SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun "Antiterrorists Regional Training Centre"- Sudah Hilangkah Kewarasan Kita…Laporan media arus perdana yang menyebut pemilihan Malaysia sebagai tapak bagi menubuhkan pusat latihan serantau bagi menentang kumpulan pengganas adalah merupakan suatu pengiktirafan kepada negara jelas menggambarkan betapa dangkal dan ceteknya daya berfikir para pemberita pengampu kerajaan dalam memahami sesuatu isu yang sebegini penting. Berbanggakah kita apabila negara ini secara tidak langsung diiktiraf sebagai salah satu sarang pengganas antarabangsa sehingga terpaksa menubuhkan pusat latihan anti-pengganas? Sebenarnya amat sukar memahami dasar kerajaan BN yang tidak konsisten ini. Di suatu sudut pemimpin-pemimpin dilihat bertungkus-lumus untuk memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil, aman damai, terkawal dan selamat dilawati. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa nampaknya terus menggunakan ISA untuk menangkap individu-individu yang dikaitkan dengan kegiatan militan tanpa bukti yang jelas seolah-olah memberi gambaran bahawa negara ini dipenuhi pengganas. Berbanggakah pegawai-pegawai perisikan dan SB kita kelak bila terpaksa menerima arahan daripada sekumpulan ejen CIA dan FBI. Dalam semua "interrogation" ke atas tahanan ISA, SB kita sering mendabik dada bahawa merekalah diantara yang terbaik di dunia. Pirahhh…Atok Lu….. Kalau dah terbaik kenapa harus menggadaikan maruah membawa masuk ejen asing yang nyata memusuhi atau setidak-tidaknya mencurigai Islam. Itu bodoh namanya. Bodoh dari Pak Menteri membawa kepada Pegawai Kanan yang hanya tahu mengampu dan menerima arahan secara membabi buta. Pemimpin-pemimpin Malaysia sering melaungkan selogan "Jangan Sampai Kita Di Jajah Semula Walau Dalam Bentuk Apa Pun". Punai engkaulah! Cakap berbelit-belit macam lidah biawak. Implikasi ke atas tindakan membenarkan ejen-ejen perisik asing masuk secara bebas ke negara ini amat besar ke atas kepentingan keselamatan Malaysia. Seorang pemimpin negara Islam yang rasional kepala hotaknya tidak akan sanggup menjual kedaulatan negara demi mendapat pengiktirafan sebuah kuasa besar yang dikuasai oleh kumpulan lobi Yahudi. Susah payah kita bertutup lingkup di sebelah hadapan, belakang kita buka bagi orang tibia jubug……Susah payah datuk nenek kita berjuang bagi memertabkan kedaulatan kita, tup..tup….senang-senang buka pintu kepada ejen asing masuk kerana nak menggembirakan USA. Tengoklah nanti….kesudahannya orang Islam juga yang akan jadi mangsa…….. Sedangkan Singapura yang lebih rapat dengan US tidak bersetuju membenarkan Pusat tersebut ditubuhkan di republic itu. Ternyata Lee Kuan Yew/Goh Chook Tong lebih berotak dari Mahathir dan Dolah Bedui. Sayang sekali demokrasi di negara tercinta ini sudah tercalar teruk sampaikan perkara-perkara terpenting sebegini tidak dibahaskan dengan mendalam terlebih dahulu buruk baiknya sebelum keputusan dibuat. Di akhir-akhir ini mudah benar pemimpin membuat sesuatu dasar atau keputusan tanpa penyelidikan yang terperinci. Kesudahannya lebih banyak masalah yang timbul. Lihatlah dasar untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di mana semua sekolah dikerah mengajar mathematic dan sains dalam bahasa itu. Kalau betul ingin meningkatkan penguasann bahasa Inggeris, lebih baik mata pelajaran seperti sejarah atau geography yang dipilih kerana penggunaan "vocabulary" serta interaksi yang lebih meluas. Atau lebih bijak ditambahkan saja sejam dua lagi masa bagi matapelajaran bahasa Inggeris. Ini pasti lebih efektif dan menjimatkan. Lainlah kalau tujuan sebenarnya untuk memperkayakan beberapa ekor beruk kroni yang akan mendapat kontrek mencetak buku-buku baru. Semoga tindakan mereka yang tidak bertanggung-jawab membenarkan musuh-musuh Islam bermaharajalela di negara ini akan membawa kepada keruntuhan mereka sendiri. Anak Melayu
Diterbitkan oleh : |