SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PERUTUSAN AIDIL FITRI 1423: Bersiap Menghadapi Musuh-Musuh IslamAllauh Akbar! Allahu Akbar! Allahu akbar! Sekretariat Pemuda Islam ASEAN (AMSEC) mengucapkan salam E’idul Fitri dengan ucapan min al aidil wal faaizin kepada seluruh umat Islam di rantau Asean bersempena Aidil Fitri pada tahun ini. Sambutan Aidil Fitri merupakan kemuncak kepada kejayaan umat Islam setelah sebulan berada dalam madrasah Ramadhan. Aidil Fitiri disambut sebagai satu gagasan global perpaduan umat Islam untuk menghadapi segala tekanan daripada musuh-musuh Islam. Pasukan Ahzab yang menggabungkan musuh-musuh Islam bukan sahaja bergabung pada Perang Ahzab tetapi membentu satu pasukan pasukan Ahzab moden pada hari ini bagi memerangi umat Islam. Umat Islam di Asia Tenggara hampir keseluruhannya sedang mengalami tindasan yang bukan kepalang daripada musuh-musuh Islam. Jumlah hampir 300 juta umat ternyata tidak meransang umat Islam untuk mendepani segala perkembangan semasa. Tetapi krisis yang tercetus di Mindanao, Acheh, Maluku, Ambon, Pattani, Kemboja, Arakan dan Singapura jelas menggambarkan kedudukan sebenar umat Islam di rantau ini. Negara-negara yang dikuasai oleh umat Islam seperti Indonesia, Malaysia dan Brunei pula enggan menjadi Islam sebagai satu system kenegaraan yang menyeluruh bahkan sebaliknya umat Islam dikenakan pelbagai sekatan sehingga Islam hilang kekuatannya. Peristiwa 11 September 2001 dan Pengeboman Bali telah menjadi ‘lessen to kill’ bagi membolehkan Amerika dan sekutu Ahzabnya memerangi dan membunuh umat Islam di seluruh dunia. Bahkan di rantau ini sendiri umat Islam menerima pelbagai tekanan daripada Amerika atas nama membendung keganasan. Kehadiran Amerika di Filipina, Singapura dan Vietnam serta kehadiran Yahudi di Singapura melebarkan lagi pengaruh musuh Islam setelah IMF berjaya menguasai Indonesia. Ketika dunia sibuk membela mangsa pengeboman Bali, tidak ada suara yang bercakap tentang pembunuhan umat Islam Rohingya, Kemboja, Moro, Pattani dan sebagainya. Sambutan Aidil Fitri yang diraikan dengan laungan takbir yang berselang seli antara perang Ahzab, tentera Allah dan persaudaraan aqidah wajar dijadikan wasilah utama untuk membangkitkan semula semangat perjuangan umat Islam. Umat Islam mesti membina perpaduan berlandaskan aqidah dengan meminggirkan segala sempadan politik dan ideologi, bersedia menjadi tentera Allah bagi menghadapi segala ancaman daripada pasukan Ahzab yang memusuhi Islam. AMSEC akhirnya menyeru seluruh umat Islam supaya bangkit pada Aidul Fitri ini untuk membela nasib dan masa depan umat yang semakin ditindas sekarang ini. Allahu Akbar!
SALAHUDDIN AYUB
Diterbitkan oleh : |