Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Persoalan Zihar Isteri

ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã

Segala puji bg Allah, selawat dan salam buat Rasul dan ahli keluarga serta sahabtnya.

Soalan.

Osmera wrotes -

Satu persoalan yang ingin dikemukakan :-

1) Apakah jatuhhukum zihar sekiranya berlaku dialog seperti dibawah :-

Sepasang suami isteri yang baru mendapat cahayamata anak perempuan. Hati ibu mana yang tidak gembira bila anak dipuji orang cantik. Untuk lebih menyakinkan lagi, si isteri pun sibuk bertanya kepada suaminya, " Bang,bang betulkah rupa anak kita ni macam rupa saya?" "Ya", jawab suami ringkas.

2) sekiranya jatuh hukum zihar apakah yang perlu seorang suami lakukan ? kalau berpandukan kepada Firman Allah yang mafhumnya ;"Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka dan kemudian mereka hendak kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang hamba sebelum kedua suami isteri itu bercampur. demikianlah yang diajarkan kepada kamu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang tidak mendapat hamba untuk dimerdekakan, maka wajiblah atasnya (suami) berpuasa 2 bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak berkuasa, wajiblah atasnya memberi makan 60 orang miskin.

Demikiannlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya. dan itulah hukum-hukum Allah dan orang-orang kafir ada baginya siksaaan-siksaan yang amat pedih."

Wassalam

JAWAPAN

RUKUN ZIHAR

Suami

Isteri

Perkara yg diserupakan

Lafaz zihar

PERINCIAN

Rukun Pertama : Tidak disertakan krn meyakini ianya jelas

Rukun Kedua : Tidak disertakan krn menyakini kejelasannya

Rukun Ketiga : (Perkara yug diserupakan)

Utk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami :

Syarat yg disepakati oleh jumhur ulama’ :-

Anggota2 yg haram dilihat oleh sesama mahram. Cth punggung, perut, kemaluan disekitarnya dan yg seumpama dgnnya. Penyamaan dgn tangan, kepala, kaki, rambut, dll . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali & Maliki mensabitkan seluruh anggota samada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173)

Pandangan yg rajih adalah pandangan jumhur.

Mestilah anggota2 ini dr wanita yg diharamkan berkahwin dgn si lelaki samada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Spt Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dll yg berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

Pandangan Imam Syafie dlm 'qawl qadim’ : Tidak jatuh zihar terhdp semua wanita kecuali ibu dan nenek shj… krn ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas utk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dgn mengatakan jatuh zihar krn wanita yg diharamakan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)

Manakala yg tidak muabbad spt wanita asing, adik beradik perempuan bg isteri dll. Tidaklah penyerupaan dgn mrk dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500 ; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439 ; Ashal al-Madarik 2/169 ; Kifayatul akhyar 2/71)

Ulama Maliki menambah bhw binatang juga termasuk dlm kategori yg tidak boleh disamakan. Krn asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dgn binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dgn rambut ibu dll. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)

Syarat yg diperselisihkan :-

* Mestilah diserupakan dgn anggota wanita.

Kiranya ditasybihkan dgn lelaki spt “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi & Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

Bgmnpun Ulama’ Hanbali & Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DGN SYARAT MENYAMAKAN DGN SBRG ANGGOTA YG TIDAK HALAL DILIHAT SPT PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dll yg seerti. Kiranya menyamakan dgn kepala bapa, rambut, hidung dll, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170 ; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499 ). Semua mazhab mempunyai dalil masing2.

Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pd bhg haram dilihat tadi, ia bergantung kpd niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat : Sighah (Lafaz Zihar)

Syarat lafaz utk utk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kpd niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas)

Sighah Sorihah (terang, jelas) spt : “ Punggung Dinda benar2 seperti punggung bonda Kanda” .

Lafaz spt di atas tidak perlu kpd niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafz2 yg boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak spt :” Dinda ni seperti bondaku” . Lafaz spt ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dll. Maka ia bergantung kdp niat si suami.

Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yg dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)

b. Tidak disyaratkan utk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yg memberi pengertian semasa.

Zihar jatuh dgn lafaz yg membawa pengertain semasa spt : “Punggung Dinda benar2 seperti punggung bonda Kanda”

Juga jatuh kiranya diikat dgn waktu tertentu spt : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan dtg spt : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dlm masa sebulan” .

Semua lafaz tadi cukup utk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117 ; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )

c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bhg yg diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )

HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR

Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :

Haram menyetubuhi isterinya (yg diziharkan) kecuali stlh dibayar kifarat. Ini adlh pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adlh membebaskan sorg hamba, puasa atau memberikan sedeqah. Dalilnya adlh dr Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.

Manakala istimta’ (bersedap2, berseronok2), sentuh dgn syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132 ; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270 ; Fath al-Jawad 2/187 ; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)

Pandangan yg rajih adalah tidak dibenarkan dgn tahrim wasail , krn dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangn lebih selamat bg fatwa utk org awam. Kiranya sanagt yakin tidak akan tergelincir & tidak dpt menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

Kesimpulan Jawapan Terhdp Soalan (Mengambil Pandangan yg Rajih)

Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dgn ibu, nenek, anak dan semua wanita yg diharamkan suami berkahwin dgnnya secara kekal samada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.

Penyamaan anggota tertentu shj yg menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yg haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dgn anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dgn mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dgn wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rups dsbgnya.

Istimta’ dgn isteri yg telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dgn tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.

JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DGN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BGMNPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DGN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walapun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yg lain yg agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhdp kejahilan. Menjaid kewajiban suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yg berkaitan dgn hubungan suami isteri. Wallahu a’lam.

Yg benar dari Allah, yang silap atas kelemahan penulis.

Sekian,

Al-Faqir Ila Allah,

Zaharuddin Abd Rahman
Jab. Fiqh & Usul Fiqh
Jordan
26 September 2002






______________________
Terbitan : 5 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com