SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Tingkatkan usaha perangi rasuah Khir Toyo di bulan RamadhanOleh ANTI-SEKULAR Saya setuju benar jika Ahmad Lutfi mahu melancarkan kembali serangannya kepada perasuah besar, Khir Toyo, di bulan Ramadhan penuh keberkatan ini. Memanglah budak-budak Khir seperti Tepak Bersulam berfikiran sekular yang menganggap Ramadhan hanya untuk melakukan ibadat khusus, seperti solat Tarawikh, qiyamullail dan sebagainya. Macam juga ketua-ketua berfikiran sekular di atas, seperti Khir Toyo sendiri, yang melarang tazkirah di bulan Ramadhan, maka budak-budak hanyir yang menjadi burung kakaktua pun mengulangi benda yang sama, yang mendakwa Lutfi akan bertindak seperti Bush, yang mungkin menyerang Iraq di bulan puasa. Bagi puak-puak ini, masa Ramadhan tak boleh kita nak perangi benda-benda maksiat seperti amalan rasuah, salahguna kuasa dan kronismes. Sedangkan di bulan Ramadhan al-Muabarak ini kita patut memaksimumkan usaha memerangi rasuah dan maksiat lainnya. Bukankah perang-perang besar dalam Islam juga berlaku dalam Ramadhan? Oleh itu, saya sekali lagi mengharapkan Ahmad Lutfi dapat melipatgandakan usahanya menggempur benteng terakhir Khir, yang kini hanya mengharapkan ehsan Dr Mahathir untuk terus menjadi MB Selangor. Seperti peringatan Dinsman, kita lupakan Mahathir yang mempertahankan Khir yang rasuah dan menyeleweng itu, kita tumpukan usaha sebulatnya memberi penerangan kepada rakyat Selangor tentang perilaku buruk dan jijik perasuah hebat ini. Biar rakyat dapat penjelasan sejelas-jelasnya siapa MB muda yang kemaruk dan rakus kuasa itu. Walaupun Mahathir dan Pak Lah akan mempertahankan sehabis mungkin ayam tambatan mereka, tetapi kita buktikan Umno dan BN Selangor akan ranap bersama ranapnya maruah dan martabat Khir di kalangan rakyat. Rakyat pasti akan kecewa dengan sikap tokoh muda yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat, bukannya hanya menjaga tembolok kroni dan suku-sakat sendiri saja. Ini tidak, apa saja yang boleh mendatang wang dan habuan lumayan, semuanya diagihkan kepada kroni dan kenalan rapat serta kelompok Jawa yang dekat dengannya. Seolah-olah harta negeri Selangor adalah harta mak bapaknya yang boleh disedekahkan kepada sesiapa saja yang dikehendakinya. Akhirnya, saya sekali lagi menekankan agar kempen menjelaskan isu rasuah Khir Toyo tidak boleh dihentikan walaupun pada masa Ramadhan ini, sebaliknya mesti ditingkatkan ke peringkat maksimum dan mengasak Khir ke penjuru dinding. Biar Khir diselamatkan oleh Mahathir, tetapi akhirnya dia akan ranap dan tenggelam oleh sorakan keramat rakyat.
Diterbitkan oleh : |