Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Badan Khas pastikan Polis segerakan siasatan

Assalamualaikum,

Merujuk kepada akhbar Berita Harian @ Hairan 3 Oktober 2002 bersamaan 26 Rejab 1423 hijrah sekali lagi ahli undang-undang jilat ludah sendiri UMNO Datu dr. Rais Yatim buat kenyataan yang saya anggap tak masuk akal dan sekaligus bodoh. Kenapa pulak macam tu polis Malaysia tak cukup cekap dan cepat ke buat siasatan , setahu saya ini hari buat laporan semalam dah siap siasat dah. Tengok contoh Tok Guru Haji Hadi kata dapat maklumat dari orang dalam masa belanjawan terus nak siasat, apa kerajaan ingat semua yang kerja dengan dia tu sokong UMNO malam sikit lah UMNO woi. Orang dah ramai tak suka kat korang. Tapi yang laporan pemuda keadilan buat pasal Rafidah Why Why ngan Rahim "Bohjan" Tamby Chik tu sampai sekarang pun dok diam jer. Wahai abang-abang Polis semua sedarlah yang kerajaan UMNO sekarang memperhambakan kamu memperbodoh-bodohkan kamu, tengok lah bukti bertulis lagi kat suratkhabar, rentikan lah jadi barua UMNO, ingat lah sapa yang mencipta kamu , jangan langgar hukum Nya sepaerti firman Allah dalam surah Ar-Rahman:"(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatnya. Dialah yang mengajar Al-Quran. Dialah Yang Mencipta Manusia. Dialah Yang membolehkan manusia(bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Ayat 1-4 dan firman Allah s.w.t lagi dalam surah yang sama mafhumnya:" (Lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang berdosa mendustakannya".Mereka (terus diseksa ) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang mengelegak yang cukup masak panasnya. Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan.- Ayat 43-45.Ingat lah kamu semua itu janji Allah yang sekali-kali takkan di mungkiri. Ini lah contoh orang munafik yang nyata berjuang bukan kerana Allah tapi kerana nafsu. Sehingga sanggup menjilat ludah sendiri. Wallahualam.

Z.O. @ strikeagle






______________________
Terbitan : 4 Okt 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com