SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun 4 November - Tarikh bermakna untuk Mahasiswa IslamTanggal 4 November adalah hari bersejarah bagi Republik Islam Iran. Pada tarikh ini dalam tahun 1974, Imam Khomeini telah di usir ke Turki kerana menentang kekuatan asing dan tirani dalam negeri. Empat tahun kemudian di hari yang sama demostrasi para mahasiswa Iran berjaya dilumpuhkan oleh tentera regim Pahlevi. Jadi hari tersebut juga telah diperingati sebagai hari Pelajar Nasional. Tanggal 4 November 1979 Kedutaan Besar Amerika Syarikat yang terkenal sebagai pusat aktiviti perisikan telah dikuasai oleh para mahasiswa Iran. Penawanan Kedutaan Besar Amerika Syarikat ini akhirnya menamatkan aktiviti Amerika di Iran selama 25 tahun. Bertitik tolak dari episod yang penuh bermakna inilah maka tarikh keramat tersebut telah dijadikan memoir kepada hari perlawanan terhadap Imperialisme Dunia. Daripada tiga perisitiwa penting ini, ada perkara yang menarik - bahawa di dalam tahun-tahun yang berbeza, namun di hari yang sama kadang-kadang terjadi peristiwa yangmana di antara satu sama lain saling berkaitan. Perjuangan rakyat Iran untuk membebaskan diri dari Imperialisme tidak hanya tercetus beberapa bulan sebelum Revolusi tapi mengakar dalam ratusan tahun sejarah rakyat Iran. Pasca Perang Dunia Kedua ada dua peristiwa di Iran yang saling bertentangan. Pertama, Amerika Syarikat semakin ghairah untuk mencampuri urusan dalaman Iran dan kedua Rakyat Iran amat membenci Amerika Syarikat. Rumah Putih (gelaran kepada Pusat Pentadbiran Amerika Syarikat) pada 19 Ogos 1953 telah melumpuhkan gerakan perjuangan kebebasan dalam rangka memantapkan posisinya. Presiden John F. Keneddy, demi mengukuhkan posisi warga Amerika Syarikat dan menjamin keuntungan pelaburan di Iran dengan segera mengeluarkan peraturan Kapitalisme di Iran. Menurut peraturan ini semua penasihat Amerika di Iran dalam kedudukan apa saja sama ada politik mahupun ketenteraan adalah kebal dari hukuman dan lanjutan daripada itu sekitar 200 perusahaan Amerika Syarikat segera berkunjung ke Iran untuk merampas kekayaan Iran. Sikap campurtangan Amerika Syarikat di Iran telah melahirkan protes dan kebencian rakyat di bawah kepimpinan Imam Khomeini. Imam adalah tokoh pertama yang memprotes perjanjian Kapitalisme ini. Beliau tanggal 26 Oktober 1964 bertindak menghebahkan protesnya melalui mimbar-mimbar namun, perjuangan rakyat dan seruan Imam telah dilumpuhkan. Imam kemudiannya di usir ke Turki. Pengusiran Imam dan pelumpuhan kebangkitan rakyat secara zahirnya memang berhasil mengugat semangat rakyat kerana perjuangan ini hanya dilakukan di beberapa bandar sahaja di Iran. Imam Khomeini selama 15 tahun di usir terus berjuang dan mempropagandakan idea Revolusi Islam dan memimpin perjuangan melawan tirani sampai akhirnya tertegak revolusi Islam Iran. Di puncak kemenangan ini para mahasiswa pada 4 November 1979 telah mengadakan demostrasi anti regim Pahlevi dan anti Amerika Syarikat. Demostrasi mahasiswa Iran ini bagaimanapun dirempuh oleh tentera Shah dan sebahagian dari mahasiswa Iran terkena peluru lalu gugur syahid. Pada 4 November juga diperingati sebagai hari pelajar dan setiap tahun ia selalu diperingati di seluruh Iran. Penguasaan kedutaan Amerika Syarikat oleh para mahasiswa Iran pengikut garis Imam merupakan peristiwa paling penting, penawanan kedutaan ini adalah sebagai reaksi di atas kebencian rakyat Iran kepada Amerika Syarikat. Penawanan ini bukanlah serangan ke atas kedutaan asing tapi ia sebagai tindakan demi membela hak-hak rakyat Iran yang sah serta sekaligus mengakhiri kewujudan musuh di dalam negera Iran. Kerana dengan tumbangnya pemerintahan Pahlevi maka Amerika Syarikat juga harus segera keluar dari Iran. Apalagi kedutaan ini menjadi pusat aktiviti perisikan yang mengancam pembentukan Republik Islam Iran. Para pekerja Amerika di kedutaan ini telah melakukan berbagai rencana untuk mewujud dan mempertahankan pemerintahan diktator di Iran demi menjaga kepentingan Amerika Syarikat. Dan yang paling penting ketika ini pada 4 November telah menjadi simbol perjuangan rakyat Iran yang pasti di peringati setiap tahun. Ini bermakna, rakyat Iran memberi mesej bahawa ia selama-lamanya tidak mahu menerima dan tunduk terhadap kekuatan asing , terutamanya Amerika Syarikat - yang sering mengugat urusan dalaman Iran. Dua puluh tiga tahun berlalu dari 4 November 1979, Rumah Putih terus berusaha mengancam dan membuat tuduhan yang pelbagai ke atas Iran, namun rakyat Iran dengan segala daya dan tekad bangkit melawan konspirasi jahat ini . Pemerintahan Amerika Syarikat di akhir tahun-tahun ini telah merekayarasa perang saraf supaya ia mampu mempengaruhi pendapat umum bahawa rakyat Iran sekarang tidak lagi berminat dengan pemerintahan Islam Iran. Dan di antara rakyat dan pemerintahan sedang wujud jurang besar serta konflik hebat selain itu kekuatan-kekuatan media yang turut diarahkan agar mewar-warkan bahawa rakyat Iran telah bersikap menentang kepimpinan negara sambil mendesak jalinan hubungan dengan Amerika Syarikat. Walhal, rakyat Iran secara konsisten berkali-kali telah membuktikan kesetiaannya bersama Pemerintahan Republik Islam Iran dibawah kepimpinan Ayatullah Ali Husayni Khamenei - dalam berbagai persoalan. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Donald Rumsfeld baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebelum ia mati ia amat berharap untuk menyaksikan kejatuhan sistem Pemerintahan Islam Iran. Pernyataan yang melucukan ini secara langsung membuktikan betapa dalamnya dendam kesumat Amerika Syarikat di atas kejayaan revolusi Islam Iran. Rakyat Iran pada tanggal 4 November 2002 seraya memperingati hari perjuangan melawan Imperialisme Dunia telah menganjurkan demostrasi anti Amerika Syarikat sambil mengajak seluruh masyarakat dunia untuk turut mengadakan aksi yang serupa bagi menunjukkan kepada Presiden George W. Bush bahawa seluruh dunia ketika ini sedang dilanda fenomena anti Amerika Syarikat termasuk di dalam negaranya sendiri. Justeru itu, Amerika Syarikat wajar melihat gelombang kebangkitan masyarakat dunia ini sebarang amaran keras terhadap sebarang usahanya untuk terus camputangan dalam urusan negara lain. Lantaran itu, jangan biarkan laungan "margbar Amerika" berulang kembali dan jadikan deretan 4 November di Iran sebagai pengiktibaran. abu_muhammad2@hotmail.com
Diterbitkan oleh : |