SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Disebalik bom di Bali & BN dikaitkan dengan Al QaedaAssalamualaikum wm wbt, Disebalik bom di Bali & BN dikaitkan dengan Al Qaeda Selama ini Presiden Megawati bertegas dalam menolak kehendak Presiden Bush. Indonesia tidak akan menyerahkan lebih dari 20 orang ulamak Islam yang dikehendakki oleh Bush untuk dikurung di Cuba selagi tidak ada bukti. Maka sebuah kelab malam di Bali telah dibom oleh ejen Amerika Syarikat. Walau pun jelas dari bom jenis terbaru C4 (yang hanya dimilikki oleh tentera Amerika Syarikat) telah diguna di Bali itu, namun begitu Al Qaeda telah dipersalahkan. Kini Megawati terpaksa menandatangani undang-undang yang keras untuk memerangi keganasan {atau lebih tepat lagi untuk memerangi Islam). Pengeboman kelab malam di Bali dirancang khas untuk menekan Indonesia dan memastikan Indonesia akan terpaksa tunduk kepada Amerika Syarikat dalam perperangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat untuk menghapuskan Islam. Peristiwa bom di Bali menandakan detik peningkatan fokus oleh Amerika Syarikat (dengan proxynya Australia) untuk memerangi Islam di Asia Tenggara. Kenapa pula BN dikaitkan dengan Al Qaeda menerusi MILF di Mindanao? Bukankah selama ini BN yang memerintah Malaysia bersubahat dengan Amerika Syarikat dalam memerangi Islam? Untuk mengetahui kenapa BN kini dikaitkan dengan Al Qaeda kita perlu melihat kembali kepada persefahaman yang tercapai antara kerajaan Dr Mahathir dengan kerajaan Bush semasa lawatan Colin Powell ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Semasa lawatan Colin Powell ke Kuala Lumpur itu, kerajaan BN telah bersetuju untuk membuka pusat latihan ketenteraan serantau bagi memerangi ‘keganasan’ (atau memerangi Islam). Pusat latihan ketenteraan serantau itu akan dikendalikan oleh tentera Amerika Syarikat. Disamping itu, kerajaan BN juga bersetuju secara prinsip untuk mempertimbangkan cadangan Amerika Syarikat agar Malaysia menjadi pusat serantau dalam memerangi ‘keganasan’ (atau memerangi Islam). Kerajaan BN teragak-agak dalam perkara ini kerana khuatir akan hilang lebih banyak pengundi Melayu. Dalam pertengahan bulan September 2002, sumber-sumber dari pejabat Perdana Menteri di Putrajaya memberitahu bahawa Dr Mahathir telah berubah fikiran mengenai penempatan anggota tentera Amerika Syarikat di pusat latihan ketenteraan serantau bagi memerangi keganasan (atau memerangi Islam) yang akan didirikan itu. Kerana khuatirkan UMNO yang menerajui kerajaan BN akan kehilangan lebih ramai lagi pengundi Melayu ke pihak pembangkang, maka Dr Mahathir telah membuat keputusan bahawa pusat latihan ketenteraan serantau untuk memerangi keganasan (atau Islam) tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh tentera Malaysia. Penempatan anggota tentera Amerika Syarikat tidak akan dibenarkan. Presiden Bush dikatakan sangat marah dengan perubahan pendirian oleh kerajaan Malaysia itu. Maka telah diperalatkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk mengaitkan kerajaan BN dengan Al Qaeda (melalui MILF) untuk menekan Kuala Lumpur. Menurut sumber JPM, kini Presiden Bush bukan sahaja mendesak Kuala Lumpur supaya kekal dengan persetujuan untuk membenarkan penempatan tentera Amerika Syarikat di pusat latihan yang akan ditubuhkan itu, tetapi Bush juga mendesak agar Malaysia setuju menjadi pusat serantau untuk memerangi keganasan (atau memerangi Islam). Supaya imej UMNO-BN tidak bertambah buruk dikalangan pengundi Melayu, maka Bush di katakan telah mencadangkan penempatan tentera Amerika Syarikat di Malaysia itu nanti dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kalau Malaysia ikut kehendak Bush, maka tuduhan bahawa BN ada kaitan dengan Al Qaeda melalui MILF akan digugurkan. Sebenarnya Washington dan Manila telah lama mengetahui bahawa Kuala Lumpur memberi latihan ketenteraan dan bantuan kewangan kepada MILF. Bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Malaysia kepada MILF itu bukan atas premis Islam tetapi supaya Manila begitu sibuk dengan masalah keselamatan di Mindanao dan dengan demikian Manila tidak berupaya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tuntutannya keatas Sabah. Nampak gayanya tuduhan BN ada kaitan dengan Al Qaeda akan digugurkan. Tetapi bagaimana pula dengan tuduhan bahawa parti PAS juga ada kaitan dengan Al Qaeda? Pendapat umum adalah tuduhan ke atas PAS akan disusuli dengan bersungguh-sungguh oleh Bush dan Bangsa-Bangsa Bersatu (dengan kerjasama erat dari kerajaan BN). Malah, ramai berpendapat sasaran sebenar Bangsa-Bangsa Bersatu (proxy Bush) adalah PAS. PAS sasaran yang sebenarnya. Kerajaan BN turut dikaitkan supaya tidak begitu ketara kelihatan bahawa peperangan menentang keganasan ini sebenarnya adalah peperangan menentang Islam. (BN dikaitkan juga kerana hendak menekan Kuala Lumpur supaya ikut telunjuk Washington sepenuhnya seperti yang telah dihuraikan diatas). Tarabulsi.
Diterbitkan oleh : |