepas pilihan raya umum 1999 sewaktu berucap di Taman Melewar. "Tahniah kepada orang Terengganu yang berani membuat perubahan, orang terengganu ni kebanyakan golongan nelayan dan petani. Tapi di selangor kita sediah sikit, sebab orang sini ramai orang cerdik, banyak universiti....." begitulah kira-kira ucapan Nik Aziz ketika itu. Tapi itulah 'puaka' Selangor ini. entah dimana silap dan tidak kena nya sehingga rakyatnya membiarkan sahaja pemimpin-pemimpin mereka berbuat sesuka hati, walaupun mereka lebih daripada faham perbuatan pemimpin mereka itu tidak betul. Lebih-lebih lagi bukan sekali dua, atau sedikit 'dosa-dosa' yang pemimpin selangor dah lakukan tehadap rakyat selangor. kalau dikira dari zaman Mat Taib lagi sepatutnya sudah ada alasan kukuh untuk rakyat Selangor menghukum MB nya keluar dari tampuk pemerintahan negeri. Malahan pendedahan penulis, Lutfi Othman tentang rasuah Khir yang berlambak-lambak seolah-olah dipandang sepi sahaja oleh orang Selangor. Jangan nanti cerdik pandai di Selangor malu sendiri apabila perubahan dinegeri meraka adalah hasil kerja orang bukan berasal dari Selangor, sedangkan orang selangor yang ramai bijak pandai hanya pandai melihat dari jauh sahaja tanpa apa-apa tindakan. Jangan sampai orang Terengganu yang ramai nelayan tu 'senyum-senyum' pada orang Selangor yang ramai bergelar Doktor dan Profesor apabila BA menang di Selangor. Salah seorang lagi teman penulis yang turut menghantar email kerana menceritakan kisah Khir di Mesir kepada penulis ini ada menyebut "kalau 2004 ni tak ubah lagi entah apa lagi lah Khir tu akan buat..". Penulis hanya menjawab kepada mereka, "selepas ini kamu tahu apa tugas kamu apabila pulang ke Selangor, Malaysia.".
Diterbitkan oleh : |