SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UMNO CUBA MENGGANAS; MADDIYAH SEBAGAI UMPANAN
Cubaan menekan golongan agamawan sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Kalau di tanah air, Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah mangsa terbaru tekanan dari pihak kerajaan. Cubaan pertama yang dilakukan adalah dengan meng'gam' ulama'ulama' dan saya kira ini bukanlah cubaan pertama yang cuba di laksanakan, akan tetapi ia adalah cubaan pertama yang menjadi bualan ramai. Cubaan ini berjaya. Mereka berjaya menghalang golonagn ulama' yang menjadi perhatian ramai dari terus keluar dikaca televisyen. Akan tetapi ianya gagal mengahalang orang ramai dari terus menghampiri golongan tersebut. Kelas-kelas pengajian, ceramah-ceramah dan undangan memberikan tazkirah terus mendapat perhatian. Usaha mereka gagal. Lalu, cubaan kedua mereka ialah dengan cuba mengharamkan perkataan 'islam' dari mana-mana pertubuhan. Harapan mereka, dengan tiadanya perkataan 'islam' dari mana-mana pertubuhan - terutamanya PAS - sedikit demi sedikit akan menyebabkan orang ramai lupa akan golongan ulama'. Namun begitu, harapan mereka musnah bilamana Majlis Raja-Raja tidak memperkenankan usaha mereka. Sekali lagi usaha mereka gagal. Usaha mereka terhenti setakat itu. Akan tetapi mereka lebih menumpukan usaha mereka dengan menyerang institusi pendidikan PAS - semestinya PASTI - yang dikatakan menanamkan sifat kebencian di kalangan guru dan anak muridnya. Dakwaan itu telah dipatahkan oleh pihak pengurusan PASTI. Sambil menafikan dakwaan tersebut, PASTI berjaya menunjukan kemampuan sebagai institusi pendidikan pra-sekolah yang berjaya menerapkan nilai-nilai keislaman berbanding dengan TADIKA tajaan KEMAS. Mampu berdoa - walaupun hanya cukup setakat doa makan, doa hendak tidur dan doa ketika bangun dari tidur - , mengingati nama dan sifat Allah dalam usia semuda 6 tahun adalah sesuatu yang membanggakan. Melihatkan tindakan mereka tidak menunjukkan hasil, sekali lagi mereka cuba memperluaskan keganasan mereka dengan menghalang bantuan kewangan kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang rata-rata diduduki oleh anak-anak orang melayu kelas pertengahan. Berdasarkan senario yang lalu, saya kira usaha mereka mungkin ada sedikit kejayaan, akan tetapi ia bukan kejayaan sepenuhnya. Dan ini bukanlah usaha mereka yang terakhir. Selepas ini mungkin ada lagi tekanan demi tekanan bagi memastikan tidak ada pihak yang mampu menggugat kedudukan mereka. Di Mesir, penubuhan Nadi (Kelab) Umno adalah cubaan pertama yang dilakukan untuk menghalang golongan agamawan menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku di tanah air. Dengan sogokan maddiyah sebagai umpanan, saya yakin jarum pertama ini disuntik untuk melekakan. Jika jarum ini tidak berjaya, jarum-jarum seterusnya akan dicucuk. Tidak mustahil satu hari nanti bila usaha-usaha sebegini tidak berjaya, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) - persatuan kebajikan tertua untuk anak-anak melayu di Mesir akan cuba di haramkan dengan alasan terlalu ekstrimis agama. Walaupun penubuhan Kelab Umno adalah perkara biasa yang telah mereka lakukan di mana-mana negara yang terdapat warga melayu Malaysia, penubuhan Nadi Umno adalah dilihat sebagai manifestasi kegagalan mereka untuk memecah belahkan kesatuan pelajar-pelajar di Mesir dibawah PMRAM pada tahun 1992. Sepuluh tahun yang lalu, kelahiran Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) adalah bertujuan untuk memecah belahkan golongan mahasiswa disini setelah tindakan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) melalui Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) telah menaja beberapa orang calon untuk menduduki Badan Pengurus PMRAM telah ditolak oleh mahasiswa disini. Mahasiswa disini tahu jika beberapa orang calon ini berjaya menduduki BP PMRAM, PMRAM akan tunduk dengan segala arahan dari KBMK dan JPMK. Sukar untuk melaksanakan program dan bermacam-macam lagi kesukaran akan dilalui. Justeru, penolakan tersebut telah menyebabkan pihak KBMK dan JPMK menubuhkan PPMM. Sepuluh tahun berlalu, setelah melalui berbagai-bagai situasi, PPMM akhirnya di'gantung tidak bertali' oleh penubuhnya sendiri. Dan akhirnya KBMK dan JPMK telah bersama-sama mendokong dan menyokong penubuhan Nadi Umno dengan harapan, objektif penubuhan PPMM dulu dapat dilangsungkan melalui Nadi Umno. Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan-kenyataan sokongan mereka terhadap Nadi Umno yang dilakukan sendiri oleh Pengarah JPMK, Wan Bakar Wan Dagang. Menurut sumber, terlalu banyak sogokan berbentuk maddiyah yang ditaburkan bagi menarik golongan Azhari dan Azhariyah menyertai Nadi Umno. Dengan setiap pendaftaran keahlian akan mendapat 'saguhati' sebanyak USD 50, ada juga sumber yang menyatakan bahawa terdapat ahli-ahli yang 'terpilih' untuk mendapatkan biasiswa sebanyak RM 5 ribu setahun. Itu belum dicampur lagi dengan beberapa sogokan yang lain. Antaranya, boleh mendapatkan sijil-sijil tertentu - yang di Malaysia akan memakan masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan - tapi disini hanya perlu mengikuti kursus tersebut hanya lebih kurang seminggu, sijil akan segera di perolehi dengan syarat menjadi ahli Nadi Umno terlebih dahulu. Begitulah hebatnya penangan maddiyah. Menurut satu sumber lagi, menjadi Exco tertinggi Nadi Umno sahaja sudah mendapat elaun. USD 150 sebulan dengan percuma bayaran line handset. USD 150 disini menyamai LE 750 sebulan. Hebat bukan. Dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta setahun yang wajib dihabiskan - jika tidak dihabiskan, peruntukan seterusnya tidak akan dihantar - , mereka meyakini dengan cara ini, mereka akan mampu menawan hati mahasiswa disini. Jikalau di Malaysia, mahasiswa dihalang menyertai mana-mana parti politik - walaupun ada satu ketika dahulu pernah seorang mahasiswa universiti tempatan menjadi Bendahari Jawatankuasa Penaja Puteri Umno -, penubuhan Nadi Umno adalah dilihat sebagai 'melawan arus' dan 'cakap tak serupa bikin' pemimpin-pemimpin Umno. Selepas ini, boleh lah dilihat kelibat-kelibat pemimpin-pemimpin Umno di Mesir yang datang untuk menggerakkan Nadi Umno. Ini kerana kepimpinan Umno yang ada disini belum mampu untuk menggerakkan sendiri organisasi mereka. Kehadiran Dato' Abu Bakar Daud ke Mesir sebagai Duta Malaysia menggantikan Datuk MN Azman - yang ditukar ke Yaman - juga dilihat sebagai cubaan menghidupkan karier politik beliau yang hampir habis setelah kalah pilihanraya ditangan Dr. Syed Azman (PAS) di Parlimen Kuala Terengganu. Menurut sumber, pada mulanya Duta yang akan bertugas disini bukanlah Dato' Bakar, akan tetapi adalah Tan Sri Wan Mokhtar, bekas Menteri Besar Terengganu. Namun dilihat, Wan Mokhtar tidak mampu untuk berhadapan dengan PMRAM yang satu ketika dahulu beliau adalah pendokong utama PMRAM. Sebab itu Wan Mokhtar dihantar ke Arab Saudi. Adalah sesuatu yang agak memelikkan bilamana ahli politik ditugaskan sebagai duta di sesebuah negara. Sebagai seorang duta, sentimen politik seharusnya diketepikan kerana mereka adalah sebagai mewakili negara bukan mewakili parti politik tertentu. Dan beginilah yang harus dilalui oleh mahasiswa Al-Azhar bilamana ahli politik menjadi duta mereka disini. Kehadiran Pengarah JPMK, Wan Bakar Wan Dagang yang mula bertugas pada awal 2000, juga dilihat sebagai membendung kegiatan PMRAM. PMRAM dikatakan sebagai klon PAS di Mesir. Mungkin hanya kerana persamaan dasar menyebabkan PMRAM dikaitkan dengan PAS. Sebab itu tak pelik kalau PAS dikaitkan dengan Al-Qaeda kerana mereka mempunyai dasar yang sama. Apa yang pelik bila BN juga dikaitkan dengan Al-Qaeda. Hendak dikatakan ada persamaan dari segi dasar, adalah perkara yang tak mungkin berlaku. Lalu akal nakal saya berfikir, mungkin BN dikaitkan dengan Al-Qaeda kerana sifat keganasan yang dimiliki masing-masing. Mungkin juga. Wan Bakar Wan Dagang, yang sebelum ditugaskan ke Mesir adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa penggubal STAM, sejak akhir-akhir ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang agak dangkal. Antara kenyataan kontroversi yang menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang berjawatan tinggi ialah kemahuannya membenarkan wanita keluar malam, menghalang pemakaian jubah dan niqab dikalangan akhawat dan yang paling teruk adalah pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan (sila rujuk dua keluaran Buletin JPMK bulan September). Wal hasil, kehadiran Dr. Mohd. Khir bin Toyo bersama dengan rombongannya di pertengahan September tempohari telah menterjemahkan kemahuan pihak-pihak tertentu disini. 'Akujanji' terhadap bantuan zakat yang telah ditetapkan adalah terjemahan sikap dan kemahuan mereka. Mahasiswa-mahasiswa Selangor sebagai mangsa pertama. Selepas ini, mangsa dari negeri lain akan menyusul. Tunggulah. Namun begitu, saya tetap berkeyakinan bahawa selagi iman dan ketaqwaan sebagai pemangkin akal fikiran yang waras, segala usaha yang dilakukan mereka akan menemui kegagalan sepertimana usaha-usaha mereka sebelum ini. Walaupun begitu, sikap dan prinsip diri adalah suatu perkara yang perlu ditonjolkan. Biarlah kita tetap dan teguh pendirian bila berhadapan dengan perkara sebegini. Menolak Fikrah Maddiyah perlu ditanam dalam diri masing-masing. Walaupun kesannya tidak dapat dilihat dalam jangka masa terdekat, kesannya akan dapat juga dilihat satu masa nanti. Pasti. Justeru, persiapan mental dan fizikal harus diperkuatkan dalam menghadapi serangan ini. Umno tidak akan berdiam selagi usaha dan tindakan mereka tidak berhasil.
Diterbitkan oleh : |