SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Al-qaf : MENILAI RIZAB MELAYU DAN PAMPASAN
Al-qaf : MENILAI RIZAB MELAYU DAN PAMPASAN
Panjang kisah sampingan. Berikut ini merupakan sebuah
penulisan kesimpulan dari beberapa waris yang terlibat.
Sebagai yang umum mengetahui bahawa apabila ujud sesuatu pembangunan, terutama membina jalan raya,
maka biasanya tanah Simpanan Melayu sering terlibat. Tanah Simpanan Melayu
berbentuk dalam berbagai jenis tanah dan tanaman. Terdapat di sana perumahan “kampung” termasuk “kampung
menumpang” atau disebut setinggan.
Tanah orang Melayu, menurut Helmi Hussain, bekas pegawai
kerajaan, berpengalaman luas dalam bidang tanah, dalam bukunya “RIZAB MELAYU
: Indah Khabar Dari Rupa” memetik sebutan dalam kertas Seminar tahun
1999 bahawa 207,489 ekar tanah istimewa orang Melayu telah banyak diambil oleh
pihak berkuasa. Atas nama pembangunan, maka jumlah tanah orang Melayu kian
mencerut ke pinggir. Tanah Rizab Melayu jadi milik umum dan “mereka” mengaut
keuntungan di atas tanah dan segala hasil yang berkaitan selama .
PEMBANGUNAN UNTUK SIAPA ?
Dalam hubungan pembangunan berkenaan maka cuba tinjau kembali
apa yang telah ditulis oleh Tengku Razaleigh bin Hamzah, “Pembanguna Untuk
Siapa ?” yang sedikit sekali faedah untuk pertumbuhan dan perkembangan ekonomi
orang Melayu. Pembangunan dikuasai oleh
syarikat gergasi yang dibentuk oleh kepentingan dalam kleptocracy. Razaleigh menonjolkan istilah kelptocarcy
sebagai “menjaga kepentingan mereka yang berkuasa”. Jadi kita boleh lihat akibat yang menimpa kelangsungan rizab
Melayu yang dibuat macam mana pun sukar untuk hidup segar. Keadaan orang Melayu
di kampung yang bergantung pada tanah sama dengan “rumput di tepi jalan : hidup
segan, mati tidak mahu”. Struktur ekonomi pertanian dan pemasaran
dimonopoli oleh beberapa gergasi.ternakan haiwan, sayuran, ubian,
buah-buahan, ikan, pasar super, kedai,
saluran proses penjualan dan jalan raya semua dibolot oleh “gergasi” yang
bersifat ‘samurai’. Sedikit-sedikit
nasi dan lauk tumpah itulah yang boleh mereka cari makan dengan tumpang-tumpang
buka gerai dan jual lambak di kaki
lima sebagai “agen” sisa barangan !.
Menginsafi nasib dan
keadaan tanah Melayu yang terpisah sekitar empat ekar, bagi keluarga
tertentu di kampung atau di pinggir bandar, maka suatu Badan Penyelamat
hendaklah di bentuk dengan ikhlas dan sungguh-sungguh di atas landasan
“kolektif” di seluruh negara. Dengan demikian taraf hasil meningkat dan harga
tanah tidaklah semurah yang diberikan oleh penilai kerajaan. Sebab tanah orang
Melayu diawasi oleh pertanian atau ternakan atau perumahan yang bersifat
kolektif. Semua sudut ekonomi terutama
pasaran dan pengurusan dibentuk sedemikian rupa untuk orang Melayu bergerak
atau digerakkan oleh badan yang bertanggungjawab. Mungkin Prof Diraja Ungku
Abdul Aziz boleh memberi pendapat dan nasihat.
SAHAM SYARIKAT
Pengambilan tanah memang tidak dapat dielakkan demi pembangun negara. Meskipun secara segera
tuan-tanah dapat pampasan yang agak lumayan tetapi dari segi jangka panjang
mereka patut diberi faedah yang kekal seperti yang dinikmati oleh syarikat
gergasi yang menguasai tanah mereka.
Tuan tanah hendaklah diberikan juga sebahagian saham syarikat dengan
harga asas kerana mereka putus mata pencarian atau tempat. Dengan wang pampasan
berkenaan bukan mudah hendak mencari ganti dan sentimen sosial budaya sesama
penduduk. Jadi dengan demikian
pembolotan ekonomi dapat dikurangi seperti yang disebut di atas terutama apa
yang ditulis oleh pakar ekonomi dan pemimpin negara, Tengku Razaleigh bin
Hamzah..
PENGAMBILAN TANAH
Dalam pengambilan
tanah ada dua akibat : Pertama, memberi
keuntungan segera kepada tuan punya : manakala akibat kedua, menjadikan kerugian kepada tuan punya dan waris dalam masa
yang panjang. Untuk mencari ganti tanah yang sesuai juga bukan perkara mudah.
PEROLEHAN TANAH DAN NILAI
Tanah diperoleh oleh penduduk terutama Melayu bukan semudah
mata memandang seperti “makanan segera”. Berbagai berbagai cara : pertama,
tanah kurnia iaitu yang diberikan oleh kerajaan kerana “jasa” ; kedua, atas
permohonan sebagai peneroka ; ketiga,
kerana rancangan kerajaan atau berkelompok ; dan keempat, melalui jual–beli
melalui iklan atau berbagai ikatan sentimen keluarga atau anak buah. dan jasa
kawan. Harga tidak patut dipersoalkan dan jadi ukuran tertentu oleh penilai. Malahan, ada penjual dapat pula membeli tanah lain yang lebih baik dan
berharga kemudian.
Tanah yang diperoleh bukan semudah yang dilihat. Meskipun jika
dibeli pun kelihatan murah ; tetapi berbagai faktor lain, termasuk nilai
faktor budaya tradisi untuk mewariskan secebis tanah kepada anak cucu
harus diambil kira, bukan mengambil balik tanah dengasn harga yang murah.
Tambahan pula. syarikat berkenaan akan mendapat untung besar dengan berterusan
masa.
NILAI RIZAB MELAYU :
Dalam hal
ini tanah yang “murah” biasanya ialah tanah orang Melayu kerana kedudukan yang
terpencil dari bandar dan kurang pembangunan di sekelilingnya. Jadi pembayaran
pun biasanya diasaskan pada persekitaran yang dekat sahaja. Ertinya, walaupun
ia otomatis bernilai sebagai “tanah antara bangsa”, tetapi nilai masih
dikaitkan dalam suasana “kampung
Melayu” yang terpecah-pecah. Ini berlainan dengan kedudukan dan suasana tanah
bukan Melayu. Di samping itu pula terdengar keluhan kerana dalam pertemuan
ramai tuan-punya tanah dikejutkan dengan anggapan bahawa tanah orang Melayu
adalah hutan dan penilai kerajaan berkenaan mahu tahu pula harga asal..Mungkin
untuk perbandingan.
1) Bila
beli ?
2) Berapa
harganya ?
Apakah “keuntungan” besar atas modal yang
“sedikit” dijadikan ukuran ? Apakah
mereka tidak melihat bahawa ada ramai juga “orang tertentu” mendapat tanah
“percuma” berkaitan dengan pembangunan tertentu, dan kemudian jadi kaya raya
? PERTANYAAN : APAKAH INI SATU
CARA UNTUK MERENDAHKAN HARGA TANAH YANG
DITUNTUT OLEH TUAN-TANAH ? Jadi beberapa faktor yang ditekankan oleh
penilai kepada tuan-tanah maka kita merasakan bahawa penilai pampasan
seolah-olah bersikap seperti “SYARIKAT INSURANS” mencari kesalahan dan kelemahan tanah Rizab Melayu untuk mengurangi bayaran. Merujuk
kepada kerugian orang Melayu mengenai tanah yang diambil kembali dan penggunaan
wang yang diterima setakat ini nampaknya tidak begitu berkembang kerana untuk
mencari tanah atau harta yang lain agak sukar untuk “warisan”. Bagi kebanyakan
orang China mereka lebih menumpukan rumah kedai di bandar manakala itulah harta
warisan yang boleh mereka bergantung “harapan” walaupun tidak tebal. Maaf
memberi pandangan berbeza.WARIS PEMILIK TANAH YANG TERLIBAT. akhir Nov. 2002 ______________________ Terbitan : 28 Nov 2002
Diterbitkan oleh : |