Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kenaikan Harga Motor yang tidak terkawal

Salam Hormat tuan/puan yang budiman,

Disini saya ingin membuat aduan mengenai Harga Motosikal Comel yang tidak terkawal bayangkan dalm masa 10 hari sahaja harga nya telah naik 3 kali saya buat survey dibeberapa kedai motor disekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai. Terdapat 2 model keluaran COMEL iaitu Model 1) Storm dan 2) Tyhpoon pada 9hb Nov 2002 harga motor tersebut adalah RM5300.00 (model Storm) 5000.00(model typhoon) , pada 13hb dan 14hb harga motorsikal tersebut RM5500.00 (model Storm) 5100.00(model typhoon) dan terbaru iaitu pada 19hb Nov 2002 harga telah naik lagi RM5800.00 (model Storm) 5300.00(model typhoon) Disini apa yang saya dapati penjual motosikal sesuka hati menaikkan harga motosikal Comel ini . ianya sungguh tidak terkawal langsung.

Pada Pendapat saya Harga motosikal ini mestilah dijual pada harga dibawah RM5000.00 . Kenapa? sebab ianya Motosikal buatan Malaysia dan Taiwan dan pula ianya dipasang di Malaysia dimana duti dan cukai impot telah dikurang oleh Kerajaan Malaysia.

Sikap mengambil kesempatan keuntungan kepada para pembeli amat dikesali . Saya mengharapkan pihak Kerajaan dapat membantu masalah ini dengan secepat mungkin kalau tidak banyak lagi para pengguna akan dianiayai oleh Sikap Penjual Motorsikal yang tamak haloba dan perangai mereka boleh menjejaskan industri motosikal malaysia dan juga menindas rakyat Malaysia.

Disini saya memohon kepada pihak kerajaan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjual-penjual motosikal Dan Persatuan-persatuan Motosikal Malaysia mesti memberi nasihat kepada para penjuan motosikal supaya tidak mengambil kesempatan terhadap kami (para pembeli).

Dan juga saya mengharapkan pihak media dapat membantu membendung perkara ini dari berleluasan.

Yang Benar.
Adam Bin Abdul Malik
adam6245@yahoo.com






______________________
Terbitan : 19 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com