Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Minda Muslim

Oleh : AKUPUNYA

Wacana tentang keperihatinan umat Islam masa kini selalu berhujung dengan menuding fenomena yang disebut azmat al-aql al-muslim atau krisis minda. Isu inilah yang diangkat oleh gerakan pembaharuan Afghani-Abduh-Ridha pada awal abad lalu dan dilanjutkan oleh para pendukungnya dipelbagai rantau dunia termasuk alam melayu. Kemelut ketertutupan minda yang berlarut-larut itu selalu diekspresikan menerusi kata-kata seperti jumud, taklid, penutupan pintu ijtihad dll yang senada dan semakna. Kini apbila timbul tanda-tanda kebangkitan semula kuasa Islam persoalan ini disorot dari dimensi baru, kekhuatiran ia kan menambah ketertutupan minda umat. Walhal ia wujud di mana-mana termasuk dalam golongan nasionalis atau golongan sekularis muslim. Sikap alergik terhadap apa-apa yang berbau Islam jelas menayangkan hakikat bahawa mereka juga merupakan penderita penyakit ketertutupan minda. Demikianlah kenyataannya, sikap fanatik terhadap kelompok, aliran dan parti ada di mana-mana. Yang menjadi masalah sebenarnya bukanlah ketertutupan minda tetapi ketertutupan terhadap kebenaran. Umat Islam keseluruhannya sedang mengalami masalah lemah dan malas berfikir.

Tamadun Islam di pertengahan era Kerajaan Abbasiah, masih mampu mempertahankan keunggulannya tetapi zaman itulah yang menjadi garis mula kemerosotannya apabila secara jelas ia kehilangan tonggak kekuatan jiwa dan minda. Selama berabad-abad kegemilangannya kekuatan tersebut diperoleh dengan menyerap ajaran AlQuran sehingga tercernanya minda Qurani Rabbani. Mereka adalah generasi Rabbaniyyin yang terbina dalam tradisi pengajaran dan pembelajaran al–kitab.

" Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui. Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. Dan (tidak wajar pula baginya) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu berbuat kekafiran di waktu kamu sudah (menganut agama) Islam?" (Surah Al-Imran:78-80)

Minda Muslim merujuk kepada makna yang dibawa oleh rumpun kalimat agl, qalb, fu’ad, nafs, ruh, lubb dan nuha sebagaimana yang digunakan dlm Al Quran. Kepelbagaian istilah tersebut mempunyai kerelevenan masing-masin berdasarkan fungsi dan situasi yang berlaku.

“Sesuatu yang tidak kelihatan, tidak terasa dan tidak berbau tetapi ia pengarah yang dipatuhi oleh seluruh anggota tubuh pemikir yg menyaksi hakikat2 ghaybiyyat dengan pandangannya yang lebih luas dan lebih jelas daripada mata inderawi... Di situlah letaknya perbendaharaan ilmu dan tersimpannya khazanah hikmah. Dengan bertambahnya Ilmu, bertambahlah kekuatannya dan bertambah luaslah daerah jangkauannya” (AlGhazali 1984:83)

Akal adalah anugerah istimewa Ilahi kepada manusia yang menjadikan jenis makhluk pemikir. Anugerah ini diperlengkapkan pula dengan anugerah besar wahyu samawi. Maka wujudlah paduan harmonis antara akal dengan , antara reason dengan revelation. Dalam tamadun keilmuan Islam tidak berbangkit masalah pertentangan antara keduanya kerana kedua-duanya datang dari sumber yang sama, anugerah Allah yg Maha Esa. Islam sangat menghargai akal tetapi tetap mengakui kelemahannya. Oleh sebab ruang legar yang cukup luas, namun tetap ada sempadannya. Oleh sebab akal Islami harus bergerak dalam suluhan dan bimbingan wahyu. Minda muslim memang rasional dalam erti menolak segala yang bersifat tahayul dan dongeng tetapi menerima hakikat-hakikat ghaybiyyat dan ketetapan-ketetapan yang dibawa oleh wahyu. Itulah rasionalisme Islami, akal merdeka yang terbimbing berbeza dengan konteks modenisme barat yang begitu mengunggulkan akal dan memutlakkannya sehingga tidak memerlukan wahyu.

" Katakanlah: "Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati, ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahawa Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakqub dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani Katakanlah: "Apakah kamu yang lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan. Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan. (Surah al-baqarah:139-141)

Dengan akal dan wahyu itulah manusia melaksanakan misi kekhalifahan di muka bumi. Kekhalifahan pada hakikatnya berintikan misi pentamadunan dalam erti membangun dan memakmurkan bumi secara yang diredhai Allah.. Amanah kekhalifahan jelas memberikan motivasi kerohanian yang cukup kuat ke arah pembinaan minda muslim yang bertanggungjawab

"Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. Dan apabila dikatakan kepadanya:"Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahanam. Dan sungguh neraka Jahanam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al baqarah:204-208 )

Kadang-kadang kita keliru dengan makna restu dan izin. Apabila Allah izinkan sesuatu berlaku tak bermakna Allah merestuinya. Ada teman yang mempertikaikan perjuangan yang masih berlum berjaya. Nabi Noh A.S berjuang hampir 1000 tahun tak juga berjaya, adakah Allah tidak merestui perjuangannya. Nabi Zakariya akhirnya mati dibunuh, adakah Allah tidak merestui dakwah Nabi Zakaria? Satu lagi Contoh ialah Firaun, selama 600 tahun dia memerintah. Adakah Allah merestui pemerintahan Firaun? Seperkara yang kita perlu ambil Iktibar dari kisah Firaun adalah apabila dia merasakan terlalu berkuasa kerana lama sangat memerintah sehingga menyebabkan dia merasakan dirinya sebagai Tuhan. Sama-sama kita berdoa semoga dijauhkan dari semua fitnah ini.

Syariat Islam memberikan ruang legar yang cukup luas kepada akal.






______________________
Terbitan : 30 Nov 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com