PERINGATAN UNTUK JANDA KU
(YANG DULU ADALAH JANDA MU)
Wahai jandaku pulanglah ke pangkuan
Sebenarnya engkau dalam kekeliruan.
Pernah dulu ku sangka kau benar bertaubat
Kau isikan malam mu dengan solat hajat.
Biarlah diri ku sentiasa kau abai
Asal jangan maruahmu yang kau gadai.
Kau menyesali keliaran zaman muda mu
Kau meratapi keheningan dosa-dosa mu.
Sudah banyak jantan yang kau goda
Kau tak hiraukan diri mu ternoda.
Tapi kini baru ku tahu
Apa sebenar isi hati mu.
Kau kata kau senang berdamping dengan ulamak
Rupa-rupa nya engkau seorang yang tamak.
Dulu ku sangka kau seorang yang zuhud
Rupa-rupanya kau seorang yang kedekut.
Terhadap UMNO kau simpan dendam
Mempergunakanmu siang dan malam.
Misi utama mu melepaskan geram
Ku relakan kerana kau penuh iltizam.
Ku iring doa selamat demi perjuangan
Semoga haprak-haprak dapat kau hancurkan.
Kau tonjolkan dirimu juara pengurusan
Dengan kenaikan prestasi berterusan.
Kau menjadi orang kepercayaan
Orang bawahan pula jadi kerahan.
Membodek, menggoda, memfitnah jadi kepakaran
Lupa sudah kau iman dan taqwa jadi sempadan.
Satu persatu korporat Melayu haprak jatuh
Kejayaan menjadikan kau orang yang angkuh.
Hidup mu senang tak pernah teduh
Angkaramu aku pula yang kau tuduh.
Saham percuma kau dianugerahkan
Fahamlah aku erti kesetiaan.
Kau leka terlena dalam dakapan
Ku, Wan, Syed dan Dato' jadi igauan.
Kini Che yang muda jadi idaman
Siang dan malam dalam ingatan.
Usah lah kau bermimpi dalam khayalan
Umurmu kini sudah lebih empat puluhan.
Kembalilah kepada ku dan bertaubat
Sebelum disisiku ada pengganti tempat.
Serikandi yang ikhlas harapan PAS
Waktu itu kau lah yang akan terlepas.
Yang akan memerangimu habis-habisan
Walaupun keringat dan darah bertitisan.
Terimalah balasan orang yang sesat
Akan ku cincang kau lumat-lumat.
Di akhirat kelak kau takkan selamat
Kerana jiwamu penuh dengki dan khianat.
--- sekian, wassalam. ---
ANTIHIPOKRIT
______________________
Terbitan : 21 Nov 2002
Ke atas
Home